BAB 4

Drama Completed 772

“Baru hari ni mak tahu yang dua orang anak mak itu tak pernah mahu menghantar duit buat kami di kampung. Abang Long curi duit adik – adik untuk memberikannya pada kami?. Fauziah , Abang Cik... setiap bulan Abang Long pulang ke kampung dan beri 3 sampul surat pada kami. Katanya, itu daripadanya, kamu dan Abang cik. Dua daripada tiga sampul surat itu berisi duit sebanyak RM150” mak Esom memeluk tubuh Abang Long yang hanya kaku di situ. air matanya juga turut mengalir. Fauziah dan Abang Cik tergamam.
“Abang long pernah suruh adik – adik abang Long hantar duit ke mak dan ayah tapi nampaknya adik – adik Abang Long langsung tak endahkannya. Abang long tak mahu adik – adik Abang Long hidup tanpa keberkatan mak dan ayah. Setiap kali mak dan ayah terima sampul surat itu, mereka pastinya berdoa buat kita. Semoga Allah murahkan rezeki anak – anakku...” Abang Long berkata tenang.
“Abang Long cuma ambil RM150 daripada gaji kamu berdua yang lebih daripada RM3000 itu setiap bulan. Abang Long yang cuma bergaji RM1500 ini menghantar pada mak dan ayah duit sebanyak RM600 setiap bulan. Kata kamu berdua... RM150 boleh bayar benda penting dalam seharian hidup kamu. Apalah yang penting bagi seorang anak selain ibu bapanya?. Abang Long curi demi kamu berdua. Supaya rezeki kamu berkat. Mak dan ayah juga akan rasa bahagia dan gembira apabila dapat tahu anak – anak mereka masih ingatkan mereka dikampung” Abang Long mengesat air matanya.Air mata Fauziah berjujuran. Begitu juga dengan Abang Cik.
“Jadi, semua barang yang kamu bawa balik dan katakan adik – adik yang beri tu... semuanya duit kamu?” soal Mak Esom . Abang Long mengangguk.
“Abang dah kata Esom ... abang kenal siapa anak – anak abang. Abang pernah kata semua itu pemberian Abang Long bukannya mereka berdua. Sedangkan telefon dua tiga saat pun tak mampu buat inikan pula nak cari segala langsir, mesin urut kaki dan rantai emas kamu tu?” bicara Pak Dollah membuatkan Fauziah terduduk di kerusi. Abang long senyum dan terus keluar. tidak mahu duduk lama lagi. Tidak snaggup membuka satu persatu kesalahan adik – adiknya di hadapan mak Esom dan Pak Dollah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience