Rate

BAB 1

Romance Series 5281

Jam tangannya dikerling beberapa kali, namun kelibat Umayr masih belum kelihatan.Hampir sejam Amyra menunggu sahabat baiknya itu. Dek kerana sudah tidak sabar menunggu,Amyra mengeluarkan talefon bimbitnya daripada beg tangannya dan terus menalefon Umayr.

Panggilannya tidak terjawab. Dia menalefon sekali lagi dan akhirnya disambut Umayr.Suara Umayr agak garau daripada kebiasaannya.Amyra mula merasa risau mendengar suara Umayr.Rupa-rupanya Umayr demam. Sebab itulah dia tidak datang ke kafe tempat mereka selalu melepak seperti yang dijanjikan. Niat untuk memarahi Umayr terbantut dan perasaan kasihan pula timbul.Dia terus bergegas ke rumah Umayr.

"Amyra, aku nak minta tolong boleh tak?"
"Tolong apa?.Mesti kau nak suruh aku belikan tomyam seafood Cik Minah Janda tu kan? "

Faham benar Amyra dengan perangai kawan dia yang seorang tu. Setiap kali demam, pasti dia akan menjadi mangsa untuk belikan si Umayr
tomyam Cik Minah Janda. Puan Haliza, ibu kepada Umayr pun sudah masak dengan perangai anak terunanya yang seorang itu.Manja sungguh dia dengan Amyra apabila dia demam.'Sweet' macam pasangan kekasih.

"Kamu ni Umayr, asal demam sahaja mesti susahkan Amyra. Nanti kalau Amyra ni sudah kahwin, takkan kamu nak menyusahkan dia lagi.Nanti apa pula kata suami dia",Puan Haliza memarahi anak terunanya itu.

"Apa susah, biarlah Umayr yang kahwin dengan Amyra",jawab Umayr sambil mengenyetkan matanya kepada Amyra.Amyra hanya tersenyum malayan karenah sahabatnya itu. Dalam hatinya, tak pernah terlintas walau sekali pun untuk dia jatuh cinta dengan si Umayr.Ini kan pula nak berkahwin?

Impossible.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience