Rate

BAB 4

Romance Series 5281

Sudah dua minggu Amyra tidak menjeguk ibunya di kampung dan dia bercadang untuk pulang ke kampung pada minggu hadapan.  

Memandangkan minggu depan tahun baru cina,majikannnya telah memberi cuti selama 5 hari kepada para pekerja.Dapatlah dia pulang ke kampung untuk melepaskan rindu terhadap Ibunya,Che Liza.

Setelah insiden Amyra bertengkar dengan Fadhlan,dia cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu.Geram benar dia.Kalau nak di ikutkan otaknya yang mereng itu,hendak sahaja dia halau lelaki itu daripada kejiranannya.  

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah habis waktu berkerja,Amyra bercadang untuk berjumpa dengan Umayr.Sudah lama rasanya tidak berjumpa dan melepak bersama.  

Seperti biasa,mereka akan memilih kafe tempat mereka selalu melepak untuk bertemu.Setelah itu,Umayr membawa Amyra berjalan sambil mencuci mata di mall.Umayr bercadang untuk mengajak Amyra ke kedai emas untuk membeli cincin.

Bukan untuk Amyra,tetapi untuk ibunya sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.Dia tahu,Amyra mempunyai cita rasa yang tinggi,sama seperti ibunya.

Selesai berurus niaga,mereka melangkah keluar daripada kedai emas tersebut.

Umayr menghadiahi Amyra seutas gelang silver bercorak flora kepada Amyra sebagai tanda persahabatan mereka.Amyra sungguh terharu dengan pemberian tersebut.Entah bila pula si Umayr itu membeli gelang silver.Setahunya,Umayr hanya membeli sebentuk cincin emas sahaja sebentar tadi.

Mereka berjalan bergandingan seperti pasangan kekasih.Sesiapa yang melihat mereka pasti akan fikir bahawa mereka itu pasangan kekasih.  

Setelah puas berjanji temu dengan sahabatnya
itu,Amyra singgah sebentar di sebuah restoran untuk membeli nasi goreng ayam untuk dibawa pulang.Sedang dia duduk menunggu pesannya,tiba-tiba Fadhlan muncul dihadapannya dan memesan nasi goreng ayam juga.

Tiba-tiba talefon bimbit Amyra berdering.Dia terus keluar daripada restoran tersebut.Setelah hampir 15 minit berbual,Amyra terus masuk ke dalam restoran.Dia bertanya kepada pelayan yang mengambil pesannya tadi.

"Dik,nasi goreng ayam yang akak pesan tadi belum siap lagi ke?",tanya Amyra.

"Lah.Bukan akak minta cancel ke?.Abang yang duduk dengan akak tadi yang kata.Maafkan saya ya kak?",jawab pelayan tersebut.

"Oh,tak apa lah dik",jawab Amyra.   Amyra terus pulang ke rumah.Rasa laparnya terus hilang.  

Setibanya dia dirumah,dia terus menghempaskan dirinya di atas sofa empuk di ruang tamu rumah sewanya.Sekejap sahaja dia sudah lena.

Amyra hanya bangun setelah mendengar sayup azan subuh.Amyra menggeliat dan seluruh tubuhnya terasa sakit kerana semalaman tidur di atas sofa.Amyra bingkas bangun dan membersihkan diri seterusnya menunaikan solat subuh.  

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amyra sudah siap sedia untuk pulang ke kampung.Apabila semua barang telah disumbatnya di dalam bonet kereta,dia memulakan perjalanan.

Perjalannya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru,mengambil masa lebih kurang empat jam.Amyra hanya berhenti sekali sahaja di R&R.Itupun kerana ingin melepaskan hajat.

Setelah itu,akhirnya dia tiba di kawasan perkampungannya dan akhirnya di halaman rumahnya.Dia parkir keretanya di tempat biasa dia selalu parkir apabila dia pulang ke kampung
halamannya.

Che Liza menyambut anak bongsunya itu dengan gembiranya.Rasa rindu yang terbuku akhirnya,terlerai juga.

"Alhamdulilah,Myra dah sampai.Pergi lah masuk.Hari ni,mak masak makanan kegemaran kamu,nasi lemak",ujar Che Liza kepada anaknya.

Tidak banyak perkara yang Amyra lakukan sewaktu berada di kampung.Cuma sekali-sekali dia keluar untuk ke kedai.Itupun apabila disuruh Che Liza.Kalau tidak,tiada maknanya dia hendak pergi.Dia lebih suka memerap dalam bilik.    

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  
"Kamu ada pergi jenguk ayah kamu dengan Che Yam tu?",tanya Che Liza.

"Malas lah mak.Amyra malas nak tengok muka perempuan yang rampas ayah daripada kita tu.Menyampah!",jawab Amyra dengan selamba.

"Tak baik begitu Amyra.Sekurang-kurangnya,kamu pergilah tengok ayah tu.Ayah itu kan bapa kandung kamu.Apa pula nanti ayah kata,kalau kamu dah lama tak datang jenguk dia",ujar Che Liza.

"Ya lah mak.Nanti,masa Amyra nak balik KL,Myra singgah sekejap.Amyra buat ni untuk mak tau.Kalau bukan sebab mak,Amyra memang malas nak ke sana.Myra malas nak tengok muka Che Yam tu",jawab Amyra.

Benci benar Amyra dengan Che Yam.Baginya,Che Yam telah merampas kasih sayang seorang ayah daripada anaknya.Lagi satu,apa yang membuatkan dia malas untuk berjumpa ayahnya adalah kerana dia meluat hendak tengok adik perempuan tirinya,Fasha.Asyik melekat sahaja dengan bapanya,Encik Yasmin.  

Tiba-tiba,kedengaran suara seorang perempuan dan lelaki memberi salam.Suara itu datangnya dari Fasha dan Fadhil.Iaitu adik tiri Amyra.  

"Assalammualaikum,Che Liza..Ohh...Che liza",Kembar itu memberi salam serentak.  

"Waalaikummusalam,masuklah.Che Liza ada dekat dapur ni,dengan kak Myra",balas Che Liza.  
Kemudian,kembar itu melangkah masuk ke rumah Che Liza dan terus menuju ke dapur.Fasha meletakkan bungkusan makanan yang dikirim Ibunya,Che Yam di atas meja dan terus memeluk Amyra.  

"Akak Myra!.Rindunya Fasha dekat akak",ujar Fasha kepada Amyra.  

Amyra menolak tubuh Fasha sedikit ketepi.Dia sebenarnya tidak selesa.Kalau diikutkan hatinya,hendak saja dia dia halau si Fasha itu pergi.Tapi,memandangkan ibunya ada,dia hanya merelakan sahaja tubuhnya dipeluk Fasha.Setelah puas melepasakan rindu,barulah Fasha meleraikan pelukkannya.    

"Akak Myra,bila-bila nanti akak datanglah rumah.Nanti Fasha boleh kenalkan akak dengan abang baru Fasha.Dia baru balik daripada Australia",ujar Fasha dengan kecohnya sambil mempelawa Amyra.  

"Abang baru?.Bila masa pula Che Yam ada anak lelaki lain.Setahu aku,cuma Fadhil seorang saja lah",tanya Amyra kepada dirinya.  

"Che Liza masak apa ni?.Sedap saja baunya",tanya Fadhil.  

"Oh,Che Liza masak nasi lemak.Kegemaran kakak kamu ni.Kamu dan Fasha dah sarapan belum?.Kalau belum,marilah sarapan sekali",pelawa Che Liza kepada anak tirinya sambil menunjukkan muka manis.  

Apabila mendengar sahaja,Fadhil dan Fasha terus berlumba duduk di meja makan.    

Abang baru?  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience