Rate

BAB 3

Romance Series 5281

Seperti biasa,setiap hujung minggu Amyra akan keluar berjogging di taman permainan berhampiran kawasan perumahannya.Amyra akan menggayakan pakaian sukannya dan memakai sport shoes yang dihadiahi abangnya sewaktu ulang tahunnya pada tahun lepas.  

Selesai berjogging, Amyra membuat keputusan untuk bersarapan di Restoran Mamak Syed Ali.

Sewaktu dalam perjalanan hendak ke restoran mamak Syed Ali yang jaraknya kurang daripada 100 meter daripada taman permainan,Amyra merasakan kerongkongnya kering,dia berhenti dan terus meneguk 100 plus yang dibawanya bersama tadi.Amyra berhenti betul2 bersebelahan dengan lopak air.  

Setelah itu,Amyra membetulakan ikatan tali kasutnya yang sudah mulai longgar.Tiba2 ada sebuah camry merah di arah bertentangan. melanggar lopak air tersebut dan menyebabkan Amyra bermandikan air lopak.

Amyra bingkas bangun dan terus memaki hamun pemilik kenderaan tersebut.Kereta tersebut terus meluncur laju tanpa menghiraukan Amyra.

Niat Amyra yang pada mulanya ingin bersarapan Roti Sardin dan teh tarik sambil mencuci mata melihat Mamak Syed Ali yang wajahnya persis hirtik Roshan terbantut dek kerana sudah bermandian dengan air lopak.

Amyra terus melangkah balik ke rumahnya dan Mulutnya asyik mengomel sedari tadi.

Sesampai sahaja dia dirumahnya.Kelihatan jirannya,Cikgu  Halim sedang berbual dengan seorang pemuda,Penghuni baru di rumah kosong bersebelahan rumah Amyra.Pemuda itu,ialah clientnya yang dijumpanya pada bulan lepas.  

Dia tidak berminat untuk menegur jiran barunya itu.Dia cuma ingin masuk ke rumah dan membersihkan dirinya yang dimandikan lopak sedari tadi lagi.  

Kemudian,Kak Azrina menegurnya.  

"Hai Amyra,apa yang kau buat sampai basah satu badan tu?"

"Tadi,masa Myra tengah betulkan tali kasut tepi jalan,ada satu camry merah ni langgar lopak air sebelah myra.Tu yang mandi nih.",jawab Amyra.Dalam percakapannya,ada nada geram.  

Ketika hendak masuk ke rumahnya,dia terpandang camry merah kepunyaan pemuda tersebut.Dia kenal benar dengan kereta itu.

Ya! ,kereta itulah yang menyebabkan dia bermandian air lopak sebentar tadi!  

Amyra tidak jadi masuk ke dalam rumah Sebaliknya,dia pergi ke tempat Kak Azrina dan suaminya yang sedang berbual dengan jiran barunya itu untuk menyerang lelaki itu.  

"Encik! ,encik Fadhlan kan? ni kereta encik?.Encik tadi ada langgar lopak air tepi jalan sampai terkena seorang perempuan yang tengah betulkam kasut kan? ",duga Amyra.

"Ya,macam mana cik boleh tahu?",tanya Fadhlan kepada Amyra kehairanan.

"Lah,awak ke perempuan tadi tu? Maaf lah ye.Saya tak nampak cik tadi.Lagi pun,siapa suruh cik betulkan kasut tepi jalan",jawab Fadhlan dengan selamba sambil tersenyum sinis kepada Amyra.

"Kenapa ni Amyra?.Kau ni,dengan jiran baru pun dah diajak bergaduh",kata Kak Azrina kepada Amyra.Dia sebenarnya hairan,baru saja berjumpa takkan dah bergaduh pula.

"Kalau akak nak tahu,mamat ni lah yang mandikan Myra dengan air lopak tadi",jawab Amyra dan kemudiannya terus masuk ke dalam rumahnya..

Puas hati Fadhlan dapat menyakitkan hati Amyra.Memang sudah lama dia tunggu saat itu sejak insiden dia disembur oleh Amyra semata mata desebabkan ruangan parkir.Sejak pertemuan pertamanya dengan Amyra, dia telah menganggap bahawa Amyra itu mereng.

Mana tak nya.Kereta pun dia bagi nama.

Puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience