Rate

BAB 5

Romance Series 5281

Beberapa kali dia cuba menghidupkan enjin 'cik bibah'.Namun, 'cik bibah' tetap tidak mahu hidup.Dia buntu memikirkannya.Sudahlah pagi ini dia ada appointment penting.'cik bibah' pula buat hal.  

Cikgu Halim yang juga sudah sedia untuk pergi ke sekolah menegur Amyra.

"Haa,kenapa ni Amyra?.Tak pergi kerja lagi ke?",soal Cikgu Halim kepada Amyra.  

"Ni haa Abang Halim,'Cik Bibah' ni buat hal pula.Dah lah pagi ni Myra ada appointment penting.Serabut Myra dibuatnya.Abang boleh tengokkan tak apa masalah 'cik bibah' ni?",tanya Amyra.  

"Oh,kalau pasal kereta abang tak reti lah Myra.Kalau pasal kahwin lagi satu,abang tahu lah",jawab Cikgu Halim kepada Amyra sambil mengenyitkan mata kanannya.  

Azrina yang sedari tadi hanya mendengar dan melihat perbuatan suaminya,keluar meyergah
suaminya.

Cikgu Halim yang pada mulanya rancak bercakap terus berdiam diri seperti tunggul apabila perbuatannya dapat ditangkap Azrina.  

"Apa tadi awak cakap?.Kahwin lagi satu ya?.Ada hati nak kahwin lagi konon.Tak sedar ke diri awak tu dah tua.Rumah kata pergi,kubur kata mari.Ada hati nak mengurat Myra yang pangkatnya macam anak saudara tu",bebel Azrina kepada suaminya.

Kata-katanya cukup pedas.Tidak tahan dengan bebelan isterinya,Cikgu Halim terus menghidupkan enjinnya dan berlalu pergi.  

Fadhlan yang sedari tadi menonton slot Akasia drama jirannya,memberanikan diri untuk menegur.Dari tadi,dia hanya jadi pemerhati.  

"Assalammualaikum,kenapa ni?.Ada masalah ke?",tanya Fadhlan dengan penuh sopan santun.  
"Haah.'Cik Bibah' buat hal.Kamu tahu tak nak betulkan kereta?.Kalau tahu,tolong tengok-tengokkan kereta si Amyra tu,boleh tak?",tanya Azrina.Pinta Azrina dan kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Amyra dan Fadhlan apabila terdengar anaknya menangis. 

"Kenapa dengan kereta awak,Amyra?",tanya Fadhlan.  

"Tak tahu lah Encik Fadhlan.Tiba-tiba ja tak boleh nak start.Semalam okay ja.Hari ni,orang ada hal penting dia boleh pula buat hal",jawab Amyra sedikit mengadu.Mukanya sudah masam mencuka.  

"Boleh awak tolong buka bonet ni sekejap?.Manalah tahu,dapat saya cari tahu apa punca yang buat 'Cik Bibah' awak ni meragam",kata Fadhlan.  

Apabila bonet kereta Amyra dibuka,Fadhlan membelek-belek keseluruhan enjin untuk mencari punca yang membuatkan kereta itu meragam.  

Rupa-rupanya bateri 'Cik Bibah' dah weak.Patutlah meragam seperti tuannya.Sekejap okay,sekejap tidak.

"Bateri kereta awak yang problem.Awak tak pernah bawak kereta awak ni pergi service ke?.Saya tengok,bateri tu dah lama rasanya.Awak tak pernah tukar ke?",duga Fadhlan.

"Tak.Selalunya kalau 'Cik Bibah' ni ada masalah,abang saya yang akan uruskan.Saya cuma tahu bawa ja",jawab Amyra.  

Fadhlan mengeluh didalam hati, "kalau dah perempuan namanya,cuma tahu bawa sahaja.Service tak tahu."  

"Jadi,macam mana dengan 'Cik Bibah' ni?.Awak boleh betulkan tak?.Sebenarnya saya kena cepat ni.Saya ada appointment penting di pejabat",tanya Amyra dan kemudiannya meluahkan apa yang menyebabkan hatinya risau.

"Saya boleh betulkan,cuma barang ja tak ada.Nanti saya tolong belikan barang dan betulkan",tawar Fadhlan.  

Amyra mengeluarkan talefon bimbitnya daripada tas tangan miliknya dan mendail nombor Umayr.Dia mencuba beberapa kali.Sebenarnya dia terlupa bahawa Umayr berada di luar kawasan.Dia mengeluh panjang apabila teringat.  

"Awak berkerja di mana sebenarnya?",tanya Fadhlan kepada Amyra. "Syarikat Permas Jaya di Shah Alam.Kenapa ya?,Amyra pula bertanya kepada Fadhlan.  

"Oh! Kalau begitu,bolehlah saya tolong hantar Cik Amyra pergi kerja.Kebetulan pula saya ada appointment dangan client di kawasan itu",tawar Fadhlan kepada Amyra.  

"Betul ke ni?Saya tak menyusahkan awak?",tanya Amyra.Risau juga dia jika dia telah membebankan lelaki itu.  

"Tak menyusahkan pun.Hari ni awak susah,saya tolong.Esok-esok kalau saya pula yang susah,awak pula tolong,"jawab Fadhlan sambil melemparkan senyuman kepada Amyra.Senyuman yang pasti akan membuat orang disekelilingnya jatuh cinta.  

Fadhlan menutup bonet kereta Amyra dan terus
berjalan ke rumahnya untuk mengeluarkan keretanya.  

Fadhlan berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah Amyra.Amyra terus melangkah masuk kedalam perut kereta lelaki itu.

Baik?  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience