Rate

BAB 2

Romance Series 5281

Jam lonceng nya berdering nyaring bagaikan terkena hesteria.Namun, pemiliknya masih lena dibuai mimpi.

Bagaikan diserang sawan, Amyra terjaga lantas terus menjadi panik apabila teringatkan mesyuarat penting yang akan bermula kurang daripada satu jam lagi. Amyra terus mencapai tuala mandinya dan bergegas.

Mujurlah dia sudah mempunyai parking yang disewa.Tidak perlulah dia membuang masa untuk mencari parking untuk menempatkan 'Cik Bibah' kesayangannya itu.Namun,setibanya di parkir sewaannya itu,Amyra nampak Camry Merah yang di parkirkan di parkir sewaannya.Dia,dengan rasa marah,dia membunyikan hon milik 'Cik Bibah' nya.

Namun,pemilik Camry tersebut tidak membagikan sebarang respon.Amyra dengan berangnya turun daripada kereta dan berjalan ke arah Camry merah tersebut.Tingkap kereta camry merah itu diketuk dan pemiliknya menurunkan cermin tingkapnya sambil tersenyum dan menampakkan barisan giginya yang putih.

"Ya,kenapa ya cik?,tanya pemilik kenderaan tersebut kepada Amyra.Amyra terkesima melihat wajah pemilik kereta tersebut.Kelihatan kemas dan bergaya dengan memakai kemeja-t berwarna ungu.Dalam hatinya agak kagum melihat lelaki tersebut.Namun,cepat² dia tersedar dan kembali ke Tujuan asalnya bertemu pemilik camry merah tersebut.

"Maaf ya Encik,encik ni tak nampak ke petak parkir ini berwarna kuning?,petak kuning menunjukkan bahawa parkir ini merupakan parkir yang boleh disewa.Dan kalau encik nak tahu,ini parkir saya.Saya telah bayar sewanya setiap bulan.Jadi,Encik boleh dipersilakan pergi sebab saya nak parkir 'Cik Bibah' kesayangan saya ni", Amyra terus menyembur lelaki tersebut.Sebenarnya dia panik kerana sudah terlambat dan kebetulan pula lelaki itu muncul pada waktu yang salah.    

"Maaf ya cik,saya memang betul² tak perasan yang petak parkir ini berwarna kuning",jawab pemuda itu dengan sopan dan terus mengundurkan keretanya.  

Amyra tiba di bilik mesyuarat agak lewat.Namun kelihatan mesyuarat tersebut masih belum dimulakan lagi kerana client yang sepatutnya datang masih belum menampakkan batang hidung.Amyra menghembuskan nafas lega.  

10 minit selepas itu,seorang  pemuda yang tinggi memakai baju kemeja-t berwarna ungu memasuki bilik mesyuarat tersebut dan memohon maaf diatas kelewatannya.
Amyra terkejut apabila melihat pemuda tersebut.Bukan kerana pemuda itu memakai kemeja-t warna kegemarannya,tetapi kerana pemuda itu merupakan  pemuda yang disemburnya sewaktu di parkir tadi.  

Pemuda itu memperkenal dirinya dengan nama  Fadhlan Hazim Bin Sulaiman sambil matanya tepat memandang wajah Amyra.  

Amyra tertunduk dan menyesal atas perbuatannya kepada lelaki itu.Di dalam hatinya mulai risau jika bosnya dapat tahu yang dia bertengkar dengan client tersebut,pasti dia akan dibuang kerja.

Selesai sahaja mesyuarat,Amyra terus menuju ke arah lelaki itu dan memohon maaf diatas perbuatannya.

Cool..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience