BAB 3

Family Completed 5480

Hampir sepuluh minit berjalan dia sudah pun tiba di kedai runcit bercat biru yang terletak bersebelahan dengan balai raya. Setelah membeli apa yang dipesan dia lantas berjalan girang menuju ke rumah namun tanpa disedari terdapat sebuah kereta yang memecut laju dari arah belakang sehingga menyebabkan dia terdorong ke tepi lalu terjatuh ke dalam semak sementara telur dan sardine yang berada di dalam plastik terjatuh di atas jalan tar

dan digilis kenderaan tersebut.

“Ya Allah… . Adik tak apa-apa ke?” seorang Pak Cik yang kebetulan melalui jalan tersebut dan berada di belakang kereta tadi berhenti lalu membantu Kalish Saifullah unutk berdiri.

“Hish… jalan kampung pun bawa kereta macam pelesit. Macam mana boleh dapat lesen ni.” Pak Cik tadi masih memebebel semasa membantu Kalish untuk bangun.

Pak Cik itu membelek-belek tubuh Kalish Saifullah untuk memeriksa andai ada kecederaan. “Eh, lutut adik berdarah ni… jom lah Pak Cik bawa pergi klinik. Takut ada cedera tempat lain lagi…”

Kalish Saifullah yang kebingungan akibat terlalu terkejut sekadar menurut.

“ASSALAMU’ALAIKUM…”

“Wa’alaikumussalam… eh Lebai… datang ni ada hajat apa?” Nenek yang datang dari dapur menyahut.

“Ni cucu kamu ni tadi hampir kena langgar dengan kereta. Nasib baik tak teruk sangat.”

“Ya Allah… habis mana telur denga sardinnya?”

“Isy… isy kamu ni. Cucu hampir kena langgar telur juga yang kau herankan.” Lebai Imran bernada marah. Hairan dengan sikap Nek Nab yang ganjil. Sepatutnya disoalkan akan keadaan cucunya namun lain pula jadinya.

“Habis tu dah dia ni tercongok kat depan mata tu maknanya tak mati lagilah…” Nek Nab bersuara selamba

sambil menjeling Kalish Saifullah.

“Astaghfirullahal’adzim… apa kena dengan kamu ni Nab…” Lebai Imran membentak kasar sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

“Dia ni yang jalan terkinja-kinja dekat tepi jalan tu yang nak kena langgar tu. Lain kali menari terus dekat tengah jalan tu. Senang. Sekali langgar terus…” belum pun sempat Nek Nab meneruskan kata-kata Lebai Imran telah pun memotong laju.

“Astaghfirullah Nab… bawak mengucap. Ni darah daging kau sendiri.”

“Tak. Saya tak ada cucu cacat, Lebai…” Nek Nab bersuara keras membangkang.

Lebai Imran menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali sambil hatinya tidak putus beristighfar. “Nab… walau

macam mana kau menafikan pun ikatan antara kau dengan dia takkan terputus. Sampai akhirat.” Dia malas hendak bertekak lalu menghamburkan kata yang mungkin mampu membuatkan Nek Nab berfikir. Itulah harapannya.

Lebai Imran melepas nafas perlahan. “Dah lah Saifullah pergi naik mandi. Jangan lupa sapu ubat. Tak payah lah datang surau malam ni, rehat je…” pesan Lebai Imran sebelum berlalu untuk pulang.

TETAMU nenek sudah pun beransur pulang. Nenek membawa dulang yang berisi cawan ke dapur. Kalish Saifullah yang tadinya berada di dalam bilik keluar ke laman. Dia duduk di pangkin di bawah pohon sena yang berbunga mekar. Sekuntum sena jatuh mengenai kepalanya. Bunga kuning itu diambil dan ditatap sebelum dibawa ke hidung. Wangi!

Bibir menguntum senyum.

Sedang itu, otaknya ligat berfikir akan perbualan antara nenek dengan Mak Cik tadi.

“Aku ni teringin sangat nak ke Mekah tapi…” suara nenek yang syahdu memecah sunyi.

“Insya-Allah Nab… kalau Dia jemput sampai la kau ke sana.” Mak Cik yang sebaya dengan nenek lembut

memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience