BAB 2

Family Completed 5480

Adakah mungkin nenek juga akan menerima dirinya seadanya sebagaimana umi menjaganya selama ini. Sudikah kiranya nenek menyuapinya sebagaimana yang umi lakukan lima belas tahun kebelakangan. Sudikah nenek menyisir rambutnya setiap pagi sebelum melangkah ke sekolah seperti yang umi lakukan sejak dia kecil?

Segenap penjuru minda dijentik dengan pelbagai persoalan yang dia sendiri tidak punya jawapannya.

Ainin berkalih memandang seorang ibu tua yang berada di kerusi bertentangan. Jelas seraut wajah itu tidak

menggambarkan kegembiraan apatah lagi matanya tidak langsung mengambil ruang menatap wajah insan di hadapannya.

Hanya mata yang merenung jauh ke luar pintu yang berbicara dalam diam. Bicara antara dia dengan Tuhan.

“Mak Cik… dah tiba masanya saya serahkan tanggungjawab ni pada Mak Cik. Saya harap Mak Cik dapat terima dia

seadanya.” Ada air hangat yang mengalir tatkala Ainin menuturkan kata-kata itu.

Berat. Perit. Sakit. Pedih.

Sungguh! Kasih yang disemai sekian lama telah bercambah menjadi satu ikatan batin yang terlalu kukuh untuk dileraikan terlalu erat untuk diuraikan. Terlalu sakit untuk dilepaskan.

Ainin menghadap Kalish Saifullah lantas mengenggam jari jemari remaja itu. Kalish mendongak merenung ke dalam anak

mata Ainin. Pandangan yang penuh dengan pengharapan. Mengharapakan sekelumit simpati kalau pun sudah pudar kasih di hati. Sungguh! Hatinya meronta-ronta membantah. Dia tidak mahu berpisah dari uminya. Tidak rela.

“Saif… jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap nenek ya. Ada masa umi datang melawat Saif…” Dalam sedu kata itu terluncur jua. Sepatah demi sepatah. Mudah dihadam maksudnya namun nilai sentimentalnya terlalu payah untuk dimengerti oleh insan sementah Kalish Saifullah. Sebaris kata yang membawa makna sesungguhnya dia bakal terpisah dengan uminya. Terpisah oleh jarak yang tidak mampu dia gapai.

Kalish Saifullah menggeleng laju. Pegangan tangan dikejapkan saat Ainin cuba meleraikannya. Air mata merembes

keluar tidak dihiraukan.

“Saif… sayang umi kan? Dengar cakap umi ya…”

Masa seolah terhenti. Jarum jam seakan berhenti berdetik untuk seketika. Memberi ruang waktu buat mereka saling

menyelami jauh ke dasar hati.

Dengan perlahan pegangan tangan dilonggarkan sedangkan matanya tidak lepas memandang paras seorang umi yang bakal meninggalkannya di tempat yang teramat asing buatnya.

“SAIFULLAH…”

“Aa…” Kalish Saifullah menyahut pelat. Air liur yang meleleh di pinggir bibir disapu menggunakan lengan.

Dia berlari-lari anak menuju ke arah suara yang memanggil.

“Kau pergi mana? Terhegeh-hegeh… Sini cepat. Ambil duit ni pergi beli telur empat biji. Sardine satu tin.” Nenek menghulurkan not berwarna merah kepala Kalish Saifullah.

Kalish Saifullah menyambutnya dengan terketar-ketar. Lantas dia berjalan sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Nyanyian yang hanya dia mengerti butir melodinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience