02: The Hope (I)

Fantasy Series 650

"Hope Academy?" Anasthasia mengangguk. Mereka berempat sedang berehat dibawah pokok. Sepatutnya Anasthasia perlu bergerak sekarang, kalau tak dia akan sampai disana pada waktu malam. Eshal seperti mahu bertanya sesuatu tapi dia takut Anasthasia terasa dengan pertanyaannya.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Tanyalah."

"Macam mana kau tahu waktu angin kencang tu datang?" Anasthasia memandang Eshal seketika. Dia kemudian menyandar pada pokok dibelakangnya. Dia memandang langit yang dilindungi dedaun pokok ini. Dia faham mengapa Eshal bertanya sebegitu.

"Aku dengan kawan aku ada dekat dalam bangunan, lepas angin kencang tu datang, kitorang dengar jeritan pelajar. Jadi kitorang pilih untuk turun kebawah dengan pelajar yang masih selamat. Nak cari punca semua ni jadi. Lepas tu aku terjumpa poster ni," Anasthasia menunjukkan poster yang dibawa bersamanya. Eshal mengangguk.

"Rei, kawan aku yang perasan angin kencang ni tak kena bawah daripada lutut. Sebab tu aku suruh korang tunduk. Kalau boleh baring. Waktu tu pulak aku tahu sebab aku selalu tengok jam. Kebetulan pula aku perasan tentang angin kencang tu." Eshal mengangguk sekali lagi. Aisar dan Firaz langsung tidak mendengar cerita Anasthasia. Mereka berdua seperti tidak suka padanya. Aisar memandang Anasthasia dengan riak muka tidak puas hati.

"Kau ke yang bawa angin kencang tu untuk bunuh orang?"

"Kau kena-"

"Diam, Ed." Eshal terdiam. Entah mengapa Aisar tiba-tiba sahaja begini. Yang peliknya, Firaz yang paling matang itu pun menyokong Aisar. Kena rasuk syaitan mungkin? Anasthasia berdiri.

"Kenapa kau rasa aku yang buat? Mustahil untuk aku buat benda tu. Tak masuk akal tahu tak?" Anasthasia mempertahankan dirinya. Sejujurnya, dia sedikit terasa dengan tuduhan Aisar. Lupakah Aisar bahawa tanpa Anasthasia, dia mungkin tidak akan hidup sekarang? Atau memang patut mati pun tadi? Anasthasia mula menyesali keputusannya untuk menyelamatkan mereka bertiga.

"Habis tu macam mana kau boleh tahu waktu semua ni? Mengaku je lah memang kau yang rancang semua ni?!"

"Mana kau tahu dekat sana?"

"Hah betul betul. Mana tahu kau menipu."

"Kalau tak kenapa kau tahu semua ni."

"Betul tu, betul tu."

"Diam lah korang ni. Bagi dia terangkan." Eshal berjaya mebuatkan Aisar dan Firaz terdiam. Buat kali pertama Firaz bertindak tidak matang seperti ini. Anasthasia terkejut. Dia faham jika Aisar ragu-ragu akan dirinya, tetapi menuduh? Dia langsung tak boleh terima. Sedikit pun dia tidak pernah terfikir nak membunuh orang. Apatah lagi dengan cara membawa angin kencang bersama dengan ranting-ranting dan dedaun yang membawa maut.

"Okay. Tak nak percaya tak apa. Aku boleh pergi sekarang. Aku cuma nak ingatkan, sekarang ni dunia bukan macam dulu lagi. Kita dalam dunia fantasi. Jangan terkejut kalau nanti ada raksasa serang korang. Kalau aku ada dengan korang pun, aku useless." poster yang dari tadi dipegangnya dicampakkan tepat pada muka Aisar. Dadanya naik turun menahan marah.

"Aku harap aku boleh putarkan balik masa dan aku harap aku tak selamatkan korang." Anasthasia pergi meninggalkan tiga orang itu. Nasib baik dia sudah menghafal alamat Hope Academy. Jika mereka tak mahu mengikutinya, tak apa. Biar dia pergi seorang diri. Mereka betiga hanyalah 'stranger' baginya.

"Tak nak ikut sudah. Kejap lagi angin bertiup kencang. Semoga hidup, 'strangers'." kata terakhir Anasthasia tanpa memandang belakang.

"Aisar! Kau dah gila ke apa?! Anasthasia dah selamatkan kita kot. Dia cedera pun sebab kita!" Eshal memegang bahu Aisar lalu menggoncangkannya sekuat hati. Walaupun dia baru sahaja mengenali Anasthasia, dia percaya Anasthasia seorang yang baik. Firaz memegang tangan Eshal dan menarik tangannya perlahan supaya tidak menggoncangkan badan Aisar.

"Aku pun rasa macam Aisar. Mana tahu kalau dia memang betul-betul jahat. Kita tak tahu semua tu Ed. Kita tak boleh percayakan stranger macam tu je." terang Firaz lembut. Eshal menggeleng. Dia bukannya tak mahu dengar cakap sahabatnya, dia cuma mahu mereka semua selamat. Walaupun dengan cara mempercayai stranger.

"Aku tak kisah apa yang korang nak cakap pasal Anasthasia. Aku nak pergi Hope Academy, aku nak hidup. Kalau korang tak sayangkan nyawa, tak apa, duduk lah korang dekat sini sampai ada 'stranger' yang nak selamatkan korang. Kalau ada lah." Eshal menyandang begnya. Poster yang berada dilantai itu diambilnya.

Dia tahu Anasthasia bukannya nak campak sangat poster itu. Dia mahu mereka bertiga datang ke Hope Academy. Sebab itu dia pergi tanpa poster yang dia bawa.

"Ingat apa yang Anasthasia cakap. Macam-macam benda lagi teruk boleh jadi dalam dunia fantasi. Aisar, kau mesti faham kan. Kau selalu main game, aku tahu kau boleh survive sendiri. Tapi aku tak boleh." Dia memandang Aisar dan Firaz. Dia melangkah setapak namun tangannya ditarik oleh Firaz.

"Aku nak ikut dia, aku nak hidup. Bye!"

"Weyh, jangan lah weyh. Aku takut weyh."

"EDHAN ESHAL! Okay, aku dengan Aisar ikut kau. Kita survive sama-sama." Firaz tersenyum. Aisar masih lagi tidak puas hati tetapi dia tetap mengekori mereka berdua. Mana sanggup kena tinggal. "Jom je lah ikut dia."

"Sorry..."

"Banyak lah kau punya sorry! Minta maaf dekat Anasthasia bukan dekat aku."

[][][]

"Hope Academy." dia berdiri dihadapan bangunan sekolah Hope Academy. Sekolah ini sangat besar dan cantik. Perjalanan yang jauh dan penuh dengan halangan itu tidak sia-sia rupanya. Pagar diluar sekolah itu dibuka. Terdapat ramai orang disitu. Pelajar yang paling ramai disitu.

"Selamat datang ke Hope Academy! Apa nama kamu?" tanya seorang lelaki yang segak beruniform lengkap. Anasthasia agak terkejut, entah dari mana lelaki ini datang dan menyapanya.

"Er, A-Anasthasia. Eva Anasthasia."

"Kamu dari sekolah mana?"

"Winterwoods High." lelaki itu mengangguk. Tangannya dihulurkan pada Anasthasia. Anasthasia keliru. Dia hanya memandang tangan si lelaki tersebut. Lelaki itu ketawa kecil. "Pegang lah tangan saya. Saya Sir Aidan, salah seorang cikgu disini." Anasthasia tersenyum kekok lalu menyambut huluran tangan Sir Aidan.

"Okay, boleh awak ceritakan perjalanan awak kesini? Setahu saya Winterwoods High agak jauh dari sini." tanya Sir Aidan pada Anasthasia sambil berjalan ke dalam sekolah. Anasthasia mengangguk lalu bercerita tentang perjalanannya kesini, Hope Academy. Dia ceritakan semuanya kecuali tentang tiga budak itu.

"Oh begitu. Jadi lengan awak ni, sebab awak tercedera ye?" Anasthasia mengangguk, mengiyakan pertanyaan Sir Aidan. Sir Aidan berhenti didepan satu bilik, dia mengetuk pintu tersebut. Anasthasia disebelahnya setia menunggu. Dia sebenarnya tertanya-tanya, betul ke Sir Aidan ini seorang cikgu? Sir Aidan nampak terlalu muda untuk menjadi seorang cikgu. Cikgu muda mungkin?

"Oh, Sir Aidan. Ada apa ye?" seorang perempuan menguak pintu dari dalam. Bagi Anasthasia, perempuan itu nampak sangat cantik. Anasthasia terlalu sibuk memandang kecantikan perempuan itu sehingga tidak sedar Sir Aidan sudah habis bercakap dengan perempuan tersebut.

"Anasthasia, ini Dhia. Dhia ketua bilik ni. Hari ini dan hari-hari lain, Anasthasia akan duduk disini. Kalau ada apa-apa, tanya je Dhia ataupun pelajar lain dekat sekolah ni. Okay?"

"Oh saya memang cikgu walaupun saya muda ye." Sir Aidan berbisik padanya. Anasthasia ketawa kecil.

"Okay." Sir Aidan pergi meninggalkan dia dan Dhia. Dhia tersenyum lalu menarik Anasthasia kedalam bilik itu. Bilik itu sangat besar dan mampu memuatkan 10 katil double decker. Termasuk dia, ada 20 orang pelajar yang berada didalam bilik ini sekarang. Dhia menunjukkan katilnya yang berada disebelah katil Dhia.

"Perhatian semua! Kita ada kawan baru, A- jap apa nama kau tadi?" bisik Dhia. Anasthasia ketawa kecil melihat perangai Dhia. "Eva Anasthasia." dia membisikkan namanya pada telinga Dhia. Dhia menngangguk.

"Eva Anasthasia!"

"Wah cantiknya nama dia!"
"Cantiknya..."

Anasthasia hanya berdiri disitu mendengar bisikan yang bukan seperti bisikan dari pelajar-pelajar disini. Dhia mengangkat tangannya dan mengisyaratkan supaya mereka diam. Dhia menyuruh Anasthasia duduk pada katilnya dahulu lalu entah kemana dia pergi. Anasthasia disapa oleh mereka. Dia serba sedikit rasa dihargai.

Di Winterwoods High, dia hanya ada Rei yang berada dikelas sebelah. Rei satu-satunya rakan yang dia ada. Walaupun kelas memisahkan mereka, Anasthasia dan Rei tetap rapat. Friendship goals betul.

"Hai, aku Carla Caroline. Call me Carla. And ini Aaira. Say hi Aaira." Aaira hanya melambaikan tangannya pada Anasthasia. Dia berdiri dibelakang Carla seperti cuba menyembunyikan diri. Anasthasia faham, mungkin Aaira seorang yang pemalu. Begnya yang digalas diletakkan diatas katil. Penat seharian berjalan dan berlari.

"Err, Anasthasia or Eva or whatever your nickname is, lengan tu. Cedera ke?"

"Oh, iya-"

"Dhia!!! Anasthasia cedera!" Anasthasia sedikit terkejut dengan jeritan perempuan itu. Sudah lah kuat, tiba-tiba pula tu. Aaira menapak kedepan dan duduk disebelah Anasthasia. Kain putih yang sebenarnya uniform milik Eshal dibuka ikatannya. "Eh, ni bukan kain. Ni uniform." Anasthasia membeku. Tak tahu hendak membalas apa.

"Uniform siapa ni?"

"Boyfriend punya?"

"Shhhh! Orang cedera tu. Sempat pulak tanya siapa punya. Kan dia dari luar, mesti lah ada orang yang dah mati ke apa. Boleh je uniform tu daripada orang yang dah mati, dia ambil untuk lambatkan perdarahan tu keluar. Bla bla bla..." Dhia membebel. Ada logiknya apa yang dikatakan oleh Dhia itu.

"Eh suruh orang diam. Tapi dia pulak yang bising." Dhia menjeling Carla geram.

"Oh, Sir Aidan ada suruh aku cerita apa yang jadi dekat dunia sekarang ni." Anasthasia memberikan fokus sepenuhnya pada Dhia. Dhia bercerita dan menjelaskan semuanya sambil membersihkan luka pada lengan Anasthasia dengan bantuan Aaira. Rupanya 'assumption' dia selama ni betul. Sekarang dia risau akan tiga orang lelaki yang diselamatkannya itu. Macam mana kalau mereka tidak boleh membiasakan diri dengan keadaaan?

Ada ke harapan untuk mereka hidup?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience