"Siapa tak siap kerja rumah, sila berdiri! Amboi, mentang-mentang lah sekolah cuti peristiwa, kerja rumah tak nak buat ye. Berdiri sekarang!" Aisar berdiri dengan tidak malunya. Tiap-tiap hari berdiri pun masih tak insaf-insaf lagi ye.
"Kamu lagi? Apa nak jadilah dengan kamu ni, Aisar?"
"Setakat ni saya belum ada cita-cita lagi, cikgu." Aisar menjawab. Eshal dan Firaz yang duduk dibelakangnya menunduk dan menggeleng. Memang tak tahu malu betullah Aisar ni. Diorang sebagai kawan, dapat rasa tau secondhand embarassment tu. Takkan dia tak rasa malu kot?
"Haih, apa pula alasan kamu kali ni? Mak kamu terebus buku latihan kamu?" pelajar lain didalam kelas tersebut tertawa dengan ayat cikgu matematik mereka. Mereka tahu cikgu sedang memerli Aisar, tapi Aisar? Dia tak tahu ke yang cikgu tengah menyindir dia? Haih lah, Aisar.
"Sebenarnya tak cikgu. Saya buat tau latihan cikgu. Saya ingat lagi cikgu suruh saya buat latihan uji minda muka surat 58 dalam buku matematik 1. Tapi cikgu, haritu anak jiran saya ni dia minta buku tu sebab nak ulangkaji. Dia tak sekolah sini. Saya, dengan baik hatinya bagilah dekat dia. Iya lah, dalam hidup ni kita kena saling tolong menolong. Saya kan berhati mulia-"
"Banyaklah alasan kamu. Kamu keluar sekarang! Berdiri lah kat luar tu sampai habis masa saya!" Aisar mengangkat bahu lalu berjalan keluar kelas. Sah, sorang Aisar Aisy memang tak ada perasaan malu. Riak wajah dia sama je dari tadi.
Eshal dan Firaz mengangguk. Seperti biasa, mereka akan volunteer untuk berdiri diluar bersama dengan Aisar. That's what bestfriends for, ye dok?
"Cikgu! Saya tak buat kerja cikgu!"
"Saya pun!" cikgu malas nak melayan, cikgu hanya menunjuk luar kelas. Pelajar lain terkejut beruk. Selalunya Eshal tak akan bagi orang lain tiru kerja rumah dia, sebab tu pelajar lain anggap dia sama je dengan Aisar tak siap kerja. Tapi diorang siap kerja rumah minggu lepas ni pun sebab tiru Eshal, terkejut lah diorang.
Firaz? Firaz dikenali kerana kerajinannya. Jadi mustahil sangat dia tak siap kerja. Sudah terang lagi bersuluh dia keluar berdiri dekat luar sebab ikut member. Kenapa Aisar tak tiru je Firaz? Simple. Sebab dia memang tak nak buat kerja. Firaz dah bagi tiru pun dia tak nak. Lantak dia lah.
"Oh hola bespren!" sapaan Aisar dipulaukan. Mereka berdua terlalu penat nak layan perangai Aisar. Lagi-lagi Eshal, semalam sampai pukul 3 dia berjaga nak siapkan kerja rumah. Firaz pulak sebab dia tak boleh tidur. Tu yang penat semacam hari ni. Maklumlah, dia mana pernah tidur lewat ataupun tak cukup tidur.
"Balik nanti lepak rumah aku jom."
"Nope."
"Tak nak." Aisar menyandar pada dinding sambil memuncungkan bibir.
[][][]
"Hah, kuatnya angin harini. Sampai daun dengan ranting dibawa sekali." dia tersenyum. Dia kembali duduk dihadapan canvas. Dia melukis pemandangan diluar sekolahnya.
"AAAAAAAH!"
"Ada orang menjerit ke?" dia menjenguk keluar tingkap, ramai pelajar sedang berlari lintang-pukang. Dia keliru. Dia mengangkat bahu, fokus kembali pada lukisannya. Dia mencapai cat arkilik yang terletak tidak jauh darinya. Dia berhenti.
"Kenapa rasa lain eh? Macam tak sedap hati pulak." Dia bangun dan menjenguk lagi keluar tingkap. Dia terkejut. Rasanya baru sekejap tadi dia lihat pelajar berlari-lari. Kenapa mereka sedang terbaring dimerata tempat. Banyak darah pulak tu.
Sekejap. Darah...?
"D-darah? Diorang membunuh ke? Eh tak akan. Takkan sekejap je dah boleh bunuh semua pelajar." Dia keluar daripada bilik seni dan pergi ke setiap kelas. Ada je orang dalam satu kelas tapi rasanya diorang tak tahu kot pasal ni. Kelas lain dah tak ada orang.
"Kau kenapa Ana? Dari tadi duk-" dia memotong percakapan kawannya dikelas sebelah.
"Korang dengar bunyi orang menjerit tak?"
"Oh glad i wasn't the only one." dia menghela nafas lega. Dia mengajak semua orang turun ke dewan untuk melihat situasi. Mereka semua turun kebawah dan sangkaan dia tepat sekali. Memang mereka terbaring dengan tangan yang putus dan sebagainya. Termasuk guru-guru.
"Weyh apa jadi?"
"Tak tahu." mereka semua buntu, tak tahu mahu buat apa. Dia mencangkung disebelah salah seorang mayat. Badan mayat tersebut diteliti. Macam kena tetak je. Tapi siapa? "Oh, poster." dia mengambil poster yang sudah dilumuri darah tersebut.
"Datang ke Hope Academy jika sesuatu terjadi. Hati-hati dalam perjalanan ke sini. Hah? Apa yang dia cuba sampaikan ni?" dia menggaru kepalanya. Pening memikirkan semuanya. Jam dikerling, 10 saat lagi sebelum 10.15 pagi.
"Semua lari! Angin kencang tu datang lagi!"
"Kenapa kena lari?"
"Angin tu bawak daun dan ranting yang boleh-" kepala nya tercabut daripada leher. Daun dan ranting yang dibawa oleh angin tersebut berbahaya.
"Macam mana b-"
"Ana! Tunduk-" kawannya menolak dirinya sehingga dia terjatuh. Angin tersebut berlalu tanpa sedikitpun mencederakan dirinya. Dia menghela nafas. Dia bangun dan melihat kawannya tadi terbaring berlumuran dengan darah.
"Rei!" dia belum mati tetapi pendarahannya terlalu banyak. Bila-bila masa sahaja dia boleh mati. Melihat Rei tidak merenspon, dia mengangguk.
"Okay aku faham." dia mengerling jamnya. Nampaknya angin kencang tersebut berlaku selama 5 minit sahaja. Poster ditangannya dipandang sekilas. Rei yang terbaring disebelahnya ditenung. Dia mengecek nadi Rei, tiada denyutan nadi.
"Apa sebenarnya yang dah jadi ni?" dia menutup mata. Tak kisah lah apa yang jadi, dia harus membuat sesuatu. Dia berlari keatas kelasnya untuk mengambil beg galasnya.
"Aku kena pergi Hope Academy."
[][][]
Anasthasia berjalan kemudian berlari kemudia berjalan lagi. Dia langsung tak boleh tenangkan diri. Macam-macam perkara negatif yang difikirkannya. Jam tangannya asyik dikerling. Dia kemudian memandang kebelakang. Phone pada poket beg nya dikeluarkan dan cuba di-on kan. Malangnya phone tersebut tak terbuka. Skrin gelap.
Dia kembali melihat jam tangannya. 1.29 petang. Seminit lagi angin kencang berbahaya itu akan datang. Jauh sudah dia berjalan sejak peristiwa tadi. Dia perlu menolong sesiapa sahaja yang masih hidup dikawasan ini. Dihadapannya terdapat terlalu banyak pelajar yang baru sahaja keluar. Mungkin kerana sudah tiba waktu balik.
Dia terasa tiupan angin daripada belakang. Anasthasia menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. Sudah tiba masanya. Dia berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan pelajar-pelajar lain. Seorang dua pun sudah lebih daripada cukup baginya. Ya semestinya. Dia tidak mahu keseorangan.
"Tunduk!" tiga orang pelajar dihadapannya hanya memandangnya lalu kembali berjalan seperti tiada bahaya yang datang. Anasthasia menjerit berkali-kali dan dipulaukan. Dia memandang kebelakang lalu dia berlari dengan lebih laju. Dia sudah hampir kehabisan tenaga, tetapi dia sekurang-kurangnya perlu mencuba untuk menyelamatkan orang lain.
"Oi budak tiga orang dekat depan tu! Tunduk lah bodoh!" Anasthasia membuka zip begnya, buku teks yang ada dicampakkan saja pada budak tiga orang dihadapan. Tak cukup dengan bukunya, dia membaling beg nya sekali sehingga terkena dua daripada tiga pelajar tersebut. Kerana takut tidak sempat menunduk, Anasthasia tiada pilihan lain.
Dia menendang kuat belakang lutut lelaki itu sehingga lelaki itu terjatuh. Dia juga ikut terjatuh sekali, tapi dia tak kisah. Janji selamat. Ditanya kenapa semua itu fikir nanti-nanti je. Hidup dulu.
"Hey perempuan! Kau-"
"Tunduk je lah susah sangat ke?!" Kepala lelaki si kawan lelaki yang ditendang olehnya tadi ditolak menggunakan kakinya. Nak marah nanti ye lelaki-lelaki sekian. Fokus survive dulu. Apabila angin kencang itu sudah tiada, Anasthasia mengerling jam nya. Sudah lebih lima minit.
Dia bangun dan membantu tiga lelaki tadi untuk bangun. Sebelum sempat mereka berkata, dia menunjukkan jari telunjuknya kehadapan, menyuruh mereka diam. "Okay aku tahu aku salah. Tapi kalau korang tak tunduk korang akan jadi macam tu." Anasthasia memandang kawasan disekitarnya.
Penuh dengan pelajar-pelajar yang terbaring berlumuran dengan darah. Ada yang kepalanya tercabut, ada yang terbelah badan dan macam-macam lagi. Tiga orang lelaki yang berjaya diselamatkannya itu meneguk airliur melihat keadaaan tersebut.
"Nak ke jadi macam tu?"
"Tak nak!"
"Tahu pun." dia mengambil begnya yang dikorbankan tadi. Buku teks? Nah, buat apa nak ambik. Dah lah terkena darah, cikgu pun belum tentu masih hidup dalam situasi macam ni. Setakat ni, dia baru nampak tiga orang ni je survive. Poster tadi dikeluarkan dari poketnya. Alamat nya diteliti. Nampaknya mungkin dia akan sampai disana pada waktu petang.
Itupun kalau dia gerak sorang. Kalau bawa tiga budak ni, tak sampai agaknya.
"By the way, apa nama kau? Kau pakai uniform, mesti kau pelajar jugakkan?" poster tadi disimpan semula. Dia mula berjalan beberapa langkah dan pada langkah yang entah keberapa dia terjatuh. Entah mengapa rasa pening semacam. Dia hanya membiarkan dirinya terduduk disitu.
"Eva Anasthasia. Winterwoods High." dia menjawab. Mereka bertiga mengangguk. Winterwoods High agak jauh dari sini tapi mereka semua tahu Winterwoods High dimana. Top school kot dekat kawasan ni. Mustahil tak tahu.
"Aku Edhan Eshal. Ni kawan aku, Fir Firaz dan Aisar Aisy." Anasthasia meneliti wajah mereka bertiga. Tak kenal, tapi dia akan mengingati wajah mereka just incase. Dia terasa sesuatu mengalir pada lengan kirinya. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali. Dia tidak percaya yang dia sebenarnya tercedera.
"Sorry. Sebab kitorang kau cedera." Eshal membuka butang baju uniform nya lalu mengikat uniform tersebut pada lengan Anasthasia yang tercedera. Walaupun dia tidak dapat membantu sebanyak mana Anasthasia menyelamatkan dia, sekurang-kurangnya dia dapat memperlahankan darah keluar dengan banyak.
"Thanks."
Share this novel