04: Introduction To The New World

Fantasy Series 650

"Tak." "Kenal." Aaira menggeleng mendengar jawapan yang berbeza pada waktu yang sama. Suruh jujur je pun. Itu pun susah. Haih lah.

"Apa-apa lah. Korang dari sekolah mana?" tanya Carla cuba mengubah topik. Malas dia nak memaksa Anasthasia mengaku. Anasthasia menjeling Eshal geram. Eshal yang tidak tahu apa yang telah dia lakukan pada Anasthasia redha dijeling sebegitu. Mungkin kalau boleh diputarkan balik masa, dia mesti akan berani bersuara. Bukan apa, dia takut bila tengok Aisar marah.

"Aisar. Aisar Aisy." Keempat-empat perempuan itu mengangguk mendengar nama Aisar. Tak boleh tipu lah, nama dia kena sangat dengan orangnya. Kacak je, dari luar. Perangainya, hm hanya Anasthasia, Eshal dan Firaz saja yang tahu. Anasthasia masih tak puas hati dengan apa yang telah dia, Aisar, lakukan padanya.

"Aku tanya benda lain. Tapi tak apa lah." Carla diabaikan seketika. Yang lain terlalu sibuk dengan lelaki baru. Ketiga-tiganya kacak, inilah masanya untuk berkenalan. Walaupun bukan waktu yang tepat.

Dalam dunia fantasi ni lah kita kena kali ganda lebih egois. Kawan baik pun boleh khianat kita untuk hidup seorang diri. Apatah lagi kalau orang yang baru kita jumpa. Kena berjaga-jaga dari awal.

"Nama pun handsome."

"Perangai tak." Aisar menjeling Anasthasia yang berdiri disebelah Aaira. Aaira menutup matanya untuk mengurangkan tekanan berada diantara Aisar dan Anasthasia. Dua orang ni dari tadi tak berhenti lagi main jeling-jeling. Lama-lama nanti juling, hah tak tahu lah nak kata apa. Biarkan je lah dua orang tu.

"Ehem, ehem. Test, 1, 2, 3." Suara yang kuat itu diyakini datang dari bilik media. Pelajar dan survivors yang ada disini berhenti melakukan apa yang sedang dibuat. Mesti ada pengumuman penting ni, fikir Aisar. Dia membuka telinga, sedia mendengar apa yang akan diberitahu nanti.

"Salam sejahtera. Saya, Sir Aidan. Diminta untuk semua yang berada disini, tak kira pelajar mahupun survivor berkumpul di prime hall. Saya dan cikgu-cikgu yang ada disini akan terangkan apa yang berlaku didunia sekarang dan apa yang perlu anda semua lakukan."

Semua orang yang berada disini mula bergerak ke prime hall. Tak mahu membazir masa lagi, mereka juga bergerak ke prime hall dimana semua orang dirahkan untuk berkumpul. Anasthasia mula memikirkan apa yang akan diberitahu. Tapi bila diingatkan semula apa yang Sir Aidan kata, '...apa yang berlaku didunia sekarang...', maksudnya perkara ajaib ni memang berlaku diseluruh dunia lah? Kalau benar, kenapa tiada media yang beritahu semua ini?

Dia menggeleng kepala. Tunggu je lah.

"Erm, Ana-"

"Cakap je lah." Anasthasia memotong ayat Eshal. Bukan nak jadi kurang ajar, tapi dia nak jimatkan masa.

"Terima kasih sebab tolong kitorang semalam." Eshal mengucapkan ayat yang ingin dia sampaikan semalam. Kalau bukan sebab Aisar, mesti dia tak takut nak ucap terima kasih pada Anasthasia. Dengan keadaan sekarang ni, dia tak salahkan Anasthasia kalau dia tak percayakan dirinya dan kawannya. Eshal redha, dia bernafas sekarang ni pun sebab Anasthasia.

"Hm. Tapi aku bukannya buat apa pun. I'm useless, Eshal. I can't do anything right."

"Kalau kau useless, aku rasa aku patut mati je tadi." Anasthasia akhirnya memandang Eshal yang tinggi daripadanya. Ayat Eshal serba sedikit membuatkan dirinya berhak untuk hidup sekarang. Pengorbanan Rei padanya tak akan pernah dia lupakan. Eshal masih memandang Anasthasia. Bila ketepikan semua yang berlaku, dia rasa Anasthasia ni cantik rupanya.

"Terima kasih, Anasthasia." bisiknya perlahan. Hanaya dirinya sahaja yang dapat dengar. Anasthasia tersenyum, lega sebenarnya bila dia tahu dia dapat membantu. Dia selalu rasa dirinya tidak berguna, lagi-lagi bila keadaan dunia sudah jadi seperti ini. Nasib tak keluar zombie je.

"Dunia sekarang dah bertukar menjadi dunia fantasi. Survivor yang baru masuk pasti belum tahu. Sila cek pergelangan tangan kamu semua." Aisar menyelak sedikit lengan bajunya yang terlebih panjang itu, kelihatan beberapa nombor seperti kod muncul pada pergelangan tangannya.

Sama juga kepada survivor lain. Semua orang mempunyai nombor yang berlainan. Nombor itu muncul pada permukaan pergelangan tangan seperti tattoo. Aisar keliru. Apa yang sebenar-benarnya terjadi pada dunia sekarang ni. Dia betul-betul tidak faham. Dia memandang Firaz yang berdiri disebelahnya. Firaz yang seakan-akan faham dengan body language Aisar mengangkat bahu lalu nombornya ditunjukkan kepada Aisar.

"Ye lah, lain."

"Pada hari ini, dunia telah sepenuhnya menjadi dunia fantasi. Kawasan kita kawasan terakhir."

"Maksud sir, negara lain, kawasan lain semua dah kena dulu?" tanya seorang survivor disini. Sir Aidan mengangguk membuatkan semua orang yang berada di prime hall ini terkejut. Kalau negara lain dah lalui perkara ni dulu, mengapa tiada media yang menyebarkannya? Mengapa tiada berita tentang semua ini? Keliru, sumpah dia keliru.

"Ya, negara lain dah kena dulu. Dan mereka sudah cuba sebarkannya dari sosial media, berita dan sebagainya, tetapi malang, disekat. Entah kenapa tidak boleh disebarkan. Jadi, mereka contact setiap negara untuk wujudkan beberapa akademi untuk masa depan, iaitu hari ini. Perkara ini boleh disebarkan dari mulut ke mulut, walaupun melalui telefon pintar."

Aisar memandang Anasthasia pula yang berdiri disebelah Eshal. Perempuan berambut panjang perang itu kelihatan keliru sama seperti dirinya cuma dia lain. Seperti dia tahu sesuatu. Belum sempat Aisar memegang bahunya untuk bertanya, Aaira menepis tangannya terlebih dahulu. Aaira memandangnya bengis, takut dia apa-apakan Anasthasia.

"Jangan sentuh dia."

"Aku tak sentuh pun lagi, Aaira." Aaira diam. Matanya yang memandang wajah Aisar tadi dialihkan. Kekok, sangat kekok. Dalam hati, dia menyumpah serana kerana telah memalukan dirinya sendiri dihadapan Aisar. Aisar mengiringkan kepala ingin melihat wajah Aaira, tetapi dipukul pula lengannya oleh Remi dibelakang.

"Disebabkan kita didunia fantasi, semestinya semua benda tidak lagi normal. Survivor akan mendapat kuasa, quest, squad dan lain-lain setelah 24 jam. Lepas 24 jam itu, survivor perlu menghadiri kelas mengikut role masing-masing untuk berlatih membiasakan diri dalam dunia ini."

"Dan, tolong tabahkan diri. Sekian sahaja daripada saya, Sir Aidan. Saya serahkan mic ini kepada Miss Miu ye." Mic yang dipegang dihulurkan pada seorang gadis yang sangat cantik, rambut pendek bewarna hitam. Sepertinya gadis itu Miss Miu yang dikatakan.

"Terima kasih Sir Aidan. Saya akan terangkan tentang category. Dalam masa 24 jam ni, ada diantara survivor yang bertukar menjadi makhluk selain daripada manusia. We call that as, transformed human and non-human. Ofcourse, some of you will stay as a human. The humans, y'all won't get any extraordinary power, but y'all can use rifle and any other things available in the shop,"

"Transformed humans, y'all have power but not as powerful as the non-humans. Use it to protect yourself, your squad and to attack. They will be a mission or what we call here is quest, you will have to complete it. Yes, nyawa boleh melayang jadi tolong buat yang terbaik. Hope Academy sentiasa membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan,"

"Tetapi, sesiapa yang melanggar satu-satunya peraturan academy akan dibuang serta merta! Hiduplah kamu sendiri. Rule nya hanyalah, kamu tak boleh betray squad mahupun academy. Atau kamu akan terima balasannya." Aisar mengerutkan dahi. Diatidak kisah jika ada peraturan tetapi tidak boleh mengkhianati sesiapa itu sedikit, agak, pelik untuk mereka yang berada didalam dunia ini.

Mustahil untuk tiada seorang pun yang akan mengkhianati hopers yang lain.

"Unfortunately, there will be a quest that wants you to kill each other. That's why you need to be in a squad. No members limit is required. And please, form a squad with name before you enter your role class. Thank you." Setelah Miss Miu habis menerangkan tentang category yang terdapat didalam dunia ini, survivor diminta bersurai. Masing-masing kembali ke bilik.

"Anastha-"

"Ana. Call me Ana."

"Okay, Ana." Eshal mengangguk sambil tersengih. Dia gembira sebenarnya dapat bertemu dan dipertemukan kembali dengan Anasthasia. Semuanya kerana dia dapat tahu bahawa penyelamatnya selamat. Kalau Anasthasia yang mati dulu, mungkin dia akan menyesali segala apa yang telah dia lakukan.

"Kau nak apa?"

"Erm, goodnight? Kan dah malam hehe."

"Goodnight too, Eshal. Esok kita jumpa lagi, okay?"

"Okay." mereka berdua berbalas senyuman. Aisar, Firaz, Aaira, Dhia, Carla dan Remi memerhatikan mereka berdua dari jauh disebalik dinding. Curi-curi mendengar perbualan mereka, tetapi menyorok jauh daripada tempat Eshal dan Anasthasia berada. Tak masuk akal bukan?

"Apa diorang cakap tu, Aisar?"

"Ish, mana lah aku tahu!"

"Diorang cute lah sama-sama." Dhia memandang Anasthasia dengan senyuman pada wajahnya. Tak sampai sehari lagi dia berjumpa dengan Anasthasia, tetapi dia sudah menganggapnya sebagai sahabat baik. Harap-harap momen ini dapat bertahan lama. They wish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience