PROLOGUE

Fantasy Series 650

Suasana dan situasi dunia ini sudah berubah, tidak lagi seperti dahulu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuskannya semula. Matanya automatik memandang langit cerah yang terbentang luas pada waktu subuh itu. Matahari pun belum bersinar sepenuhnya. Dia cuba untuk tersenyum, dia perlu terima semuanya.

Ya, segala yang terjadi harus diterima dengan hati yang terbuka.

"Eshal." Seorang gadis dengan rambut pendek bewarna hitam dan ungu itu memanggilnya. Gadis itu tersenyum kearahnya, seperti memujuk dirinya supaya merelakan pemergian sesorang.

"Aku gembira kita dapat habiskan last mission kita dan masih bernafas."

"Sekarang dunia dah aman tanpa musuh, tanpa quest semua ni kan. Boleh ke dunia ni kembali kepada asal?" Soalan Dhia itu membuatkan mereka semua terdiam. Eshal yang baru sampai itu berdiri disebelah Firaz, mendengar sahaja soalannya tanpa menjawab apa-apa. Kalau dia ada kuasa untuk kembalikan masa, dia pasti akan gunakannya dengan betul.

"Mustahil, Dhia."

"Kita kena teruskan hidup. Bersyukur lah kita masih hidup." Dua gadis itu memeluk Dhia erat. Dua daripada sahabatnya sudah pergi ke alam yang lain dan jauh lebih baik jadi mereka mungkin tak akan bertemu dengan dua orang itu lagi. Bukan mungkin, tapi tak mungkin langsung.

Mungkin, dalam mimpi. Jika mereka masih boleh bermimpi.

"Eshal."

"Captain Ryu." Dia memandang Captain Ryu dan adiknya, serta seorang jejaka yang berdiri disebelah mereka berdua. Dia yang berambut panjang separas atas bahu, mata sebelah kanannya ditutup dengan eyepatch itu terus dipeluk olehnya. Dia tidak mampu menangis, tetapi dia sedih.

Kerana dia, sahabatnya itu kehilangan sebelah mata.

"Aku tak boleh buat apa-apa untuk kau, Ed. Aku minta maaf sangat-"

"Kau bodoh ke Aisy?! Kau dah nak mati sebab aku tahu?" Jejaka itu menoleh memandang Captain Ryu, mereka berbicara hanya menggunakan isyarat mata. Captain Ryu kemudiannya mengangguk, dia menyeluk kedalam poketnya, sesuatu dikeluarkan.

"Aku sempat ambil ni je untuk kau. Aku tahu kau sayang dia Ed." Eshal menerima dagger tersebut, satu-satunya senjata yang 'dia' tinggalkan dibelakang. Eshal merenung dan menatapi dagger itu, tak mampu mengeluarkan kata-kata. Dia kemudian tertawa secara tiba-tiba, memperbodohkan diri sendiri. Dia tahu dia salah, tapi kenapa dia yang masih hidup?

Hidup ni mana pernah adil, bukan?

"Jangan cakap semua ni hanya permulaan, Aisy. Tak perlu ingatkan. Aku tahu."

Mereka tersenyum pahit. Melihat Eshal sebegini sangat menyayat hati mereka, lagi-lagi bila mereka tahu Eshal bukan lah seperti seseorang yang mereka lihat sekarang. Captain Ryu dan adiknya memandang Eshal, dia tidak tahu sama ada dia harus memberitahunya.

"She's..."

Angels like you can't fly down here with me.
I'll keep our promises, even after forever.
Surely, dear.

story by:
@cherryqlien

inspired by:
Give It Back - Co Shu Nie
Yoru no Pierrot - Ado

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience