03: The Hope (II)

Fantasy Series 650

"AAAARRGHHHH!!!"

"Weyh kenapa diorang kejar kita?!"

"MANA LAH AKU TAHU BEBAL!!!" mereka bertiga berlari sekuat hati mengikuti gerak hati. Namun, gerak hati mereka membawa mereka ke satu lorong dan akhirnya menemui jalan mati. Maka, disini kita semu tahu bahawa gerak hati mereka salah. Jadi jangan sesekali mengikut gerak hati anda, sekian.

"Diorang monster ke, Raz?" persoalan Aisar itu diabaikan sementara waktu. Firaz cuba memikirkan sesuatu supaya tiada antara mereka tercedera. Tapi dia buntu. Masuk akal lah, siapa je yang boleh berfikiran dengan betul pada saat begini? Mungkin Anasthasia. Tapi mereka tiada bersama dengan Anasthasia dan itu antara penyesalan terbesar mereka.

"Tak. Aku tak rasa diorang ni monster atau pun zombie. Fizikal diorang sama je macam kita." terang Eshal dengan tenang. Sebenarnya dia juga takut. Tapi jika tiada seorang pun daripada mereka yang tenang, nyawa mereka mungkin akan melayang ibarat kertas beterbangan apabila dicampakkan.

Eshal menapak sedikit kebelakang. Dia memandang sekitarnya, mana tahu ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menghalang manusia-manusia bukan manusia ini. Matanya tertancap pada batang penyapu yang panjang disebalik tong-tong yang berada disitu. Walaupun batang penyapu itu sudah buruk, dia tidak kisah. Janji dapat digunakan sekarang.

Dia mencampakkan batang penyapu itu pada Aisar. Aisar lah yang paling bagus dalam fighting jika dibandingkan dengan dia dan Firaz. Tak sia-sia juga rupanya Aisar menghabiskan masa bermain game dirumah. "Kau nak aku buat apa dengan benda ni, Ed?"

"Alah, kau kan paling handal bab-bab bergaduh ni. Kau pukul lah diorang pakai benda tu."

"Sorang je ke?"

"Sebanyak yang boleh. Firaz tolong kau. Aku ada benda nak buat." Aisar dan Firaz mengangguk faham. Sekarang bukan waktunya untuk mereka membuang masa berborak. Aisar menghayunkan batang penyapu yang digenggam erat itu pada 'manusia' yang cuba untuk menyerangnya. Firaz sebagai pembantu, mana-mana 'manusia' yang cuba menyerang Aisar, dia akan menghalangnya.

Eshal pula meneliti 'manusia' yang tumbang berlawan dengan Aisar tadi. Bukan apa, dia cuma mahu pastikan yang 'manusia' ini bukan manusia. Takkan mereka kena sampuk? Kena brainwash? Haih, apa-apa pun boleh jadi dekat dunia fantasi. Benda yang kita tak pernah sangka juga tak mustahil akan terjadi. Expect the unexpected.

Belakang leher diperiksa. Ternyata terdapat lubang pada belakang leher mereka. Botol air didalam begnya diambil lalu penutupnya dibuka. "Oi, kitorang punyalah penat berlawan dekat sini. Kau sedap-sedap je duduk dekat situ tak buat apa-apa." adu Aisar. Eshal meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

Air didalam botol airnya dituangkan pada 'manusia' didepannya. 'Manusia' tersebut mula mengeluarkan asap. Dia tersenyum. Dia membuat kesimpulan, 'manusia ini bukan manusia tetapi robot'. Dia bangun, dilorong ini terdapat banyak paip air. Tong yang paling kecil diambil lalu diisikan air.

Tong yang diisikan dengan air tersebut diangkat. Air disimbah pada manusia robot dan tidak sengaja terkena juga pada Aisar dan Firaz. Tapi paling banyak kena Aisar lah. "Okay, jom lari." Eshal mengambil begnya dan mula berlari. Aisar dan Firaz yang masih lagi kebuntuan itu hanya mengekori Eshal.

"Tak bergerak dah ke manusia-manusia tu?"

"Manusia tu robot."

"Wow, cantik betul. Nampak sebijik macam manusia."

"Jap, maksudnya..."

"Ya, Raz. Kena lari sebelum meletup." Aisar yang langsung tak tahu apa jadi apabila air terkena pada robot hanya berlari sambil mendiamkan diri. Maklumlah, dia mana pernah fokus dalam kelas. Straight F tau. Gempak bukan?

"You Ed, fucking science freak! Bagitahu lah dulu kalau ye pun. AKU PENAT LAH MAIN LARI-LARI NI!" Aisar menolak Firaz supaya Firaz tidak berhenti berlari. Firaz dan Eshal tidak lah se-athletic Aisar. Tapi sekurang-kurangnya mereka survive sampai bab yang ketiga. Agak mengagumkan baginya.

[][][]

"Hopers semua boleh teruskan berlatih. Saya nak 5 orang volunteer perempuan untuk tolong saya." arah Sir Aidan. Dhia, Aaira, Carla, Remi dan Anasthasia volunteer untuk menolong Sir Aidan. Setelah mendengar penjelasan Sir Aidan, mereka berlima bergerak ke bilik stor untuk mengambil tuala dan baju uniform baru untuk pelajar yang datang.

"Ana, aku nak tanya boleh?" Anasthasia mengangguk sambil melipat tuala-tuala itu. Dhia memuncungkan mulut, rasa nervous pulak tanya.

"Dekat Winterwoods, kau kenal tak Felix Ryu?" Anasthasia berhenti dan menyengetkan kepala. Macam pernah dengar pula nama tu. Anasthasia memandang Dhia yang sedang menutup mukanya. Malu mungkin.

"Hm, Felix Ryu eh? Kenal, tapi aku tak pernah jumpa dia face to face. Muka dia pun tak pernah nampak. Orang kata dia low profile, hm ye lah tu kot." Dhia mengangguk dengan agresif. Aaira, Carla dan Remi memandang Dhia pelik. Bukan apa lah, tak pernah lagi mereka nampak Dhia berkelakuan sebegitu. Dhia ke 'dia orang lain'?

"Kau kenapa Dhia oi? Tak betul dah?" tanya Remi. Dhia menekup mukanya malu.

"Alah Remi-"

"It's Lizzy." Dhia membuat muka jijik.

"Alah 'Lizzy', takkan tak tahu kot. Aku ada crush dekat Felix Ryu." mereka berempat memandang Dhia tidak percaya. Sempat pulak cerita pasal ni? Aaira menggeleng sambil bangun. "Dah dah. Jom pergi welcome hall. Orang kesejukan dekat luar tu."

"Hujan eh?"

"Ya, Carla." mereka bermepat menjawab. Carla yang sedar dia seorang yang tidak peka tersenyum kekok. Dia berlari anak mengejar mereka berempat. Anasthasia memandang sekeliling. Waktu dia datang di Hope Academy, tidak banyak pelajar yang melakukan kerja-kerja di welcome hall. Sekarang, memang sangat ramai. Entah apa yang Sir Aidan suruh mereka semua buat sampai se-busy ini.

"Hah, sini!" Sir Aidan mengangkat tangannya sebagai isyarat kepada mereka berlima. Mereka berlima melangakh kesana dengan lebih laju. Mereka berada di hadapan pintu utama. Sir Aidan memberitahu mereka apa yang patut lalu Sir Aidan pergi ke pagar sekolah untuk menyambut pelajar yang baru datang. Sama seperti yang terjadi pada Anasthasia cuma kali ini mereka basah kuyup kerana meredah hujan.

"Weyh lelaki lah."

"We ain't got no time for romance, Carla."

"Betul tu. Setia pada Felix Ryu." mereka berempat memandang Dhia dengan pelbagai riak wajah. Dhia yang sedar itu berpura-pura tidak kisah pada mereka. Bukannya mereka kenal Felix Ryu pun. Kalaulah mereka kenal, mesti mereka tergila-gilakan dia juga. Baginya, Felix Ryu seorang lelaki yang sempurna.

Walaupun dia belum pernah berjumpa dengannya depan-depan.

"Ana, diorang dah dekat. Cepat tuala." jarak antara pintu utama dan pagar depan sekolah sedikit jauh, jadi ambil masa nak sampai. Anasthasia menganggukkan kepala pada arahan Aaira. Tuala yang dilipat cantik itu dikibaskan. Sedia untuk diberikan kepada pelajar-pelajar baru tersebut. Anasthasia seperti kenal tiga orang daripada enam orang itu, tapi dia tidak pasti. Bukannya dia kisah sangat pun, janji dia selamat.

"Mak aih handsome." Aaira dan Remi mengeluh. Perempuan memang pantang nampak lelaki kacak ke?

"Eshal?" tanpa membuang masa, Anasthasia berlari kearah Eshal dengan tuala ditangannya. Ya, hanya pada Eshal. Dia tak kisah pasal dua orang kawan Eshal yang bersamanya. Nama mereka pun belum tentu dia ingat. Tuala tersebut dia letakkan pada bahu Eshal. Aisar dan Firaz memandang Anasthasia yang jelas risaukan Eshal.

Dan pasal semalam, mereka rasa bersalah.

"Ana? Ana kenal ke diorang ni?" tanya Remi, tertanya-tanya. Anasthasia yang baru sedar apa yang terjadi pun menolak Eshal sebagai refleks. Eshal terjatuh. "Hm? Tak, tak kenal." dia memandang Eshal yang jatuh dengan pandangan 'oh, siapa dia? Gak kenal gue.' Aisar dan Firaz yang terabai itu tergelak melihat nasib kawan mereka itu.

"Erm, tuala tu." Dhia menunjukkan tuala yang berada ditangan Aaira. Aaira menggelengkan kepalanya. Dia menghulurkan dua helai tuala itu pada Aisar dan Firaz yang basah kuyup. Sempat pula dia terpegun disitu. Terpesona dengan kekacakkan Aisar mungkin? Atau Firaz? Aaira menampar mukanya sendiri dan melahirkan pertanyaan pada empat perempuan dan tiga lelaki disitu.

"Aaira okay?"

"Tak." jawab Aaira laju tanpa sedar.

"Aaira?"

"Hahahaha gurau je. Aku okay." Dhia, Carla dan Remi dengan kelirunya menganggukkan sahaja. Anasthasia pula membantu Eshal yang ditolaknya tadi untuk berdiri. Nampak sangat kekekokkan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience