3

Romance Series 5708

"Lyn, pergi kemas meja hujung tu" kata Aqil. Aku turutkan aje lah si pengurus ni. Malas nak bantah ke apa. Selesai mengemas, aku kembali ke belakang kaunter.

"Lyn, bila nak buat kenduri?" soal Hadira. Aku mengeluh kecil. Kenduri ke? Heh, nak ke si Emir tu buat kenduri? Baru berapa hari je ni, haish macam mana nak buat mamat tu sukakan aku eh? Yang aku peliknya, dia tak ada pulak berusaha nak aku ni jatuh cinta dengan dia.

"Em Dira, kau tahu tak macam mana nak buat someone tu suka kat kita?" soalku spontan. Aqil juga beralih kearahku ketika ini. Alamak, jangan mak mengamuk sebab aku bersembang pulak sudah lah.

"So, that guy doesn't love you yet?" soal Aqil. Aku dan Hadira sudah saling berpandangan. Selama ni mana pernah dia nak join aku dengan Hadira ni bergossip ke apa, ni tiba-tiba je pulak.

"Em.... tak tahu lah tapi..... kau tahu ke?" soalku pula takut takut. Akhirnya dia duduk sekali bersama aku dan Hadira.

"Ok la macam ni. Kau cuba la buat benda yang dia suka, lepas tu ajak dia pergi tempat yang dia suka, support hobi dia, dengar masalah dia, selalu sembang dengan dia. Haa kan banyak cara sekarang ni?"

"Kejap, ni yang kau tiba-tiba hari ni join kitorang sembang ni kenapa? Semacam je" Hadira bersuara. Aduh Hadira ni pun, bukan selalu Encik Pengurus ni nak join kita bersembang, ni dia persoalkan pulak.
"Aku pun ada isteri jugak, aku tahu la cara isteri aku pikat aku macam mana" jawabnya tenang. Terus aku dan Hadira berpandangan sesama sendiri lagi. Dah kahwin ha kau, jangan main-main. Tak sangka lelaki sombong macam ni pun dah beristeri tahu? Walaupun memang aku akui yang dia ni ada rupa yang agak menawan tapi amatlah sombong orangnya.

"Dah kahwin pulak, melepas" Hadira bersuara perlahan. Terus aku menyikunya perlahan.

"So..... cara tu berkesan?" soalku mahu tahu.

"Dekat aku berkesan lah, tapi tak tahu lah suami kau tu orang yang macam mana. Dah lah, sambung kerja balik"

Emir ni..... orang yang macam mana pulak?

....

"Lyn, ada lelaki hensem cari kau ni!" jerit Hadira dari kaunter. Aduh lelaki hensem mana pulak ni. Sebelum keluar dari dapur, aku menjenguk di sebalik pintu
mahu melihat siapa gerangan yang mencari aku ni.

Emir?! Aduh mana dia tahu aku kerja kat sini? Aish kacau je.

"Ir, I saw you over there" dia bersuara pula. Aduh. Payah lah mamat ni. Nampak aje aku kat sini. Dengan tak relanya aku keluar dari dapur ini.

"Em.... ada apa awak cari saya?" soalku takut.

"Semalam kata nak pergi rumah ummi, saya ambil cuti la hari ni. Masalahnya..... awal betul awak keluar, kerja kafe je pun. Saya bangun pukul 6 suku pun awak dah tak ada dah"

Ewah mamat ni, dia pandang rendah kat kita yang kerja kafe ni pulak. Siapa suruh ambil cuti? Ha tunggu la aku habis kerja.

"Well, F.Y.I., saya tak boleh balik sekarang. Or saya kena pecat" fyi ha kau. Takpela pandai-pandai la dia nak faham.

"Takpe la kena pecat. I didn't ask you to work" katanya tenang. Ahamboi, suka hati dia je cakap macam tu. Kita ni kerja nak sara hidup, dia cakap macam tu pulak?

"Hello Encik Emir, I work for living okay? Senang-senang je awak cakap macam tu" aku bersuara geram. Hadira sudah memandang kearahku dan Emir. Nasib ketika ini pelanggan tidak begitu ramai.

"Yup, memang senang. I still can take care of you if you quick your job"

"Habis tu, siapa nak bayar bil telefon saya?" tambah aku lagi. Acah guna bil, padahal nak topup pun kadang-kadang mintak ummi. Ish tapi geram. Nak aje aku lawan dia sampai dia kehabisan kata.

"I can pay it for you"

"My motor?"

"Motor? You have a motor?"

"Mesti lah ada. Awak yang tak tahu. Dah saya datang sini bawak baju je, tinggal lah motor tu kat rumah ummi"

"Oh, sure can. But let me ride it first"

...... hah?.....

"Macam mana dengan PTPTN saya? Bukan sikit tau course yang saya ambil tu" tambah aku lagi. Kalah lah cepat!

"Hmm, still can consider it" jawabnya, masih tenang tanpa ragu. Aduh bila lah agaknya dia nak kalah?

"Haish, yelah yelah. Aqil, aku nak balik ni boleh tak?" soalku.

"Balik?" soalnya bingung pula. Yelah, tak pernah pernah aku mintak balik sebelum lunch, tiba-tiba hari ni nak mintak pulak kan? Dah la baru satu jam lebih aje kedai bukak, ni dah balik.

"Em... balik lah"

Aduh dia pandang Emir aje terus bagi. Haish kenapa lah jadi macam ni?

Hanya suara di corong radio aje yang bergema di dalam kereta ini. Aku diam, dia pun diam. Malas aku nak cakap apa-apa, dia aje la yang menang nanti.

"Ir..... "

"What?" laju aje aku potong. Emir masih fokus pada pemanduannya.

"Look, I'm sorry for what I have said before. I....... "

"No no, it's fine. Yelah, I'm just a wife and you're the husband so wife kena lah ikut cakap husband kan ha ok takpe takpe"
takpe lah sangat kau ni Lyn. Padahal dalam hati ni macam-macam kau cakap adoi.

Tiba-tiba Emir menghentikan kereta di tepi jalan. Aku pelik, tapi tak mahu menyoal pula. Malas nak cakap lebih. Aku ni bila bercakap lebih-lebih kang makin melampau pulak ha kang tak pasal-pasal aje dah tambah dosa.

"Ir, it's not like that. Ok macam ni, saya memang maksudkan apa yang saya cakap. Saya boleh tanggung awak, awak tak perlu nak risau lagi pasal kos sara hidup ke apa. Memang dah jadi tanggungjawab saya untuk bagi kesenangan kat awak selagi saya mampu and I'm still mampu tu support you Ir"

Aku memandangnya tanpa kata. Berkerut wajahnya cuba mahu menjelaskan. Aduh ada jugak la rasa bersalah sekarang ni.

"Habis tu, awak nak suruh saya berhenti kerja?" soalku geram. Akhirnya jantung mula berdegup secara efisen kembali.

"No, awak tak perlu berhenti pun. Saya takkan halang apa awak nak buat selagi awak boleh ingat status awak sekarang. Apa yang saya cakap tu cuma kalau awak dipecat je ok?"

Haih lembutnya bicara. Kalau aku ni memang sabar tu dah tercampak ke mana-mana dah ni. Tak adanya nak cakap lembut-lembut lagi dah tau.

Tiba aje di rumah ummi, aku terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah.

"Eh anak ummi balik? Tak kerja ke hari ni?" soal ummi. Ketika ini Emir baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Tak, ada hal sikit tadi tu yang balik ni. Ok lah ummi, adik naik atas dulu" terus aku naik ke bilik. Malas dah aku nak mengadap si Emir tu.

Aduh rumitnya jadi aku ni? Aku ke yang ego? Kalau macam ni lah hubungan aku dengan dia, apa jadi pasal deal ke Eropah sana tu? Nampak gayanya tak ada siapa yang menang ni. Hm takpe lah, tak ada pemenang jimat lah duit aku.

Eh tapi.......

Takkan lah sampai ke tua hubungan aku dengan dia macam ni je?

Ah serabut lah fikir! Tiba-tiba juga masa ni pintu bilikku dikuak. Pantas aje aku memandang ke arah pintu.

"Apa awak buat dalam bilik saya?" soalku geram. Aduh macam nak gaduh pulak aku ni.

"Ir jangan lupa status kita" dia bersuara tenang. Eeee menyampahnya dengar ayat tu. Aku terus duduk di meja dan buka laptop, nak tengok meningkat lagi ke permintaan tudung aku ni?

"You own a business?" soal Emir yang tiba-tiba aje berdiri di belakangku. Eee shuh sana lah sibuk aje dia ni.

"Eh tak lah, saya main jual-jual je ni" jawabku spontan.

"Ha.ha. lawaknya" balasnya pula. Terus aku ketawa terbahak-bahak.

"What? What so funny Ir?" soalnya pula.

"Lawak kan? Ha gelak la apa lagi"

Keluhan yang besar dilepaskannya dan akhirnya dia pergi duduk di katil. Aku malas mahu berbicara lebih, jadi aku teruskan aje apa yang sedang aku buat.

Selesai menyemak dan membalas semua pesanan pelanggan yang dah berapa ratus tadi, akhirnya aku tutup komputer ribaku. Bila aku toleh kebelakang aje, ha baru nampak si Emir ni. Sampai terlena dia dibuatnya. Takkan tunggu aku habis layan laptop tu kot?

Tidur meringkuk kat hujung katil pulak tu apa lah. Bantal ada tapi nak jugak tidur kat tepi-tepi tu. Sekali aku tolak tu memang jatuh macam buah nangka jatuh.
"Awak, bangun lah. Tidur lah elok-elok. Sakit pinggang nanti tidur macam tu" lengannya kugoncang beberapa kali. Langsung tak bergerak. Tidur macam dah lama tak tidur. Dahsyat betul dia ni.

"Awak! Encik Emir! Sila bangun sekarang! Atau saya tolak awak jatuh dari katil ni nanti"

Akhirnya dia bergerak sedikit tapi..... dia boleh pulak meringkuk bertentangan dengan aku pulak? Eh eh mamat ni tak makan saman jugak ni tapi..... hensem jugak mamat ni masa tidur. Jap...... ah jangan mengarut kau Lyn! Lepas dia suka kau, baru kau boleh suka dia!

"Awak! Ish Emir bangun lah" akhirnya aku tolak terus sampai dia jatuh ke lantai HAHAHAHAHAHAHAHA ha amikko. Macam nangka busuk jatuh. Emir mengaduh kesakitan. Aduh silap pulak badan dia jatuh dulu.

"Aduh.... tahu tak sakit? Kalau ya pun benci saya tak payah lah sampai nak tolak saya jatuh katil ni" berkerut wajahnya berkata-kata. Maaflah abe, siapa suruh tak bangun masa kita kejut?

"Benci tu tak ada lah tapi, saya dah kejut awak banyak kali dah tahu? Saya nak suruh awak tidur elok-elok kat bantal sana tu, ni meringkuk macam udang kat sini pulak. Sakit badan lah nanti. You should thanked to me okay?"

"Why would I? Ni, siapa nak ganti tangan saya ni?" soalnya sambil lengannya ditunjukkan kepadaku. Eh bukan jatuh macam terlentang ke tadi? Kenapa tangan pulak yang sakit?

"Heh, ganti lah sendiri" jawabku semberono. Keningnya masih berkerut memandangku dan dia masih lagi terduduk elok di atas lantai bilikku ini.

"Ganti sendiri? Awak tahu tak saya yang bawak kereta? Kalau tangan saya sakit, siapa nak drive kita balik rumah?" soalnya lagi. Alelele eee mengada je mamat ni tau.

"Hello Encik Emir, awak kan tengah cuti? And for me, I have my motorcycle remember? So you ambil cuti and I can go to the cafe by my own. Piece of cake"

Selamber badak aje aku berkata-kata. Akhirnya Emir bangun, tangan kirinya masih memegang lengan kanannya. Dia berdiri betul-betul dihadapanku.

"Fine. Don't talk to me" terus dia keluar dari bilikku ini. Aik, takkan merajuk kot? Ok la mungkin aku yang salah tapi...... aish tak tahu lah! Entah-entah dia berlakon je sebab nak suruh aku pujuk dia. Lepas tu nanti aku pun kalah dalam perjanjian tu....... ah no! Biar lah dia tu dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience