"Ir, ummi balik dulu tau?" pamit ummi. Aku senyum tanpa kata memandang ummi lalu mencium tangannya.
Setelah pintu kututup rapi, aku terus ke ruang tamu. Apa yang aku nak buat sekarang? Macam mana aku nak berhadapan dengan dia? Ada ke patut ummi dengan abi tinggalkan aku dengan dia sehari selepas pernikahan kat rumah ni? Sedangkan aku rasa sepatutnya..... seminggu pernikahan kena duduk kat rumah mak ayah dulu?
Bunyi pintu bilik yang dikuak pantas kedengaran di gegendang telingaku, terus aku buka telefon. Kononnya tengah sibuk baca message. Jap....... kenapa aku bukak whatsapp ni?!
"Kau nikah Ir? Kenapa tak inform?"
"Siapa lelaki bertuah tu? Diam2 kau eh, tup tup je dah nikah"
"Nanti kenduri jangan lupa jemput!"
Ah sudah....
Ini lah benda yang paling aku nak elak. Buka whatsapp dan baca pesanan-pesanan dari orang lain yang menyebabkan aku bertambah takut dengan alam perkahwinan. Aduuuuhhhh apa aku nak buat ni?!
"Irdiana! I'm calling your name twice. What are you thinking about?" soalnya serius. Aku senyum sebelah aje. Aduh kenapalah telinga kau ni pun tak berfungsi tadi Lyn?
"Kenapa?" soalku kosong.
"Haih, I'm going out for a while and you.... take care"
Terus dia keluar dari rumah. Jelas kelihatan wajahnya yang gusar. Barangkali stress menikahi aku tapi kan, dia memang nak aku mereput aje ke kat rumah ni?!
Aku baring di sofa. Tv yang besar ini kubuka. Jap, ni ke remote tv ni? Mak oi, girly betul rupa remote dia ni. Ada sticker Hllo Kitty aje banyak. Fans Hello Kitty ke? Macam kelakar pulak lelaki yang bergaya macam tu minat Hello Kitty.
Setelah beberapa siaran aku tukar, aku kembali rasa bosan. Kenapalah tak ada cerita yang menarik? Dah la bosan. Kereta pun tak ada kalau nak keluar. Jap, kalau ada kereta sekalipun entah dia bagi aku keluar ke tidak aku tak tahu lah.
Aku masih belum mengenali siapa lelaki itu. Suaranya pun masih asing di telingaku. Dah lah asyik sepiking aje dengan kita yang melayu tulen ni. Wajahnya macam mana pun aku lupa. Ya Allah kalau muka pasangan hidup kau sendiri pun kau lupa memang payah lah adoi. Tapi...... betul ke dia pasangan hidup aku? Awal-awal lagi dah kena tinggal.
"Without you here I am boring, something inside you is triggering it makes me myself makes me funny, you're a beautiful thing"
Deringan lagu Beautiful Things nyanyian Grace Vander Wall mengembalikan aku ke dunia nyata semula. Aduh aduh siapa aje la yang cari aku masa ni?
"Ya?"
"Ha? Jaga kedai? No I cannot la.... kan tengah cuti kahwin sekarang ni?"
Eh kejap, nak ke aku cuti kalau dia pun macam tak sanggup aje nak hidup dengan aku?
"Eh sure sure. Nanti I datang la tapi lambat sikit"
End
Aduh nak sepiking jugak dengan aku bos ni pun. Agaknya aku dah boleh pergi eropah sana dah sebab asyik sepiking aje.
Eh kejap....... macam mana aku nak bagitahu dia aku nak keluar? Nombor telefon pun dia tak tinggalkan untuk aku. Nombor aku pun dia tak ada pulak adoi. Macam mana lah boleh jadi macam ni?
Dah lah tinggalkan aku kat rumah ni sorang-sorang. Dibuatnya ada orang culik aku ke... rompak rumah ni ke.... mati katak aje la aku dalam ni. Lepas tu masuk surat khabar muka depan sekali.
"Mayat seorang wanita dijumpai di dalam rumah suaminya setelah sehari berkahwin"
Aduh habis lah...... eh kau ni kan, merepek aje dari tadi.
Aku mencari kertas dan pen. Oh, bagus juga la dia ni tinggalkan sticky note banyak kat peti sejuk sekali dengan pen haa.
"Awak, saya nak keluar pergi office sekejap. Nanti saya balik. Sorry tak boleh nak inform bcs I don't have your number"
Setelah bersiap dengan tudung di kepala. Aku buka pintu rumah tapi...... pagar berkunci! Aku cuba cari kunci di dalam kotak kunci yang tersangkut di tepi pintu tapi.... kosong je?! Ni macam kena kurung dah ni tahu?
Aku kembali ke sofa.
"Boss I'm sorry I cannot come lah. Ada masalah sikit. Nanti saya ganti hari OT"
Haih apa lah nasib. Dah stress stress ni lapar pulak. Peti sejuk kubuka. Nak tengok lah kan ada apa dalam peti sejuk orang bujang sebelum ni.
Nasib. Ada botol air kosong aje banyak. Makanan pun..... buttercup je. Takkan aku nak ratah buttercup yang tepu ni macam aiskrim? Dia memang nak bunuh aku ke apa kat dalam rumah ni? Senyap-senyap dia nak bunuh aku rupanya.....
Kabinet pun kosong?! Ada rempah ratus aje?! Takkan lah aku nak meratah segala mak nenek paprika dengan lada semua tu pulak?! Ok takpe takpe. Daripada berlapar hidup hidup, baik aku tidur.
*****
"Irdiana? Irdiana~ bangun lah... "
"Irdiana........ "
Kepalaku terasa sakit. Suara seseorang yang menyeru namaku masuk ke pendengaranku. Aku buka mata. Oh baru tahu nak balik eh? Dah pukul berapa dah ni? Jam di tangan kulihat. Mak kau, pukul 5 dah ha baru dia balik?! Satu hari aku tak makan. Terus perut aku memulas-mulas. Ni lapar ke nak membuang ni aduh sakitnnya....
"Eh awak ok tak ni?" soalnya. Ha baru kau takut lepas seharian kurung aku dalam rumah ni tanpa makanan?
"Ni saya ada beli nasi ayam ni awak makan lah"
Aku memandangnya tajam. Tanpa sepatah kata yang keluar, terus aku pergi basuh muka di dapur dan ambil nasi ayam yang dibeli tu bawa ke meja makan. Tak nak aku hadap muka dia.
Tak lama kemudian dia duduk di hadapanku pula. Aish
"Irdiana, saya........ mintak maaf" sayu suaranya berkata-kata. Halah, ingat aku nak kesiankan dia? Aku ni yang patut dikesiankan tahu?
Aku terus aje makan sampai habis nasi ayam ni. Tudung kat kepala yang dah senget benget ni aku biar aje. Lantak lah. Tak perlu aku berlakon depan dia supaya dia tertarik dengan aku. Selesai basuh tangan, terus aku duduk di sofa semula. Dia juga duduk di sofa yang bersebelahan denganku.
"Ir, I'm truly sorry for today" dia bersuara. Aku diam. Mata menumpu ke kaca tv tapi otak melayang ke tempat lain.
"Ir, saya lupa yang saya ada satu kunci je. Yelah, sebelum ni kan saya tinggal sorang. Sekarang ni dah berdua, saya terlupa"
Oh senang-senang aje dia kata dia terlupa? Sendiri dah kahwin kan, ingat lah yang dia dah ada orang lain dia kena jaga. Ada tanggungjawab. Agaknya kalau aku mati kebulur tadi pun dia boleh kata terlupa nanti kot? Tak pun bila ada anak nanti, anak pun dia lupa bawak balik bila keluar rumah. Aduhhhhh
"Ir, saya..... "
"Dah lah. I forgive you okay? Enough la dengan sorry you tu. If I lost my job, I will blame you tahu?" pantas aku berkata-kata. Aku bangun dan terus masuk ke bilik.
Mak ai..... lawa gila bilik! Chop, ni mesti bilik dia! Aku keluar semula dari bilik ini.
"Irdiana........ "
Aku abaikan aje panggilannya, terus aku masuk ke dalam satu lagi bilik dan pintu ini kukunci rapi. Ha nasib baik bilik ni lengkap dengan katil dan bilik air, tak payah lah aku nak keluar banyak kali dari bilik ni.
Share this novel