"Awak, ummi suruh beli barang dapur. Nak ikut tak?" soalku. Aduh kenapa entah aku tanya dia nak ikut aku ke tak? Padahal ummi memang suruh aku pergi dengan dia. Ummi ni pun kenapa entah suruh aku yang beli barang dapur? Dah lah si Emir ni tak bercakap dengan aku dah dua hari. Aduh kenapa lah tiba-tiba je cuti aku disambung balik.
"Encik Emir, I'm asking you ni"
Emir masih lagi melihat telefonnya. Eeee menyampah lah orang macam ni, nak merajuk merajuk pulak dia. Kalau aku pergi naik motor pun, payah lah nak bawak barang banyak. Hmm ok takpe takpe, kita naik teksi pulak.
Eh tapi...... habis lah aku kalau naik teksi dibuatnya jam kat depan supermarket tu, dengan traffic light lagi, berapa pulak aku kena bayar nanti. Oh yelah, tiba-tiba teringat. Sekarang kan ada Grab atau Uber, tapi aku pulak tak reti nak guna. Aduh naik jelah motor tu. Bakul ada, kat belakang boleh letak, apa masalahnya kan?
"Awak tak nak pergi takpe lah. Biar saya pergi sendiri. Walaupun awak tak bersuara, pendengaran mesti ok lagi kan? Ha nanti jangan cakap saya tak mintak izin pulak ok?"
Terus aku ke luar rumah. Eh, nak naik motor kunci tak ada pulak. Pandai kau ni Lyn. Aku kembali naik ke bilik mahu mengambil kunci. Turun aje bawah, Emir tiada lagi di ruang tamu. Hm pergi toilet kot.
Pintu rumah kukunci rapi. Enjin motor kuhidupkan. Semasa mengundur motor kebelakang, aku ternampak ada suatu bayangan di dalam kereta Emir yang membuatkan aku memlihat dengan jarak yang lebih dekat dengan cermin kereta. Tiba-tiba cermin kereta itu turun.
"Ir, get in the car" uish, dia pulak dalam kereta, buat terkejut aku je.
"Awak tak nak ikut kan, fine lah. I don't really mind. Siapa nak naik kereta ni, kejap lagi jammed kat simpang depan tu lepas tu.... "
"Boleh tak kalau awak dengar je cakap saya?" soalnya. Ok. Kali ini terus aku terdiam, tapi rasa macam nak marah aje dia ni. Lagi-lagi aku aje lah yang kalah. Bila agaknya aku boleh menang?
Akhirnya aku masuk aje ke dalam kereta tetapi kali ini aku mahu duduk di bahagian belakang. Tak suka la duduk sebelah dia. Nanti aura hitam tu terasa aje tau.
"Duduk depan" dia bersuara lagi. Ah, tak sukanyaaaaa! Yelah yelah aku duduk depan kan? Haish.
"Ummi suruh beli apa?" soalnya. Aku diam aje. Geram. Hahhh egonya kau ni Lynnnnn!
"Ir...... "
Tiba-tiba tanganku dicapainya. Terus laju aku memandangnya.
"Apa pegang-pegang ni?" soalku geram. Emir ketawa kecil. Eee gila mamat ni.
"Ingatkan tak nak cakap dengan saya tadi"
Mulanya aku nak berbaik tapi terus tak jadi.
"So what? Awak yang tak nak bercakap kan? Sampai dua hari pulak tu. Mengada je nak merajuk-merajuk pulak" tambah aku lagi. Emir masih tersenyum dan fokus pada pemanduannya. Eeee senyum senyum pulak dia.
"Awak pun apa kurangnya? Dah dua hari jugak baru nak tegur saya kan?" soalnya dalam nada mengusik. Eee tak ada masa lah aku ni nak merajuk. Tak kena orang, tahu?
"Dah awak tak cakap, saya pun tak cakap lah" jawabku lagi. Aduh aku ni pun menyombong jugak nampaknya.
"Yelah, saya yang tak nak cakap. Ni, nak beli barang kat mana?" soalnya. Aku mengeluh kecil aje mendengar persoalannya. Aduh, nampak kan tesco kat depan tu?
"Jangan mengeluh, cepat tua nanti"
Ish dia ni kan, aku tumbuk karang baru tahu!
"Nanti yang cepat tua tu saya, bukannya awak. Sibuk je"
Menjawab aje lah yang kau tahu Lyn. Dengan orang lain tak pernah pulak kau nak menjawab.
Akhirnya tanpa aku bersuara, dia terus menuju ke Tesco. Ok la memang tesco pun yang aku nak pergi.
Setelah dia mengambil trolley, aku terus aje berjalan menuju ke tempat sayur. Emir hanya menyusul aje di belakang.
"Ir, nanti kita pergi makan eh? Lapar pulak"
Eh eh baru masuk sini dah lapar? Memang mengada mamat ni.
"Awak tak breakfast ke tadi?" soalku.
"Dua hari ni saya tak ada selera nak makan, sebab awak tak nak teman saya makan"
"Eeee mengadanya. Tumbuk betul-betul nanti baru tahu"
Alamak...... aku terus berjalan kedepan. Kenapa terasa malu pulak ni? Aduh sepatutnya tadi tu cakap dalam hati je tapi terkeluar pulak aduh gilala kau ni Lyn.
"Hei, kalau ye pun nak tumbuk saya jangan la sampai langgar trolley orang tu" terus tanganku ditariknya. Aduh malu malu malu malu malu! Apa masalah kau ni Lyn? Kalau ye pun malu ke apa tak payah lah tunjuk sangat aduhhh.
"Ummi suruh beli sayur apa?" soalnya.
"Hah sayur? Ummi ada suruh beli sayur ke?" aku pulak yang menyoal. Eee apa kena dengan kau ni Lyn? Gila ke? Aduh masalah masalah.
"Irdiana, are you okay?" soalnya lagi. Tanganku ditariknya agar berdiri hampir dengannya. Kemudian tangannya diletakkan di dahi dan pipiku. Aku jadi kaku, blur, jantung pun mula berdegup laju. Muka pun terasa panas! Apa jadi ni?!?!?!?!?!?
"Ish okay je lah. Tak payah lah beli sayur, kita cari barang lain" terus aku berjalan ke depan. Aku lihat kehadapan, banyaknya stok telur tesco ni.
"Nak beli telur ke? Berapa banyak?" soal Emir. Aku berfikir sejenak. Berapa banyak biasanya ummi beli telur? Hm takpela beli aje la banyak-banyak sikit, buat stok lah katakan. Tak payah nak pergi kedai cari telur lagi lepas ni.
"Ambil je lah sepapan tu" jawabku kosong. Emir menolak trolley ketepi untuk memudahkan dia mengambil telur itu tapi kenapa ringan semacam aje dia pegang?
"Eh elok-elok lah angkat telur tu. Pecah nanti siapa nak bayar? Dah lah banyak tu" macam nak terbang aje aku tengok telur-telur tu. Penutup plastik pun nak tercabut.
"Telur pecah saya boleh bayar tapi kalau hati awak pecah, siapa nak bayar? Hati awak satu je tau, telur ni ada banyak" kata Emir. Senyuman nakal ditunjukkan kepadaku. Eee cliche je mamat ni. Tak pasal-pasal aje aku tergelak kat sini. Tiba-tiba ada dua orang perempuan lalu di sebelahku memandangku pula. Aduuu malunya! Mesti sebab dengar Emir punya pickup line tadi aduh.
"Buat la pickup line banyak mana pun, saya takkan termakan! I will not lose to you ok? Remember that" pesan aku. Tolonglah kalah dulu sebelum aku, aku tak nak habiskan duit simpanan aku untuk bayar pergi Eropah pulak aduhai.
Selesai membeli barang, aku ikut aje Emir ni pergi makan kat The Chicken Rice Shop. Aduh Food court kan ada dan lagi murah? Makan kat sana aje lah senang.
"Kenapa tak pergi food court je?" soalku. Emir hanya tersenyum aje bila aku menyoal. Haish jangan pandang lama-lama Lyn, kalah kau nanti.
"Lack of privacy and bising"
Aku angguk faham aje. Ikut je lah selagi bukan aku yang kena keluar duit.
Selesai membuat pesanan, aku keluarkan telefon. Emir pula hanya memerhatikan aku.
Lama.
"Janganla tengok je saya macam tu. Rasa semacam je tahu?" soalku geram. Emir gelak aje. Ee malas aku tengok dia ni gelak. Menawan sangat. Gila aku nanti.
"So, berhenti la main dengan phone tu" balasnya tenang. Lah kenapa? Phone aku kan? Aku tak pernah pun larang dia main phone dia.
"Why?"
"Sebab, masa ni lah kita nak berkenal-kenalan"
Pulak dah.....
"Encik Emir, kat rumah pun..... "
"And stop calling me Encik Emir or Emir"
Ewah dia potong kita. Habis tu nak aku panggil dia apa?
"Call me abang"
Like whaaaaat? Abang?
"You, abang is for brother la" tolongla jangan suruh aku panggil dia abang. Saya awak pun ok kan why not?
"It's fine. Melainkan kalau awak nak panggil saya like em...... honey... baby should be okay, biy ke...... "
"Eee stop stop stop"
Aduh. Semuanya menjijikkan aje di telingaku. Perlu ke panggilan tu semua? Aduh mamat ni pun pengaruh novel and drama Melayu ke?
"So? Dah decide nak panggil apa?" soalnya. Aku telan liur memandangnya. Emir pula tersenyum sinis memandangku. Eeee aku koyak mulut dia tu baru tahu nanti.
"Give me time, would you?"
Bagilah berapa banyak masa pun aku tak sanggup! No no no no no!
"Sorry but I can't. Dah dua hari awak tak cakap dengan saya, sepatutnya dah fikir lah pasal semua ni kan? We did not sleep together pun so why not you call me that?"
Aduh masalahnya aku tak terfikir lah pulak nak panggil apa semua aduh. Saya awak paling nice untuk aku tau. Ni pum kira ok lah aku tak ber'kau' 'aku' dengan dia.
"Haish, fine lah fine tapi, mana boleh buat free je. Kena la ada habuan. Apa awak nak bagi kalau saya panggil awak tu?" tambah aku lagi. Tamak benor kau ni Lyn. Orang ni dah bagi kau duit, belanja kau makan apa semua, mintak habuan tambahan pulak lagi.
"I'll give you...... how about a kiss?"
A kiss?
Yek yek yek yek yek!
Share this novel