Prolog

Romance Series 5708

"Don't you see how handsome I am? Kenyit mata sekali je ramai yang datang tau"

Yek! Baldi please! Perasan betul mamat ni.

"Sila terima hakikat ye Encik Emir. Lepas mana-mana awek yang datang kat awak tu tahu status awak, terus lari awek awek tu semua tau" balasku selamber. Perempuan mana je agaknya yang tak kisah bercinta dengan suami orang? Mungkin mereka kisah cuma tak mampu nak elak aje perasaan mereka tu.

"Irdiana, awak tak tergoda ke....... dengan saya?" suaranya bertukar kepada mod suara lelaki budiman. Dia datang menghampiriku hingga aku tak mampu bergerak. Eeeee shuh!

"Ke awak memang dah lama simpan perasaan dengan saya?" keningnya diangkat sebelah. Eee perasan lagi!

"Hello Encik Emir, tolong jangan isi bakul angkat sendiri boleh tak? Entah entah, awak yang dah lama simpan hati dengan saya. Lepas tu awak kata macam tu pulak sebab nak tutup perasaan sendiri"

Ha tengok, aku pun isi bakul angkat sendiri pulak. Haish perasannya kau ni pun Lyn. Status kerjaya kau pun tak sama dengan dia, masakan dia boleh jatuh hati dengan kau? Seorang barista di Sunday Coffee yang tak sukakan kopi? Mustahil!

"Heh, awak tu lagi perasan. Mengaku je lah yang awak ada hati dengan saya"

"No! I didn't have any feeling towards you tau!" aduh payah macam ni.

"Ok fine. Let's makes a deal"

"What deal?"

"Siapa jatuh cinta dulu, kena belanja tiket flight to Europe and the winner can choose where to go."

Aku kecilkan mata memandangnya.

"Deal"

Jap, kenapa aku terima?!

"Eh ni betul betul kena pergi Europe ke?"

"Yes my dear. The best win"

Aduii habis lah aku. Mana aku nak dapat duit kalau kalah dengan dia?

Eh no! Kau tak boleh kalah! Tolong jangan senang sangat jatuh cinta Lyn!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience