"Ir, nak pergi holiday tak?" soal Emir. Holiday? Macam seronok tapi...... nanti kalau berdua je, lepas tu kena sebilik. Aduh..... Masak aku lepas ni.
"Takpe lah. Awak pergi lah sorang. Nanti kat kafe nak pakai orang, saya tak ada pulak" nak jawab kena confident, tak boleh nampak sangat kau punya tak nak tu.
"Dah berapa lama kerja kat situ?" soalnya lagi. Aku berfikir sejenak. Lepas habis SPM, aku kerja penuh masa kat kafe tu. Masa Degree pun aku buat part time lagi kat situ sebab kena halau dari asrama kan haih. Dan sekarang, aku dah habis Degree. Masih lagi bekerja di situ. Entah apa yang penting sangat nak kerja kat situ? Padahal kerja aku cuma lap meja dan hantar makanan. Tu je?
"Ir? I'm asking you ni"
"Ha? Oh, entah. Rasa macam dah lama"
Rasa je eh?
"Serious you tak nak holiday?" soalnya lagi, mahukan kepastian.
"Kalau awak nak ajak saya holiday sebab nak goda saya sampai saya sukakan awak, and then awak boleh menang macam tu je kita punya deal? NO THANK YOU AJE LAH YE ENCIK EMIR"
Geram pula aku. Tahu la aku tak ada banyak duit macam dia. Senang-senang aje nak terbang sana sini. Nak balik kampung naik Airbus pun berkira-kira lagi tahu?
"Ir, I've told you about calling me that and I already told you to call me what. And about our deal, sebenarnya I tak ingat dah pasal deal tu but thanks for reminding me ya sayang?"
Terus satu kucupan melekat di pipiku. Pantas juga aku mengelap pipiku dengan lengan baju. Bukanlah ciuman pertama dia untuk aku sebenarnya tapi aku tetap tak boleh terima! Aku rasa semuanya lakonan aje tahu? Lakonan untuk dapatkan aku, supaya aku boleh habiskan duit aku untuk tanggung dia ke Eropah aje.
"Emir, daripada awak nak pergi... "
"Whaaattt? I can't hear youuuu"
Terus tajam mataku memandangnya tetapi dia buat tak endah aje. Eeee annoying!
"Saya cakap, daripada awak..... "
"Ha? Apa? Tak dengar la! Are you talking to me?"
Eeeeeeeee! aku jadi King Kong kat sini kang!
"Takde apa lah"
Terus aku bangun, mahu melangkah keluar dari bilik ini. Bukan merajuk. Menyampah lah cakap dengan orang macam ni. Panas aje hati aku dibuatnya.
Tiba-tiba tanganku ditariknya sambil dia ketawa sendiri.
"Ir, sini laa...."
"What.do.you.want.right.now?" satu per satu aku sebut. Geram tahu geram? Tanganku ditariknya agar aku duduk di sebelahnya. Aku berganjak ketepi sedikit.
"Ok sorry. Abang dengar, saje buat tak dengar. I want you to call me that, or anything but not awak, my name, or my formal name.... okay?" bicaranya lembut. Sangat mudah untuk membuat mana-mana gadis pun kalah tapi bukan aku! Ok tipula aku tak termakan dengan kelembutan bicaranya tapi..... ah perangai dia aje dah buat aku menyampah.
"Ish takde apa lah" aku menolak lagi untuk bercakap. Malas dah aku nak cakap.
"Talk, or I kiss you again" dia menghampiri wajahku. Jaraknya semakin dekat. Jantungku mula berdegup laju, lebih laju dari biasa. Dia ugut kita pulak. Dah makin berani Encik Emir ni sekarang.
"Eeee sikit-sikit nak ugut, sikit-sikit awak yang menang, sikit-sikit saya je yang kalah and mengalah, ambil la semua ambil! Awak nak sangat kan semua tu? Ambil lah!"
Suaraku semakin tinggi dek geram yang menggunung dan air mata sudah mula membanjiri wajahku. Akhirnya Emir menjarakkan wajahnya sedikit daripadaku. Dia mengeluh, lalu terus aku ditarik dalam pelukannya. Air mataku disekanya lembut.
"Ir.... this is not what I want. Abang tak nak semua tu, tak nak pun. Mana pergi isteri abang yang tak pernah mengalah tu? Mana pergi isteri abang yang suka sangat menjawab? Hari ni isteri abang yang berani dan tak mudah mengalah tu dah kalah dah? Macam tu je?"
Yelah, dulu kan aku ni jenis yang suka menjawab. Yang peliknya, Emir lah orang pertama yang buat aku suka menjawab, suka melawan. Memang la semua tu bukan benda yang baik tapi..... entah lah.
"Nanti kalau rasa dah okay cakap dengan abang apa yang Ir nak cakap tadi okay?" pesannya. Aku masih lagi dalam pelukannya. Rasa terbuai dan selesa pula bila dipeluk lama macam ni. Aku jadi tenang. Tangisan yang kononnya stress tadi dah surut.
"Oh yelah, abang ingat kalau Ir tak nak pergi holiday, kita balik rumah tok nak?" soalnya. Aku leraikan pelukan yang hangat dan selesa tadi. Ecewah selesa kemain kau eh Lyn.
"Rumah tok?" soalku.
*****
Aku bosan. Bosannya melihat hanya pokok dan hutan aje di sekeliling. Bila lah nak sampai agaknya? Aku curi lihat Emir di sebelah. Dia masih fokus pada pemanduannya dengan kaca mata hitam di matanya. Eh mana dia dapat? Aku pun nak cermin mata hitam jugak.
"Ir, curi tengok abang eh?" soalnya. Aku tersentak seketika. Dia perasan pulak.
"Mana ada, perasan" palsu aku sekali. Adoi mengaku aje lah Lyn kau memang dok curi tengok dia dari tadi.
"Ala mengaku je lah"
"Banyak lagi benda lain saya boleh tengok" aku berdalih lagi. Memang banyak benda aku boleh tengok tapi ciptaan Tuhan yang kat sebelah aku ni lah yang menjadi pilihan. Eeee hahahaha gegeli je kita.
"Yelah yelah. Abang nak stop kejap, nak tidur. Mengantuk pulak dah dua jam drive ni, dah lah jammed"
Tidak lama kemudian, ada papan tanda menuju ke perhentian Sungai Perak. Em jauh lagi ke kampong dia ni eh? Bila dah menuju ke Utara Malaysia ni........ Aku harap aku tak terjumpa dengan orang yang aku tak mahu jumpa.
Kereta diparkir di hadapan tandas. Emir terus aje memeluk tubuh lalu tidur. Mengantuk betul dia ni.
Aku buka telefon, dah alang-alang berhenti ni boleh lah tengok telefon, maklumlah kita ni jadi mabuk sikit bila tengok skrin telefon masa dalam kereta masa bergerak.
Ok habis semua instagram, twitter, fac, ha semua akaun media sosial aku buka dan tak ada satu pun yang menarik. Bosan. Bila berhenti di R&R ni ramai pula orang. Apa aje lah yang menarik kat sini?
"Em, awak... eh aduh... "
"Hm......? Ya kenapa sayang?" Emir terjaga dek mendengar aku yang bersuara tadi. Eh kejap, kenapa dia panggil aku sayang pulak ni adoi. Nasib baik tak dengar aku panggil dia awak.
"Saya nak turun kejap lah, nak jalan-jalan. Tengok makanan ke... "
"Alright, pergi lah. Take care okay? Apa-apa nanti call je. Abang mengantuk sangat dah ni" terus dia menyambung tidur semula. Haih ingatkan kalau cakap tadi boleh la dapat duit belanja, hm takpe lah Lyn. Guna aje la apa yang kau ada.
Setelah menyinggah beberapa kedai, aku ternampak buah jambu kristal dijual. Terus aku berhenti lalu membelinya. Jarang tau nak jumpa buah ni. Selepas diberi baki, ada seseorang melanggarku membuatkan semua duit bakiku melayang.
"Eh mintak maaf kak, saya tak sengaja...! Cepat-cepat gadis ini mengutip duit bakiku yang beterbangan tadi. Apabila duit itu dihulurkan kepadaku.... jap, takkanlah...........
"Lyn? Ya Allah, kau ke ni Lyn?" soalnya tidak percaya.
Razia?
Terus laju aku melangkah meinggalkan dia. Razia cuba mengejarku tetapi gagal kerana terlalu ramai manusia ketika ini.
Ya Allah, ni lah benda yang aku cuba nak elak! Aku toleh kebelakang, tiada Razia yang mengekoriku. Terus laju aku melangkah menuju ke kereta Emir. Kejap..... Ya Allah, Emir pakai kereta apa? Apa nombor kereta dia?
Lynnnn! Kenapa penyakit hilang ingatan kau datang masa ni?! Satu persatu aku lihat tapi tiada Emir di dalam mana-mana kenderaan. Aku terus mencari telefonku di dalam beg. Tak ada?! Kenapa masa ni jugak kau tak ada? Aduh ni mesti aku tinggalkan kat atas tempat duduk tadi sebelum keluar kereta.
"Irdiana! Irdiana!" satu suara memanggilku. Jantungku berdegup laju. Aku terus duduk di tepi jalan ini. Argh tolong lah aku harap bukan 'dia' yang datang cari aku.
"Ir, abang panggil boleh pulak dia duduk kat sini"
Aduh nasib baik laki aku yang datang. Ingatkan 'lelaki tu' yang datang tadi.
"Abang pergi toilet kejap tadi, eh..... shopping sakan you ni"
Aku lihat beberapa beg plastik ditanganku lalu aku sengih sumbing aje memandang Emir.
"Nak saya drive?" sengaja aku mempelawa diri untuk memandu pula walaupun Emir kelihatan lebih segar dari sebelum berhenti di sini. Emir memandangku aneh.
"Nak drive? Why?" soalnya pula. Haish aku nak bawak kereta pun salah ke?
"Ish takpe lah. Bawak je lah kereta kesayangan tu" aku terus masuk ke tempat dudukku. Emir memandangku aneh dari luar dan akhirnya dia masuk juga ke dalam kereta.
"Ir, what's wrong?" soalnya. Aku buat tak endah aje sambil membuka air Tropicana Twister berperisa oren yang baru kubeli tadi. Baru mahu meneguk, air di tanganku ditariknya.
"Eee awak.... ergh, abang ni kenapa?" soalku pula geram. Terus aku mengmbil semula air ditangannya.
"Orang baru nak minum air dia ambil pulak. Nasib baik tak minum lagi, kalau tak nasib je tumpah kat baju. Tumbuk nanti baru tahu" omel aku sendiri. Emir sudah tidak terkejut lagi melihat aku yang suka melawan atau menjawab. Dia lagi gelak aje ada la.
"Saya tengah geram ni tahu tak geram? Kalau tumpah air ni tadi siapa nak ganti baju favorite saya ni? Mahal tau saya beli" rungut aku lagi. Mahal lah sangat, ni pun beli masa ada sale 70% kat Padini dan setakat air oren tumpah tak ada kesan apa pun sebenarnya. Acah aje kau tahu Lyn.
"Yelah, air je yang tumpah tu. Bukannya asid"
Aku pandang dia. Langsung tiada rasa bersalah di wajahnya dalam dia mulakan perjalanan. Eeeee annoying! Memang lah bukan asid tapi.... ergh!
"Ir....... I don't think people used to call you Ir kan?" soalnya memecahkan kesunyian satu ketika. Aku masih lagi memandang kehadapan tanpa mengendahkannya.
"Ir, I'm talking to you ni" tambahnya lagi. Aku pandang dia setajam yang boleh walaupun dia masih lagi fokus pada pemanduannya. Sesekali dia menoleh kearahku.
"What? Kenapa pandang macam tu?" soalnya. Aku kecilkan lagi mata memandangnya.
Lama.
"Irdiana.......?"
Aku masih membisu memandangnya.
"Ir!" kali ini suaranya meninggi.
"Takde apa lah" terus aku kembali ke posisi asalku. Hohoho takut tak abe?
"Not funny!" tambahnya lagi. Eh, dia baca hati kita ke?
Share this novel