BAB 3

Drama Completed 284

Lapan pilihan? Hm nak pilih apa ya? Yang ni macam menarik, yang ni pun, yang ni pulak bunyi macam hebat ja.. Teruknya aku ni, pilih kursus untuk belajar macam pilih earrings saja. Bukan nak tengok betul-betul, apa kriteria-kriteria yang diperlukan, minimum berapa A boleh mohon. Ni tak, main tekan ja mouse tu. Klik atas, klik bawah. Ok, dah cukup pun lapan. Dalam sebulan lagi keluarla keputusan permohonan ke ipta ni.
Keputusan diumumkan. Diha dipilih mengikuti kursus biologi di universiti di selatan tanah air. Nak ke tak nak? Kalau ikut minat, memang Diha tak berapa nak minat. Sebab Diha tahu, dia tak mampu hafal dengan baik. Tidak punya ingatan yang begitu tajam. Setakat nak hafal nama anak Brad Pitt-Jolie tu, mudah benar. Kacang saja. Tapi buatnya kena hafal Krebs cycle, ha, baru padan muka. Tercungap-cungap nak menyebut nama satu-satu benda alah tu. Er, apa nama benda tu… Alpha-keto-glutaric acid? Eh, betul ke aku sebut ni? Ke, lain?T Hee…takmolah, takmo, takmo, tamo.. Tapi kan.. Kalau tak terima, Diha nak belajar kat mana lagi? Ipts? Ampun, mak, ayah enggak punya banyak uang.. Akhirnya Diha terima tawaran itu dengan berat hati. Di universiti, Diha sentiasa memasang azam untuk keluar dari bidang ini. Tapi apakan daya. Dia hanya insan biasa. Inilah yang dikatakan kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun cuba untuk lari, biologi tetap mengejarnya.

Sebulan bekerja, Diha semakin selesa dengan jawatan yang dipegangnya sekarang. Alasannya, sebab dengar macam canggih. Hahaha.. Selalu sangat dengan alasan camtu. Lagipun kan, Diha suka kerja tu sebab bidang tugasnya tak adelah sepanjang masa dalam lab. Dia juga selalu kena keluar ke bahagian production. Boleh exercise naik turun tangga. Kat situ kan, ada ramai lelaki tau. Hiks, gatal.. Alah, diorang kacau-kacau je pun. Bukan serus pun tu. Er, bila sebut lelaki, mulalah ingatannya kembali mengingatkan lelaki itu, Saiful. Apelah yang dia buat sekarang? Langsung tak telefon, mesej aku.. Sampai hati dia.. Dia memang tak ade feeling langsung ke kat aku? Nak kata sibuk dengan girlfriend, dia memang tak ada girlfriend. Tapi sekarang ni tak tahulah kan, dah lama gila tak berhubung. Gulp, tak kan lah dia ada girlfriend? Habis tu, aku ni macam mana? Menjanda la jawabnya… Uwa…

Okey. Dah selesai bersedih. Kita sambung cerita semula. Diha juga suka kerja kat sini sebab Diha boleh selalu merendahkan diri. Macam mana? Macam ni, bila orang tanya, kerja apa sekarang, Diha jawabla, kerja kat kilang….Ehe. Bagus tak? Tapi ada suatu hari tu, Diha terjumpa dengan sorang mamat ni kat pekan. Bermulalah sesi perbualan mereka.

“Sorang saja ke?”

“Haah.. Sorang jelah.. Nak datang dengan sape lagi..”

“Orang lain pergi mane habis? Kerja ke?”

“Kerja apa pulak… Kan Sabtu ni.. Cuti la..”

“Haah kan.. Hujung minggu.. Lupa pulak.. Awak ni sekarang ni belajar lagi ke atau kerja kilang?”

Terserdak air liur Diha dengar lelaki itu tanya macam tu. Hello? Muka aku yang comel ni ada nampak macam pekerja kilang ke? Tak patut betul dia buat andaian macam tu. Dalam banyak-banyak kerja, apesal dia tak cakap aku ni cikgu ke, Pr ke, ni tak, terus label aku kerja kilang… tapi aku tak boleh nak bengang lebih-lebih pula, nak buat macam mana, dah hakikatnya aku memang kerja kilang pun. Daripada menipu, baik aku berkata yang benar pada mamat tu.
Lagipun apa salahnya kerja kilang. Ok apa kerja kilang. Halal pun halal. Berbekalkan duit yang halal ni lah, Diha boleh selalu telefon mak nya kat kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience