BAB 5

Drama Completed 284

Hidup perlu diteruskan. Tak apa, tak ada ‘dia’, aku ada mak, ayah, famili dan kawan-kawan yang havoc, yang menghiburkan. Hubungan dengan kawan-kawan seuniversiti masih erat. Ayu, Ira, Nurul, Siti, Ana dan tak lupa teman sebiliknya, Reen. Mereka pernah digelar geng7 kerana kerap sangat ke mana-mana bersama-sama. Kata orang putih, together-gether. Cuma ke toilet belum pernah la kot ramai-ramai macam tu. Tapi, setakat 3,4 orang sekaligus, memang selalu. Namun kini, masing-masing dengan hala tuju masing-masing. Ayu, Ira, Nurul dengan Reen meneruskan pengajian ke peringkat sarjana. Siti dah kerja. Ana tengah buat praktikal apa benda entah. Susah betul nak sebut namanya. Diha ? Apa lagi, kerja kilang la.

“Diha . Hubungan kau dengan Saiful budak sekolah kau tu macam mana sekarang?” Prihatin benar kawan-kawannya. Semuanya mahu melihat dia bahagia mencapai impian yang satu itu.

“Dia taknak aku la..” Sedih ja bunyi.

“Hei, belum cuba belum tahu.”

“Aku dah bagi klu dah. Tapi dia masih tak mulakan apa-apa.”

“Klu kau gelap sangat agaknya. Cuba bagi klu yang terang sikit.” Huh, yelah tu. Takkan benda mudah macam
tu pun tak faham. Kata pandai, belajar tinggi, tapi pelajaran budak sekolah menengah pun tak boleh nak faham ke? Hi, menyampah! Biarlah dia tu.

“Korang tak suka ke aku selalu kontek korang? Sebab tu nak aku cepat-cepat ada boyfriend? Macam tu?”

“Tak adela. Kitorang sayang kau. Sebab tu kitorang tak sabar nak tunggu kau ada hubungan dengan dia.”

“Hubungan apa.. Malas lah aku.. Baik aku fokus kerja. Bina masa depan. Dari fikirkan hubungan dengan dia yang macam tak ada masa depan langsung.” Sayu Diha mengucapkan kata-kata itu. Kerana dia sedar, dirinya tak mungkin dapat melupakan Saiful, kawan sepersekolahannya.

Dua tahun bekerja, Diha mula terfikir untuk beralih angin. Takkan selamanya dia nak kerja kat kilang ni. Balik kerja lambat, dah nak masuk maghrib. Zaman bujang ni boleh la lagi tahan. Tapi nanti bila dah berkeluarga, penat aku. Nak uruskan suami, memasak, mengemas. Tu belum ada anak. Ha, bila dah ada anak lagi sibuk. Ai, buat apa aku pening-pening fikir semua ni? Aku bukan nak kahwin lagi. Tak ada orang nak pon. Macam mana nak kahwin. Berangan boleh la.

Hujung minggu itu, seperti biasa, Diha pulang ke kampung halaman. Sampai di depan rumah..
Mak ai… Kereta siapa ni? Canggih betul. Kereta siapa ya? Tak pernah tengok pun sebelum ni? YB mana datang rumah aku ni?

Pantas tangan Diha mencapai handphone dari tas tangannya. Dan, snap… Hehe.. Aku nak pakai kereta macam ni, berangan jela. So bila ada peluang, aku suka jadi model kereta sekejap. Cukup la, dari tak pernah ada gambar langsung.

“Assalamualaikum..” Sopan suara Diha memberi salam dan melangkah penuh tertib ke dalam rumah. Mentang-mentang ada YB datang..

“Waalaikumussalam.. Ha, Diha . Meh sini meh. Ada orang datang ni. Inilah dia anak bongsu kami, Diha .”

Semua mata yang ada di situ memandang ke arahnya. Ada 3 lelaki dan 3 perempuan. Lalu tangan seorang wanita anggun dicapai dan dicium mesra. “Baru balik dari kerja, auntie. Berbau sikit. Hehe.” Dua remaja perempuan turut ikut bersalam dengannya. Yang lelaki? Haish. Mana boleh salam. Haram….

Selepas meminta izin, Diha beredar dari situ. Siapa diorang tu ya? Nak kata YB, bukan. Sebab aku kenal sangat dengan YB tempat aku. Perempuan. YB Suraya nama dia. Tapi tadi tu bukan YB Suraya. Hm. lelaki yang nampak sebaya dengan aku tu, macam pernah kenal lah. Diha mengintai dari tirai kamarnya, terjenguk-jenguk ke arah ruang tetamu.

Dia? Diha tersandar di tepi dinding. Buat apa dia datang sini? Berdegup kencang jantungnya…

“Diha ? La… kenapa kamu kat situ? Tu ha, kawan kamu ajak bersembang. Pergilah keluar.” Ayah datang memberi arahan.

“Er… Nak kena keluar ke ayah? Diha tak mandi lagi ni..” Dia cuba mengelak.

“Pergi ajelah. Nak tunggu kamu mandi, bila diorang boleh balik. Dah nak malam dah pun ni. Pergi keluar cepat!”

Ala ayah ni. Tak cool langsung. Rileks lah.. Nak tensen-tensen pulak.

“Yelah, Diha keluar.”

“Jangan pergi jauh-jauh. Sembang kat depan rumah aja. Senang ayah nak pantau.”

Eh-eh ayah ni. Macam polis pencen pulak, nak arah-arah orang.

“Hai Diha … Lama tak dengar berita.” Saiful memulakan perbualan. Nak harapkan Diha , huh, kirim salam. Dari tadi asyik dok mengira berapa banyak duri pokok ros tu. Luka nanti jari tu cik adik oii..

Macam nak cari gaduh ja? Dia yang buat aku mogok dua tahun lepas. Tu semua engkau punya pasal, ok. Salah engkau. Not me.

“Em, hai.. Buat apa kau datang teratak keluarga aku ni?”

“Ala.. orang datang pun nak marah. Bukan buat apa pun. Saja nak ziarah.”

“Pergi la ziarah kubur ke, rumah anak yatim ke, buat apa ziarah famili aku. Tak ada kaitan pun dengan kau.”

Amboi. Garangnya Diha . Dah la dok buat-buat petik bunga pulak. Hahaha, kelakar.

“Ada kaitan. Famili kau kan bakal jadi famili mertua aku tak lama lagi.”

“Hello.. Sejak bila pulak ni? Suka-suki engakau ja ea? Aku tak tau pun. Anyway, kau nak kahwin dengan siapa? Akak-akak aku semua dah ada soulmate masing-masing. “

“Tapi ada lagi kan yang belum?”

“Mabuk apa kau ni. Tak percaya gi tanya ayah aku. Semua kakak dah kahwin. Anak saudara pulak paling tua form 3. Tak cukup umur lagi nak kahwin. Kau jangan menggatal nak kidnap dia bawa pergi kahwin kat selatan Thai. Aku bunuh kau hidup-hidup baru tau.” Diha jeling Saiful tajam. Huh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience