BAB 1

Drama Completed 284

Diha resah. Jari-jarinya terus ligat melarikan tetikus. Matanya fokus dihadapkan pada skrin laptop milik kakaknya itu. Tak terganggu lagsung dengan suasana sekeliling. Satu persatu fail yang terdapat di dalam my document terus digeledahnya. Namun penemuannya belum membuahkan hasil.

“Kak! Fail yang mana satu ni? Tak jumpa pun.” Matanya masih tertancap pada skrin laptop.

“Tak taulah. Kak pun belum tengok lagi. Cari la betul-betul.”

Alahai…Punyalah banyak fail dalam ni. Penat la aku nak belek semua. Yang ni? Bukan.. Ni? Bukan jugak.. Ops, naikkan ke atas balik.. Hm..fail ni nampak lain macam saja ni. Macam suspicious ja. Baik aku buka tengok.

Oh my god! Gambar ni ke yang jadi kontroversi tu? Macam mana boleh ada dalam ni?

Padam.

“Ada tak jumpa gambar yang Ikhlima cakap tu?”

Er… Kak sempat nampak tak aku buka tadi? Anggap jela dia tak nampak.

“Dah. Dah cari. Tapi tak ada pun gambar . Dia mengarut je la tu agaknya.” Matanya terkelip-kelip melakukan pembohongan itu. Alah, tak ape. Sekali-sekala, bohong sunat.. Tapi kak percaya tak? Muka macam… Yes! Lega.. Fuh..

Selepas tergesa-gesa menutup laptop, Diha terus meluru masuk ke biliknya. Handphone yang terletak elok di atas meja solek diragut kasar. Apa lagi yang Diha mahu lakukan kalau bukan mengadu hal memalukan itu kepada bekas roomatenya di kampus dahulu. Memang Diha jarang berahsia dari roomatenya. Segala cerita akan disampaikan, mengalahkan wartawan Melodi. Zass..

“Reen. Kau tau tak..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience