BAB 2

Drama Completed 284

“Assalamualaikum. Kot iya pun, bagi la salam dulu. Ha, berita apa pulak hari ni? Macam sensasi ja?”

“Hehe. Waalaikumussalam.. Ei, kau ingat tak, kan dulu aku ada ambil gambar Saiful dari fac, kan. Pastu kan aku simpan dalam laptop aku. Masalahnya sekarang, gambar tu dah terlepas masuk dalam laptop kak aku. My niece terjumpa. Dia inform kat kak aku.”

“Hah. Kau biar betol? Habis tu, kak kau pun dah tengok la?”

“Belum lagi. Sebab aku dah delete dulu sebelum dia sempat tengok.”

“La.. Apesal kau delete? Biar jela dia tengok gambar bakal adik ipar dia tu.”

“Gila pe? Mati la kalau diorang tengok. Famili aku bukan open sangat bab-bab cintan-cintan ni. Lagipun kitorang belum ada apa-apa hubungan pun lagi. Aku je yang syok sendiri. Dia tu entah suka entah benci kat aku ni”

“Ala manja kuci-kuci pampers hey.. Tadi tu kan aku doakan kau jadi bakal isteri dia. Kenapa pulak kau nak dalih-dalih. Aminkan jela doa aku tu. Ha, habis tu, apa kau nak buat kat anak sedara kau tu? Sekarang ni dia dah jadi penyimpan mohor besar rahsia kau. Rahsia beb…”

“Entah. Dia dah balik hostel dia dah pun. Tak sempat aku nak bagi amaran ke apa. Aku cuma harap dia dah tak inform sapa-sapa lagi dah. And dia akan lupa benda ni dalam masa terdekat ni.”

“Macam tak mungkin ja dia nak lupakan. Lain la kalau dia accident ke, lepas tu koma seminggu dua, sure bila sedar dia dah tak ingat lagi.”

“Yeah. You give me a good idea. Thanks roommate! Bye.”

“Oi. Apa kau nak buat? Aku main-main jela. Jangan la weh. Dia anak sedara kau. Anak kak kau. Kesian la kat dia. Hello Diha , hello?” Dah letak? Hua, Diha …. Kau jangan la buat perkara kejam. Nanti masuk berita page depan. Malu aku satu keturunan.

Berseorangan di bilik yang nyaman malam itu membuatkan Diha sekali lagi berfikir. Bukan fikir macam mana nak celakakan si Ikhlima a.k.a anaksaudara aku tu. Aku masih waras. Orang waras tak akan sanggup untuk cederakan orang awam apatah lagi ahli keluarga sendiri. Tadi tu saja la aku nak acah-acah. Lama benar rasanya tak main-main dengan Reen sejak kami dah habis belajar ni. Sebenarnya aku nak jimat kredit. Maklumlah, penganggur berijazah kehormat. Hehe. Reen jangan marah eh kalau kau terbaca ayat ni kat sini. Aku tipu-tipu ja sebab nak cepat matikan panggilan.

Hmm… Aku tengah hairan lagi ni. Macam mana gambar Saiful boleh ada dalam fail pemandangan dalam laptop kak. Konfius. Rasanya aku dah simpan elok-elok dah gambar tu. Biar tersembunyi. Macam ma… Ha… Dah ingat dah. Ces, sengal. Aku sendiri yang simpan gambar dia dalam fail pemandangan. Fail tu kan jarang orang buka. Jadi tak ada sapa la boleh tau rahsia aku. Kemudian hari tu Ikhlima minta gambar-gambar cantik nak buat wallpaper kat laptop ibu dia tu. Wallpaper yang dah sedia ada tu dah boring, taste orang tua katanya. Cit, berani dia kata kak aku tua? Jadi aku sebagai maksu yang cumil dengan murah hati bagi fail pemandangan pada dia. Tak teringat langsung ada gambar seorang lelaki ajnabi dalam tu. Sampailah insiden petang tadi yang memalukan. Anak sedara sendiri terjumpa gambar ‘buah hati’ maksu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan keluarga. Malu sangat! Tebal rasa muka. Kantoi dengan budak kecik. Sengalnya aku!!!!!!

6 Julai, Diha dengan langkah berkobar-kobar melangkah masuk ke kilang tempatnya kerja. Alhamdulillah, tamat sudah tempoh berkabung di rumah. Tapi kerja ni Diha tak begitu berminat. Microbiologist?? Apa kes? Nanti duduk dalam lab jela.. Boringnya. Diha lebih suka kerja-kerja yang mengganas. Tak pun, cikgu. Tapi, disebabkan satu keturunan Diha semua pakat dah jadi cikgu, jadi aku cuba nak beralih angin. Walaupun terdapat paksaan dan ugutan dari mereka, Diha tetap bertegas tak akan ambil jurusan pendidikan untuk degree nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience