BAB 4

Drama Completed 284

“Assalamualaikum mak ku sayang…”

“Waalaikumussalam maksu.”

Eh, tu bukan mak. Tu suara Ikhlima lah. Dia ada kat kampung? Bahaya tu.

“Er Ikhlima .. Atuk ada kat rumah tak?”

“Atuk pergi kenduri la. Handphone tinggal kat rumah.”

Ooo.. Mak ni, suka sangat tinggal handphone dia kat rumah. Kalau macam tu baik tak payah ada handphone. Pakai telefon rumah sudah…

“Nanti bila atuk dah balik, bagitau dia maksu balik kampung Sabtu petang. Pagi belum boleh balik. Ada kerja sikit nak buat.”

“Roger. Pesanan diterima. Lagi nak pesan apa lagi? Pasal bakal paksu ke? Hehe.”

Alamak! Gulp… Er.. Apa aku nak buat ni. Ah, letak jelah telefon ni. Buat-buat macam kredit habis.

Tuuuuuut.

Fuh.. Terlepas dari menjawab soalan pedas. Jadi sekarang aku perlu hantar sms kat Ikhlima .

Ok. Selesai. Dia nak percaya ke tidak, terpulang kat dia. Kalau dia tanya banyak-banyak, tak payah balas. Kan tengah tak de kredit, mana boleh balas mesej.. Bertuah punya anak sedara, apesal dia masih ingat lagi pasal benda tu. Malu la aku nak balik kampung esok.

“Assalamualaikum semua orang. Saya balik ni…” Diha tercegat di depan pintu rumah menantikan pintu dibuka.

“Waalaikumussalam.. Anak mak dah sampai?”Cepat-cepat pintu rumah dibuka, menyambut kepulangan anak bongsunya.

Diha mencapai tangan emaknya, dikucup mesra. Kemudia pipi tua itu pula dicium penuh manja. “Mak hepi tak adik balik?”

“Apa benda adik sebut?”

“Tak ada apelah.. Mak buat apa tu? Mesti tak mandi lagi. Bau.” Diha picit hidung.

“Amboi. Pandainya mengata orang. Dia tu sebab nak balik kampung, sebab tu dah mandi. Kalau dok terperuk saja kat rumah, konfem petang baru jumpa bilik air.”

“Apa pulak. Pagi pun adik dah jumpa bilik air apa. Nak ambil wuduk, solat.”

“Eh,eh. Menjawab pulak ya. Meh sini biar mak picit hidung yang tak mancung langsung tu.”

“Tolong!!!” Pantas Diha berlari mencari perlindungan.

Tok-tok-tok!

“Mak masuk ni.” Mak Kiah menunggu jawapan dari anak gadisnya.

“Ha, mak. Masuklah. Adik tak buat apa pun.” Diha yang tengah terbaring sambil bermenung kosong terus sahaja bangkit. Memberikan ruang untuk Mak Kiah melabuhkan punggung di atas katil bujangnya itu.

Mata Mak Kiah melilau melihat susun atur bilik itu. Ringkas. Tapi tetap selesa untuk dipandang. Patutlah anaknya itu selalu sangat memerap seorang diri di dalam bilik. Hai, sorang itu sahajalah anaknya yang masih bersendiri. Yang lain semua dah berteman, beranak pinak. Bilalah agaknya dia nak ikut jejak kakak-kakaknya.

“Kak Fitrah dengan Ikhlima mana mak?”

“Kak hantar Ikhlima balik asrama. Awal sikit. Ada program katanya.”

Diha senyap. Mak Kiah pun senyap. Mak ni, lain macam saja aku tengok. Macam nak bagitau sesuatu. Apa ya?
Entah-entah, mak nak cakap, ada orang masuk pinang aku tak? Hish. Takkan kot. Macam dalam drama ja.

“Ada apa mak?”

“Takde… Semalam…”

Huh? Kenapa dengan semalam? Orang datang meminang? Mak ni, cepat la cakap. Suspen betol.

“Semalam Ikhlima bagitau ada gambar lelaki dalam laptop ibu dia. Gambar boipren maksu, dia kata. Betol ke?”

Huk alah. Ikhlima ni. Mulut capoi benor. Tak boleh ke dia simpan rahsia sikit. Hish, menyusahkan aku je nak kena bersoal jawab dengan mak. Dengan orang lain boleh la aku tipu. Dengan mak, tak kan nak tipu kot. Mak aku tu…

“Mak dah tengok ke?”

“Belum. Jadi, betul la apa Ikhlima cakap?”

“Betul. Er, maksud adik, betul la ada gambar. Tapi dia bukan boifren adik pun.”

“Kalau bukan boipren, buat apa nak simpan gambar?”

Apa punya soalan tu? Apa aku nak jawab ni? Soalan interview hari tu pun tak mencabar macam ni. Aduhai…
Em.. sebab… ar… ad ..adeh.. berat benar lidah ni… cuba lagi ya..

“Adik suka dia.” Akhirnya.

“Dia suka adik tak?” Pantas aje mak tanya. Macam dah rancang aja.

“Entah. Dia tak cakap pon. Adik pun tak pernah tanya.” Jawapanku semakin lancar. Tak macam tadi. Gugup macam orang nak akad nikah.

Mak senyum aja. Kemudian, mak bagi cadangan yang tak pernah tercapai dek akalku.

Kata mak, “bagi la klu kat dia.”

Gila sporting mak aku. Tak pernah tau pun. Kalau lah dari dulu aku tau, dah lama aku infom mak fasal benda ni. Tapi sori lah mak. Anak mu ini sebenarnya memang dah pernah buat pun cadangan mak tu. Cuma ‘di sana’ seperti tidak dapat memahami klu yang diberi. Entah.. mungkin dia memang tak ada hati kat aku. Dan, untuk tak menghampakan, dia buat-buat tak faham ja dengan semua tindakanku. Geram. Banyak kali mencuba dan gagal, aku terus putus harap. Biarlah. Ramai lagi lelaki lain.. Itulah ayatku untuk menyedapkan hati sendiri. Padahal, mana mungkin kusamakan lelaki lain dengan si dia yang nyata begitu sempurna pada mataku. Kau begitu sempurna. Di mataku kau begitu indah. Kau membuat diriku, akan selalu memujamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience