Rate

BAB 26 - TANGISAN

Romance Completed 446976

Malam itu inas memberikan ubat yang telah ditukarkan isinya kepada Raif.. Malam ini dia perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.. yang akan berlaku.. Takutnya berlaku seperti malam sebelum ini... Raif yang sudah tidur disebelahnya diperhatikan..

''aku harus kuat! Insya Allah.. Aku yakin dia akan sembuh..'' Inas mengelus-ngelus rambut Raif.. Bukan senang nak mengelus rambut suaminya itu.. Kerana Raif akan mengatakan perkara itu hanya untuk anak kecil.. Inas menarik bibirnya tersenyum, kemudian kedengaran bunyi ketawa kecil keluar dari bibirnya..

Tangannya bermain-main di wajah Raif.. Lama-kelamaan matanya terpejam dan akhirnya dia melangkah masuk kedalam alam mimpi..

''ya Allah! Kenapa sejuk sangat ni..'' Inas memeluk tubuhnya.. Terasa angin dingin menerjah masuk kedalam setiap liang rongga tubuhnya.. terus menyerang sampai ke tulangnya..

'ahh! Tak tahan macamni!' mata Inas yang terasa berat terus gagah terbuka..

Hairan dia melihat tubuhnya yang tak berselimut.. Inas berpaling melihat kepada Raif yang sedang membungkus tubuhnya dengan selimut..

'lah kenapa pula ni..?'

''manja!'' panggil Inas.. Inas menarik selimut yang mengulung Raif.. Tapi Raif menariknya semula..

''Raif althaf !.. Lepaskan selimut ni!'' marah Inas...terus selimut itu dilepaskan oleh Raif.. Hampir saja inas jatuh di sebelah sana..

''kenapa ni? apa, yang tak kena?'' tanya Inas.. Dia perlu tanya sebanyak mana yang boleh.. Sekaligus membuatkan Raif membuang ketakutan yang membelenggu dirinya..

''hujan! Hujan!'' jerit Raif yang sedang mengiring sambil memeluk kedua-dua lututnya rapat ke dada..

''hujan?'' Inas turun dari katil lalu berjalan ke tingkap kaca bilik itu.. Langsir bilik itu di singkapnya..

'mana ada hujan!?.. Ni mesti dia sedang berada didalam halusinasi dia lagi..' Inas berpaling melihat kepada Raif yang sedang menggigil di atas katil.. Seolah-oleh dirinya sedang berada di bawah hujan yang lebat, yang sedang membasahinya.. Inas segera menghampiri Raif.. Menarik dua tangan raif yang sedang memeluk lututnya..

Raif tersentak bila tangannya di tarik.. Dia tak dapat melihat sesiapa di hadapannya.. Melainkan kelam malam dan bunyi air hujan yang singgah ditelinganya. Dia mencapai apa saja yang berjaya pegang.. Memegang dengan erat dan kuat.. Sesekali terasa bahunya sedang dipukul.. tapi dia tak boleh melihat dengan jelas.. Siapa yang memukulnya.

'aku?dimana?...'

''ayahanda..!! '' jerit Raif.. Bila dia melihat bayangan ayahanda sedang melambai kepadanya.

Di dunia realitinya.. Raif sedang mencekik leher Inas.. Sampai Inas tak mampu nak bersuara untuk memanggil Raif agar sedar kembali ke dua nyata..

'maaf! Manja.. Inas terpaksa!' pipi Raif ditampar sekuat tenaga Inas..

Raif melihat ada sepasang kaki yang datang kepadanya.. Dia cuba untuk mendongak memandang ke atas.. Melihat wajah si pemilik kaki tersebut.. Tapi pipinya terasa pedih dan perit seperti ditampar.. sekali lagi bayangan itu pecah dan hilang .. Kini, dia tesedar yang dia berada didalam bilik tidurnya.. Raif menunduk ke bawah melihat ada Inas di bawah tubuhnya, membulat matanya melihat tangannya yang sedang mencekik Inas sampaikan wajah Inas sudah bertukar menjadi kebiruan.. mencari nafas.. Terus dua tangannya terangkat keatas..

''uhuuukk.. uhuuk... uhukkk....'' terbatuk-batuk Inas sambil memegang lehernya.. Air matanya sudah menyembur keluar.. Sesak terasa dadanya.. Lemas mencari udara..

''manis! Manja..manja!'' Raif melihat tangannya sendiri.. Tangan itu sedang mengeletar hebat.. Sungguh dia tak sangka.. dia akan buat begitu kepada Inas. Andai kata dia terlewat sedar.. Apa akan jadi dengan Inas..

Inas melihat kepada Raif yang sedang menunduk melihat tangannya yang sedang mengeletar.. Perlahan-lahan Inas meraup pipi Raif.. Mengangkat wajah itu mendongak keatas memandang kepadanya.

''kenapa raif menangis?'' Inas menyeka air mata Raif.. Lagi dia menyeka air mata itu.. Lagi laju air mata itu mengalir..

''manja tak nak teruskan! Biarlah manja macam ni! Dari manja terus buat manis terluka.. Kalau tadi!.. tadi! Manja tak sedar! Apa akan jadi dengan manis..! Manja tak boleh terima !! Kalau apa-apa terjadi kepada manis! Tambah pula bila perkara tu.. Manja yang lakukan.. No! Manis.. NO!NO!NO!.. '' jerit Raif seperti orang sudah tidak waras.. Kerana dia terlampau risaukan Inas.. Dia tak mahu mengheret Inas kedalam masalahnya.. dia tak mahu sedikit pun membuatkan Inas terluka..

''manja! Dengar ni..'' Inas menarik tangan Raif.. Walaupun pada mulanya Raif enggan membenarkan Inas memegang tangannya..

'' Raif Althaf! Dengar ni.. Manis serius ni!'' kata Inas menegaskan nada bicaranya.. Bukan niatnya nak berlaku biadap kepada suaminya sendiri. Tapi dia perlu sedarkan Raif segera. Raif mengangkat wajahnya merenung kedalam anak mata Inas yang nampak bersinar didalam gelap.. kerana biasan dari lampu tidur bilik..

''Listen! Kalau manja sayangkan manis! Lupa apa yang jadi tadi!.. Kita teruskan seperti yang kita dah janjikan sebelum ni manja.. Please..!'' rayu Inas.. Memegang erat kedua-dua tangan Raif..

''kalaulah manis terluka la...'' Inas segera meletakkan jarinya di bibir Raif.. Kepala Inas mengeleng..

''please.. Setuju dengan manis.. please.. Inas merayu.. please..'' kata inas sebak.. Air matanya yang ditahan dari tadi mula gugur mengalir di pipinya..

''please let me cure you! Manis sayangkan manja..! Bagi peluang tu untuk manis.... manis merayu sangat - sangat dengan manja.. Please..'' kata Inas terputus - putus di selang dengan esak tangisannya..

Terkaku Raif melihat Inas yang sedang menangis teresak-esak di hadapannya.. Inilah, pertama kalinya dia melihat Inas menangis..

'kenapa aku rasa, hati aku sakit! Bila melihat dia menangis macam ni! Kenapa dia perlu menangis demi aku..! Aku tak kuat untuk semua ni!'

Raif menghulurkan tangannya ke wajah inas untuk menyentuh wajah Inas yang sedang basah dengan air mata..

Plak.. Tapi tangannya ditempis oleh oleh Inas.

''selagi Manja tak janji dengan Manis! Jangan nak sentuh manis! Jangan nak pujuk Manis!'' Inas menolak bahu Raif.. Lalu Inas bangun dan turun dari katil..

''manis!'' tangan Inas ditarik oleh Raif.

''ok-okay.. Manja janji! Kita teruskan.. Seperti yang manis nakkan.. Tapi jangan tinggalkan manja.. Manja perlukan manis.. Stay with me.. Please...'' Raif bangun dari katil.. Berdiri di hadapan Inas..

'' please..''

''please.. manis '' ulang Raif lagi.. Raif menarik Inas kembali ke katil dan membaringkan inas ke tempat tidurnya semula.. Manakala Raif.. Masih buntu untuk sambung tidur semula.. Dia takut perkara itu akan muncul didalam mimpi lagi.

''tidur manja... Cuba pejamkan mata.. Manis ada disini..'' kata Inas.. Menarik Raif untuk naik ke atas katil.. Menepuk-nepuk lengan Raif dengan lembut..

Raif menyentuh leher Inas.. Masih terdapat kesan bekas tangannya disitu. Inas tahu apa yang sedang Raif sedang rasakan.. Iaitu, rasa bersalah atas apa yang baru berlaku tadi..

Tangannya yang tadinya menepuk lengan Raif berubah posisinya.. Kini tangan itu menutup mata Raif.. Inas mendekatkan wajahnya dekat dengan wajah Raif yang ditutupkan matanya.. Menyatukan bibirnya dengan bibir Raif.. Terkaku lagi Raif kali ini.. Menerima ciuman dari Inas secara tiba-tiba begitu.. Tangannya menyentuh tangan Inas.. Untuk menarik tangan Inas turun dari terus menutup matanya.. Inas berkeras tidak mahu mengalihkan tangannya.. malah terus mencium bibir Raif.. Perlahan-lahan Raif membalas.. Mengikut rentak Inas.. Sehingga tautan bibir mereka terlepas.. Inas membuka semula mata Raif yang ditutup tadi.

''kenapa? Kenapa ..'' Terpinga-pinga seketika Raif bila tautan bibir itu terputus.

''tidur yea..'' balas Inas.. Sambil mengelus lembut pipi Raif.

''tadi tu...''

'' terima kasih.. Sebab setuju nak teruskan.. Manis akan pastikan yang manja sembuh.. Dan .. Manja akan tahu kenapa manja jadi macam ni.. Jadi... Izinkan manis untuk sembuhkan manja..'' kata Inas.. Memeluk erat Raif. Sebuah ciuman dari Raif singgah di dahi Inas membalas kepada bicara Inas tadi.

Satu malam yang penuh dengan dengan tangisan dari kedua - dua mereka.. Dan diakhiri dengan satu kesepakatan yang diikat menjadi janji..

Bab ni hutang kemarin.. (^_-)

Share this novel

akabae
2020-10-15 18:10:00 

sweetnya manis dengan manja ni! nak next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience