BAB 6

Romance Completed 44327

Izmie Danial menapak masuk ke dalam bilik sambil memicit-micit bahunya yang terasa sengal. Dia baru saja dari bilik kerjanya yang bersebelahan dengan biliknya ini. Menyiapkan kerja yang perlu dihantar pada keesokkan harinya....

Tiba-tiba...

Seseorang muncul dari belakang dan menjerut lehernya. Dia yang terkejut pada mula hanya tersenyum selepas itu. Tangan itu dibawa ke hadapan sambil tersenyum sinis...

“Marah ke?.” Tanya Izmie Danial sambil melihat Balqis Balqisyah di hadapannya.

Balqis Balqisyah mengeluh halus...

“Tak, Balqis tak marah...Terima kasih sebab tolong Balqis tadi. Kalau tak, tak tahu apa nak bagitahu kat ibu tu.” Jawab Balqis Balqisyah sambil berlalu ke birai katil.

Izmie Danial mengikut dari belakang.

Balqis Balqisyah naik di atas katil sambil melutut. Tangannya mengarah Izmie Danial supaya duduk di hadapannya. Nak mengurut!

Sudah tentu Izmie Danial tersenyum senang. Laju saja dia duduk di birai katil. Urutan dari Balqis Balqisyah adalah yang terbaik baginya. Ini kerana isterinya itu tahu cara-cara nak mengurut. Emm, bangga punya isteri macam ni. Bisiknya dalam hati.

Tidak lama kemudian...

“Balqis ingat tak pertemuan kita kali kedua tu? Masa ibu dan mama berpakat nak biar kita ni berkenalan antara satu sama lain. Padahal sebelum tu, kita dah berkenalan pun...” Tanya Izmie Danial tiba-tiba.

Kening Balqis Balqisyah terangkat kemudian tersenyum di situ.

“Ingat. Masa tu abang pandang Balqis ni macam nak makan aje...Garang!.” Sindir Balqis Balqisyah sambil ketawa kecil. Tangannya masih lagi mengurut bahu suaminya itu.

Izmie Danial tersengih.

“Masa tu abang dalam kategori sexy, free and single! Darah mudalah katakan... Tapi, tiba-tiba ibu nak jodohkan abang dengan entah perempuan dari mana. Itu yang abang panas nak terbakar. Tambah panas lagi apabila perempuan yang nak dijodohkan dengan abang itu adalah budak senget....Auchhh!!” Kata-kata Izmie Danial terhenti apabila Balqis Balqisyah mencubit lengannya. Sakit!

Balqis Balqisyah tayang muka masam lagi masin!

“Amboi, yang abang tu lelaki bajet hensem tapi hampeh! Dengan Balqis pun nak cari gaduh. Aaapa laa!...” Ejek Balqis Balqisyah sambil mencebik.

“Ek, siapa bajet hensem?! Abang memang hensem tau...Kalau tak, mana mungkin mama bersetuju nak jodohkan anak dia dengan abang ni. Yang sedia hensem lagi baik budi pekerti...” Bangga Izmie Danial sambil duduk menghadap Balqis Balqisyah.

Balqis Balqisyah buat aksi nak termuntah.

“Abang ni masuk bakul angkat sendiri! Baik budi pekerti kononnnn....Kalau baik budi pekerti, kenapa masa pertemuan kita yang pertama tu, abang tengking Balqis ? Macamlah Balqis dah buat kesalahan besar. Padahal, Balqis cuma terlanggar belakang kereta abang aje. Tak sengaja pun...Kan time tu Balqis baru dapat lesen L...Bertimbang rasalah sikit. Ini tidak, tengking Balqis seolah-olah Balqis dah kemekkan kereta abang tu!.” Bebel Balqis Balqisyah dengan wajah tak puas hati.

Izmie Danial tersengih-sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience