BAB 5

Romance Completed 44324

"Assalamualaikum....."

Izmie Danial melangkah masuk ke dalam rumah selepas saja memberikan salam. Dengan tangan kanan membawa beg kerjanya manakala tangan kiri membawa beg plastik yang berisi aiscream.

Tiba-tiba...

“Yeah, abang dah sampai! Mana aiscream Balqis?.” Riang Balqish sambil berlari anak mendapatkan Izmie Danial di ruang tamu.

Terus saja Izmie Danial memasamkan muka. Merenung UBalqish dengan pandangan tajam...

“Aik, salam mana? Abang baru aje sampai dah cari aiscream...Bukan abang ke yang Balqis kena cari dulu? Ini yang abang nak jadi Hulk kat sini ni...” Sindir Izmie Danial.

Balqish menggaru-garu kepala yang tak gatal. Siap tersengih-sengih. Tahu yang dirinya bersalah...Pantas saja briefcase ditangan Izmie Danial diambil dan diletakkan di atas sofa.

“Waalaikummussalam abang. Maaf ye.” Ucap Balqish sambil mencium tangan suaminya itu.

“Hmm, tau takpe! Nah, abang dah belikan aiscream yang Balqis nak tu. Abang beli sampai lima batang aiscream ni. Balqis tu bukan boleh percaya. Abang tahu...Satu batang aiscream tu belum tentu cukup buat Balqis. Biasalah, Balqis ni kan jenis yang perut getah!.” Ejek Izmie Danial sambil tersenyum sinis.

Balqish menyambut beg plastic yang berisi aiscream itu sambil tersenyum-senyum manis bak gula! Ejekan Izmie Danial tidak dipedulikan. Yang penting, aiscream!

“Ejeklah, Balqis tak kisah!.” Balas UBalqish. Isi beg plastic itu dibelek-belek. Kemudian, tersenyum lega. Berpuas hati!

“Kenapa tiba-tiba Balqis teringin nak makan aiscream ni? Mengidam ke?.” Usik Izmie Danial sambil duduk di sofa. Tali leher dibuka dan baju kemeja dilipat hingga ke paras siku.

Muka UBalqish merona merah. Pantas saja lengan Izmie Danial dicubit kuat...Izmie Danial hanya ketawa di situ. Mana mungkin isterinya itu mengidam, isterinya itu belum disentuhnya lagi!

“Hah, siapa mengidam?!.” Tanya Puan Dona yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

Balqish mengurut dada, terkejut...Manakala Izmie Danial hanya tayang gigi. Tersengih habis!

“Ni haa...Balqis teringin nak makan aiscream. Ingatkan mengidam tadi...” Usik Izmie Danial lagi sambil menjeling muka UBalqish yang sudah memerah itu.

Balqish ketap bibir...

“Balqis mengidam ke? Ya Allah, syukur ke hadrat Ilahi. Dah check ke ni?.” Girang suara Puan Dona sambil mendekati UBalqish yang sedang berdiri di sebelah Izmie Danial. Tangan menantunya itu dipegang erat sambil tersenyum.

“Tak...Tak ibu. Balqis tak mengidam. Balqis memang macam ni kalau nak datang bulan. Mesti ada sesuatu yang Balqis teringin nak makan.” Geleng UBalqish sambil tersenyum kelat.

“Betul ke?. Tapi, elok Balqis check. Kot-kot Balqis tengah pregnant...” Cadang Puan Dona sambil melihat Izmie Danial.

Balqish bertambah kalut. Apa aku nak cakap ni?! Bisik hati UBalqish. Resah!

“Ibu...Balqis tak pregnant. Belum ada rezeki lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki...Ibulah orang yang pertama dapat tahu. Balqis memang macam ni kalau nak datang bulan...Mulalah nak pesan itu-ini. Kadang-kadang pening jugak...Ini tak tahu lagi kalau mengidam betul-betul. Entah apa lagi yang dipesannya.” Ujar Izmie Danial yang sudah berdiri dan memegang bahu UBalqish. Matanya dikenyitkan pada UBalqish dan tersenyum melihat ibunya. Kesian melihat wajah UBalqish yang tercengang-cengang di situ...

Puan Dona memegang pipi UBalqish...

“Hmm...ibu bukannya apa. Teringin jugak nak cucu baru. Takpelah, kamu masih muda... Masih banyak masa lagi.” Kata Puan Dona sambil tesenyum.

Balqish hanya tersengih disitu. Huh, nasib baik! Leganya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience