BAB 10

Romance Completed 44324

“Adooooiiii...sakitlah abang!.” Adu Balqish sambil menolak tangan Izmie Danial yang melekat dipipinya.

Izmie Danial tetap mencubit pipi Balqish...

“Ini sebab buat abang risau tadi...Balqish betul-betul kejutkan abang tadi.” Marah Izmie Danial dengan nada geram.

Balqish ketap bibir. Baru sebentar tadi ucapan kesyukuran diterima dari semua ahli keluarganya. Nasib baik dia tak apa-apa. Hanya kecederaan pada kakinya. Terseliuh!

Kemalangan yang melibatkan dia dan sebuah kereta. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu dari hadapan dipandu laju memasuki simpang tanpa menyedari dia berada di selekoh kanan. Nasib baik dia sempat mengelak!

Balqish hanya pasrah dengan kelakuan Izmie Danial. Salah dia jugak sebab buat orang risau...Tapi, malangkan tak berbau! Mana dia tahu yang dia akan terlibat dalam musibah hari ini. Ngomelnya dalam hati.
Balqish merenung wajah Izmie Danial yang berada di hadapannya itu. Tangan Izmie Danial yang masih melekat dipipinya dipegang erat.

“Maafkan Balqish...” Ucapnya perlahan.

Jika difikir semula...Sebenarnya, dia pun takut dengan kejadian tadi. Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada dia? Tentu dia tidak dapat berjumpa dengan orang-orang kesayangannya lagi. Terutama sekali, Izmie Danial. Tanpa disedari, airmatanya mengalir...

Izmie Danial terkedu disitu. Lantas menarik Balqish ke dalam pelukannya.

“Balqish minta maaf sebab...buat abang...risau.” Ujar Balqish di dalam pelukan Izmie Danial.

Izmie Danial mengusap rambut Balqish dan mengeratkan lagi pelukannya itu...

Tidak semena-mena, Balqish menolak tubuh Izmie Danial. Airmata yang mengalir dilap dan memegang erat tangan Izmie Danial.

“Abang, Balqish nak cakap sesuatu! Kejadian hari ini menyedarkan Balqish...Balqish tak nak menyesal dikemudian hari. Dengar ye...” Balqish menarik nafas dan memegang erat tangan Izmie Danial.

Izmie Danial hanya terkebil-kebil di situ.

“Abang...Balqish sayangkan Abang! Sayang sangat-sangat! Bukan setakat sayang. Balqish dah jatuh cinta dengan abang. Serius! Balqish...”

Chup!

Balqish terkedu...Apa yang dia ingat, senyuman nakal Izmie Danial dan kucupan kedua di ubun-ubunnya.

Ya Allah, terima kasih dengan kesempatan yang Engkau berikan ini...Jauh di sudut hati Balqish, dia tahu segalanya bakal berubah selepas ini. Dia benar-benar sudah bersedia menjadi isteri dan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya buat insan bernama suami ini. InsyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience