BAB 4

Romance Completed 44324

Langkah disegerakan. rasa bersalah masih menebal, namun dia harus terima balasannya.Balqis mengambil beg galas di tempat duduk belakang lalu membuka pintu kereta. Izmie Danial di sebelah dipandang dengan wajah simpati. Waduh, habislah aku!

Bisiknya dalam hati.

“Masih sakit ke? Maaf ye...” Ucap Balqis dengan wajah yang disengajakan manis.

Harap-harap dengan kecomelan aku ni dia tak marah! Desis hati Balqis lagi.

Izmie Danial merenung Balqis dengan kening bertaut. Dia mengeluh halus…

“Jangan nak mengada-ngada, abang okey…Balqis bergerak sekarang! Kang lambat pulak masuk kuliah tu...” Arah Izmie Danial.

Balqis ketap bibir. Rasa bersalah pada Izmie Danial semakin menebal. Salah dia jugak. Siapa suruh ‘tibai’ perut suaminya itu masa mula-mula masuk kereta tadi! Dia mengeluh halus…

“Maaf…Lain kali tak buat lagi. Balqis pergi dulu ye. Hati-hati pandu kereta...” Ucap Balqis lalu menyalam dan mencium tangan Izmie Danial.

“Baiklah. Tapi, lain kali Balqis buat lagi…tahulah abang nak buat apa dengan Balqis ni.” Ugut Izmie Danial dengan wajah serius.

Balqis telan air liur. “Roger boss! Janji tak buat lagi!.” Ucap Balqis menabik tangan. Macam gaya tabik polis lagaknya!

Izmie Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Balqis sudah berlari anak menaiki tangga. Tidak lama kemudian, dia tersenyum lebar. Nakal Sangat!

Haihhh, nakal-nakal pun bini aku jugak! Keluhnya dalam hati.

Izmie Danial mengemas fail dan kertas yang bertaburan di atas mejanya. Tugasnya sebagai arkitek memerlukan ruang yang luas dan masa yang lebih untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi. Jam di tangan dikerling sambil mengurut tengkuknya. Penat menghadap pelan dan computersepanjang hari.

Jarum jam dipergelangan tangan diperhatikan. Dah masuk pukul 5:30 petang. Masa untuk balik. Hujan yang semakin lebat di luar diperhatikan sebelum mengambil briefcase di atas meja.

Handphone yang berbunyi dipoket seluar diambil tanpa melihat gerangan siapa yang meneleponnya disaat ini.

“Assalamualaikum abang...” Suara ceria di hujung talian membuatkan Izmie Danial tersenyum.

“Waalaikummussalam...Hah, nak apa?.” Tanya Izmie Danial dengan nada selamba. Kemudian, tersenyum nakal...

“Amboi...tak menyempat! Ni haa...Balqis nak pesan sesuatu. Boleh ke?.” Tanya Balqish. Direct to the point!

Izmie Danial tersengih di situ...

“Boleh...Tapi, malam ni upah urut bahu abang! Boleh ke?.” Pinta Izmie Danial dengan senyuman meleret.
Kedengaran keluhan di hujung talian...

“Hish, abang ni! Sikit-sikit nak upah, sikit-sikit nak upah...Abang ni suka tau ambil kesempatan dalam kesempitan. Balqis cuma nak pesan hati-hati pandu kereta tu. Sekarang ni hujan. Bukan hujan rintik...Tapi hujan lebat. Ditambah lagi dengan jalan yang jammed. Lagi, tolong singgah kat kedai. Tolong belikan aiscream ‘Matkool’ perisa coklat ye...Teringin pulak nak makan aiscream tu. Setakat ini, itu aje pesanan Balqis. Boleh ke?.” Ucap UBalqish panjang lebar.

Izmie Danial ketawa kecil.

“Aik, ini siapa yang suka ambil kesempatan... Abang atau Balqis? Pandai ye, pesanan pertama tu saja nak cover line kan. Nak ambik hati abang...Tapi, sebenarnya...pesanan Balqis adalah yang kedua tu. Aduh, isteri siapalah ni?...” Sakat Izmie Danial.

Izmie Danial tersenyum di situ apabila mendengar ketawa UBalqish di hujung talian. Comel pada pendengarannya!

“Haih, isteri siapa lagi...Tentulah isteri Izmie Danial Bin Hj. Bakri!.” Sahut Balqish dengan nada suara riang.

“Amboi, perli nampak! Yalah, nanti abang belikan. Abang dah nak gerak ni. Tunggu abang sampai. Okeylah, assalamualaikum...” Ucap Izmie Danial lalu menekan kunci automatik kereta Toyota Camrynya itu.

“Baiklah...Waalaikummussalam. Hati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Hahaha...” Pesan Balqish sebelum mematikan talian.

Izmie Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lagi sambil tersenyum di situ. Alahai, bini aku...Ngomelnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience