BAB 8

Romance Completed 44324

Sedihnya hati ini tidak tahu mengapa. Insan itu akan pergi buat beberapa ketika.

Balqish melambaikan-lambaikan tangannya pada Izmie Danial yang semakin hilang dari pandangannya. Buku ditangan dibetulkan dan berpaling dari situ. Saat dia melangkah, seseorang memukul lengannya dari arah belakang.

“Assalamualaikum...” Ucap Munirah di situ sambil tersenyum manis.

Balqish tersengih lalu membalasnya dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Mereka berjalan beriringan ke bilik kuliah yang tidak beberapa jauh dari situ.

“Aku tengok kau ni makin hari, makin happy aje. Kenapa?.” Sakat Munirah sambil melihat Balqish.

Tersengih-sengih macam kerang busuk!

Balqish merenung sahabatnya itu. “Tak boleh ke?.” Balas Balqish dengan senyuman meleret.

Munirah tayang muka tak puas hati. “Ini mesti pasal Abang Ameer kau tu kan...Hish, ini yang akujealous ni! Aku pun nak suruh umi aku carikan jodohlah...Biar aje aku bercinta lepas nikah macam kau ni...Bahagia gitu!” Ujar Munirah dengan mimik muka yang serius tapi melucukan.

Balqish ketawa di situ sambil memukul lengan Munirah. Nakal!

Balqish melangkah turun ke ruang tamu. Jam di dinding diperhatikan. Dah masuk pukul 10:00 malam. Tapi, matanya masih belum mahu terlelap!

Izmie Danial pulak berada di luar negeri atas urusan kerja. Bosannya....Siaran di kaca tv tidak dipedulikan, dia berbaring di sofa sambil memeluk bantal kecil. Satu keluhan kecil dilepaskan...

Selalunya kalau time macam ni...Kalau dia tidak boleh terlelap. Dia akan menempel dengan Izmie Danial di bilik kerja suaminya itu. Izmie Danial dengan kerjanya, dia dengan majalah ataupun novel. Kadang-kadang dia akan tertidur disitu dan hanya tersedar keesokkan paginya. Itupun dia sudah berada di atas katil. Dan juga, sesekali minum milo di tengah-tengah malam sambil menontonmovie bersama-sama dengan suaminya itu...

Rindunya dengan dia! Bisik hati kecil Balqish.

‘Izmie Danial’...

Nama itu disebut lembut sambil tersenyum. Memang betul yang perasaan sayang pada suaminya itu sudah mula terbit dihatinya seiring dengan waktu dan detik yang mereka laluinya bersama. Cuma ia belum terungkap. Alasannya hanya satu...Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience