PROLOG

Drama Series 1317

Hafiz duduk bersila di atas lantai. Di depannya ada beg bagasi yang sudah terbentang terbuka. Tangannya bergerak perlahan melipat satu persatu pakaiannya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pakaiannya yang sudah dilipat di susun elok ke dalam beg bagasi itu.

"Jauh kau termenung, fikirkan apa tu?" Satu suara menegurnya membuatkan Hafiz yang sememangnya termenung sekejap sedikit terkejut. Pantas kepalanya di dongak memandang ke arah pintu biliknya yang sudah terbuka luas.

"Ah Afiq! Tak ada apalah." Balas Hafiz perlahan. Pandangan kembali jatuh ke pakaiannya yang masih banyak perlu dilipat.

Afiq melangkah masuk ke dalam bilik Hafiz. Dia turut duduk bersila di atas lantai. Afiq memandang sekeliling bilik Hafiz yang kemas. Selama tiga tahun mereka bersama, sekali pun tidak pernah Afiq melihat bilik itu berselerak.

"Betul ke kau nak balik Malaysia esok?" Tanya Afiq. Terdengar nada sedih dari suara itu.

"Betul la. Kenapa?" Jawab Hafiz. Wajah Afiq dipandangnya.

"Bosan la lepas ni. Siapa nak sediakan makanan untuk kitorang lepas ni? Siapa yang nak buat lawak bodoh lepas ni? Siapa yang nak buat kitorang gelak lepas ni?" Belum sempat Afiq membalas, satu suara lain mencelah. Terus empat pasang mata itu memandang ke arah datangnya suara itu.

"Kenapa pandang aku macam tu? Betul la apa yang aku cakap kan?" Sambung Fadzli apabila pelik dua orang itu memandangnya lama.

"Bukan ke selama ni kau tak sabar-sabar nak aku keluar dari rumah ni ke?" Jawab Hafiz.

"Bila masa? Tak baik tau kau fitnah aku Fiz." Fadzli menayangkan wajah sedih. Bibirnya dicebik. Afiq yang melihat menggeleng. Kalau bab buat drama, bagi dekat Fadzli.

"Tak ada la, aku gurau jer. Nak bosan apanya? Kalau aku ada pun, kau bukan selalu ada kat rumah. Merayap jer kerja kau." Balas Hafiz. Sekilas dia memandang ke arah Fadzli yang sudah bergerak duduk di atas katilnya.

Fadzli hanya tersengih. Masing-masing mula terdiam. Afiq menghulur tangan membantu Hafiz melipat pakaiannya manakala Fadzli hanya memerhati dari atas katil.

"Marvin mana?" Tanya Hafiz memecah kesunyian antara mereka bertiga.

"Mana lagi kalau bukan terperap dekat library. Dia kan ulat buku." Jawab Afiq.

Hafiz hanya mengangguk faham. Marvin anak kelahiran negeri di bawah bayu, Sabah. Datang jauh ke negara Korea membawa impian dan harapan kedua ibubapa yang ingin melihat dia mengubah nasib mereka sekeluarga suatu hari nanti.

"Apa plan kau nanti lepas balik Malaysia?" Tanya Afiq.

"Tak rancang lagi tapi yang pastinya mestilah kerja." Jawab Hafiz ringkas.

"Nanti kau dah balik sana, jangan lupakan kitorang kat sini pula." Celah Fadzli.

"Mestilah aku takkan lupakan korang. Nanti kalau korang balik Malaysia bagitahu la aku. Kita tetap tarikh tempat, pergi bercuti sama-sama." Balas Hafiz. Wajah Afiq dan Fadzli dipandang silih berganti.

"Cun!" Jawab Fadzli excited.

"Esok flight kau pagi ke malam?" Tanya Afiq.

"Pagi." Jawab Hafiz sepatah.

"Okay. Sekarang kau pergilah rehat. Esok kitorang semua hantar kau ke airport. Nanti aku bagitahu Marvin." Afiq bangkit berdiri. Beg bagasi milik Hafiz yang sudah siap di zip di tolak ke tepi dinding berdekatan pintu bilik.

"Tak apa la, aku boleh pergi airport sendiri. Susahkan korang jer nanti." Tolak Hafiz lembut tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.

"Tak ada susahnya. Marvin pun mesti nak jumpa kau sebelum kau gerak balik Malaysia. Jadi kitorang hantar kau." Kata Afiq lagi.

"Iyelah." Hafiz mengalah.

"Aku dan Fadzli keluar dulu. Good night!" Ucap Afiq.

"Good night bro!" Ucap Fadzli pula.

"Good night too." Balas Hafiz.

Hafiz hanya menghantar dua orang sahabatnya yang keluar dari bilik dengan pandangan mata. Pintu biliknya terus ditutup rapat oleh dua orang itu. Hafiz menyandarkan tubuhnya di sisi katil. Dia masih duduk di atas lantai.

Sunyi. Bilik itu tiba-tiba terasa luas dan kosong. Pandangan Hafiz jatuh ke arah beg bagasi yang sudah siap terletak di tepi pintu. Helaan nafasnya dilepaskan perlahan.

“Malaysia… tiga tahun aku tinggalkan tanah itu. Tiga tahun aku cuba rawat luka yang pernah hampir bunuh jiwa aku sendiri. Dan esok… aku akan kembali.”

Matanya dipejam rapat. Bayangan wajah seseorang yang lama terkubur dalam ingatannya muncul lagi. Nama itu tidak pernah padam walau sedetik.

“Miya Qharissa…”

*
* *
* *

Hafiz melangkah perlahan keluar dari balai ketibaan. Setelah tiga tahun dia pergi membawa diri ke negara orang untuk mengubati luka yang begitu dalam, akhirnya dia berani kembali ke tanah airnya.

Hafiz memandang sekeliling ruang airport ketika itu. Tidak banyak berubah. Suasana sedikit sesak ketika itu kerana ramai orang. Hafiz tercari-cari seseorang yang akan menyambut kepulangannya.

"Hey Bro! Dah lama kau tunggu?" Suara seseorang yang menyapanya dari belakang membuatkan Hafiz terkejut. Pantas dia berpusing ke belakang arah datangnya suara itu.

"Aku tahu aku baru balik dari luar negara, tapi aku masih tak lupa tau cara bagi salam." Balas Hafiz dalam sindiran.

Arieff ketawa kecil. Kepalanya diangguk perlahan. Mendengar sindiran itu, dia pasti Hafiz lima tahun dahulu sudah kembali. Wajah Hafiz ditatap. Lelaki itu kelihatan lebih matang.

"Okey sorry. Assalamualaikum, dah lama kau tunggu?" Arieff terus memberi salam dan kembali mengulang pertanyaannya tadi.

"Waalaikumussalam. Tak ada la Rieff. Aku baru jer keluar dari balai ketibaan tu." Jawab Hafiz lembut.

"Aku tak tahu kenapa jalan ke airport jem hari ni. Aku ingat aku dulu yang sampai, tak sangka kau yang jauh dari beribu batu dulu sampai." Kata Arieff.

"Tak apalah Rieff, aku pun baru jer sampai. Tak berpeluh pun lagi tunggu kau." Hafiz menggeleng perlahan.

"Jom la gerak balik dulu, kau mesti penat kan." Ajak Arieff. Hafiz hanya mengangguk kepala.

Di dalam kereta, Hafiz hanya diam. Dia membuang pandang ke arah luar cermin kereta melihat pembangunan yang begitu pesat. Sambil-sambil itu dia melayan perasaan sendiri. Walaupun di luar nampak dia begitu tenang, tetapi dia tidak tahu kenapa jantungnya dari tadi berdegup laju.

"Macam mana kehidupan kau kat Korea tu? Okey tak?" Tanya Arieff memecah kesunyian.

"Okey." Jawab Hafiz sepatah.

"Lepas ni kau nak buat apa? Kerja?" Tanya Arieff lagi.

"Aku fikir macam tu la, tapi aku tak apply mana-mana kerja lagi. Aku ingat aku nak balik kampung dulu. Aku nak melawat pusara arwah ibu aku. Aku nak tengok rumah arwah ibu aku kat kampung tu." Terang Hafiz. Sekilas dia memandang Arieff yang sedang fokus memandu.

"Tak apa la, pasal kerja tu nanti aku tolong kau. Buat masa sekarang kau rehat la dulu." Balas Arieff. Hafiz hanya mengangguk.

Suasana kembali sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Arieff Ashraff sahabatnya. Mereka kenal ketika belajar di universiti yang sama. Arieff dan keluarganya begitu baik kepada Hafiz. Bahkan mama dan papa Arieff dengan senang hati membayar semua pembelanjaan Hafiz ketika belajar dahulu.

Di saat kejadian hitam lima tahun yang lalu, Arieff sekeluarga la yang ada untuknya. Di saat dia kehilangan kewarasan, mereka sekeluarga la yang banyak memberi semangat untuknya kembali bangkit. Mereka la yang bertungkus lumus menjaganya sehingga dia kembali ada sedikit semangat untuk meneruskan hidupnya.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan penuh debaran, saya serahkan Takdir Kita kepada kalian. Semoga setiap helaian meninggalkan rasa yang sukar dilupakan. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience