TAKDIR KITA

DayDream

Drama Series 1317
0
(0 ratings)

Synopsis

Miya Qharissa, gadis yang lahir dalam keluarga serba sempurna, hanya mengimpikan satu hal sederhana—bahagia bersama lelaki pilihannya, Muhammad Hafiz. Namun, cinta mereka tidak pernah mendapat restu. Pada pandangan mamanya, Hafiz hanyalah lelaki kampung yang tidak layak menggenggam tangan anaknya. Ketika Miya berkeras mempertahankan cinta, ugutan yang kejam meruntuhkan segala kekuatannya. Demi keselamatan Hafiz, dia rela mengorbankan rasa dan akur menerima perkahwinan dengan Aidiel Aqasha, anak orang kaya yang punya segalanya. Namun, bagi Miya, Aidiel hanyalah suami di atas kertas… kerana hatinya tetap milik Hafiz. Di sisi lain, Hafiz terjerumus dalam lembah derita. Kehilangan Miya, ditambah tragedi berdarah yang meragut nyawa ibunya, meruntuhkan kewarasan dan memusnahkan hidupnya. Jiwanya kosong, cintanya terkubur dalam penantian yang menyakitkan. Namun, takdir tidak pernah tidur. Saat kebenaran terbongkar, segalanya berubah. Mampukah Miya dan Hafiz kembali bersatu di hujung jalan penuh luka ini? Atau cinta mereka akan terus terkubur selamanya? "Antara luka dan cinta, ada takdir kita."


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DayDream

251 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience