Bab 4

Romance Completed 18102

4 Jun 2024 “SENSEI.” Aria berpusing apabila bajunya disentak perlahan. Dia cangkung rendah, memandang mata si gadis kecil. “Kenapa ni, Yu-chan?” Tangan si kecil diambil dan dibelek. Yu, si anak kecil itu menangis perlahan. Matanya digonyoh dengan tangannya yang kecil. “Tadi Ryu Tarik rambut saya…” esaknya perlahan. Mata Aria beralih memandang Ryu yang menyorok di bawah meja. Lembut matanya memandang Ryu yang sekali-sekala mengintai dari bawah meja. “Ryu-kun, sini,” panggil Aria. Tangannya dilambai lembut sementara tangan kanannya memeluk tubuh Yu yang sedang menangis. Ryu tersipu-sipu keluar dari bawah meja. Tangannya diusap-usap, resah. Aria masih lagi melambai tangannya kea rah Ryu. Tidak ada ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience