Bab 3

Romance Completed 18503

28 Disember 2022

“Eh, betul ke ni?” Biji mata Aria seperti hampir tersembul keluar. Matanya sudah cukup besar, lagi dibesarkan apabila menerima kaputusan temuduganya. Nakamura Iroha hanya tersenyum melihat Aria yang masih tidak percaya dengan keputusannya.

Iroha mengangguk. “Ya, lagipun saya rasa ini satu peluang untuk awak belajar jugak,” Tambah wanita yang berusia lewat 30-an itu.

Aria cuba menenangkan dirinya. “Ya, betul, puan… Bila saya boleh mula?” soal Aria sesopan yang mungkin.

“Kalau awak free, esok boleh datang untuk set up kelas awak.” Masih lagi melontarkan senyuman yang mesra, Iroha menjawab persoalan Aria.

Kepala Aria terteleng sedikit ke kanan. “Kelas… saya?”

“WAH!” Aria menutup mulutnya, terkejut.

Iroha hanya tersenyum melihat reaksi Aria. “Nampaknya kamu betul-betul teruja, ya?” soal Iroha sambil tersipu tertawa melihat betapa teruja dan terkejutnya Aria apabila diberitahu yang dia akan mempunyai bilik mengajar sendiri.

“Ya, saya terkejut yang saya dapat kelas sendiri. Dekat Malaysia tak ada sistem macam ni. Cikgu yang kena masuk kelas anak murid,” jawab Aria dengan penuh keterujaan.

“Biasanya macam tu jugak dekat Jepun ni… Tapi sistem sekolah ni macam ni, supaya pelajar kurang rasa bosan duduk satu bilik yang sama sepanjang hari. Ni.” Iroha menghulur satu kunci kepada Aria. “Ni kunci untuk bilik ni. Senang kalau awak nak datang masa hari cuti. Biasanya Cikgu Kenji yang pegang semua kunci untuk setiap tempat dekat sekolah ni, tapi hari ni dia tak dapat nak datang sebab ada urusan dengan bank. Tapi, kalau ada apa-apa, boleh tanya dia terus. Esok awak datang, kita adakan suai kenal dengan semua pekerja dekat sini, ya?”

Aria segera mengangguk. “Y-ya, boleh!” jawabnya laju.

“Hahaha… Semangat!”

29 Disember 2022

“SAYA Aria, salam perkenalan!” ucap Aria sambil membongkokkan badan, menunduk 90 darjah.

Rata-rata cikgu yang ada di situ, majoriti adalah perempuan. Cuma dua sahaja cikgu lelaki. “Ah, cantiknya…” puji salah seorang daripada cikgu perempuan yang ada. “Saya Matsuno Yuki. Boleh pangil Yuki Sensei. Saya mengajar pendidikan jasmani.” Yuki menjadi orang pertama yang memperkenalkan diri. Rambutnya pendek paras bahu berwarna coklat muda.

“Saya Yoshida Kenji, mengajar seni. Boleh panggil Ken Sensei,” sambung Kenji, tersenyum malu. Dia agak malu dengan orang yang baru dikenali. Rambutnya pendek berwarna hitam.

“Nama saya Kobayashi Miki. Ikutlah nak panggil apa. Saya mengajar matematik.” Miki tersenyum lebar. Dengan nadanya bercakap, Aria tahu Miki adalah seorang yang sangat ceria dan peramah.

“Boleh panggil saya Ichi Sensei. Nama penuh Yamaguchi Ichimatsu. Saya ajar membaca.” Ichi mengangkat tangannya sambil membuat gerakan tangan ‘peace’ kepada Aria.

Seorang wanita yang agak tinggi di sebelah Kenji menggeleng kepala. “Semangat betul, ya?” katanya tersengih melihat Ichi yang bertenaga. Dia terus menghulur tangan kepada Aria, lantas disambut. “Ai Sensei. Nama penuh Ai Miura. Saya ajar sains. Selamat berkenalan, Aria.” Mereka mengangguk serentak.

Baru sekali mengerlip kelopak matanya, tangannya diterpa. “Hai! Saya ajar sivik! Nama saya Sasagawa Aya. Boleh panggil saya apa-apa pun! Salam perkenalan!” Aya memperkenalkan diri dengan penuh bertenaga. Matanya bulat dan berwarna coklat terang.

“Aya baru je jadi cikgu dekat sini sebulan yang lepas. Umur dia 23 tahun.” Iroha meletakkan tangannya di bahu Aria. “Sebaya awak kan, Aria?”

Biji mata Aya dibulatkan. “Wah! Ada kawan!” sorak Aya kegembiraan, sekali gus menyebabkan Aria tersenyum melihat keceriaan Aya.

“Aria akan mengajar Bahasa Inggeris. Dia belum fasih dalam Bahasa Jepun sepenuhnya, jadi kalau boleh, tolong dia sebaik mungkin, okey?” soal Iroha kepada cikgu-cikgu yang ada.

ARIA menyapu kelasnya. Dia baru sahaja habis mengajar kelas lima tahun. Bukan mengajar pun sebenarnya. Dia disoal siasat oleh murid-muridnya tentang dirinya dan kenapa dia ada di Jepun. Rata-rata mereka pandai sedikit bercakap Inggeris.

Kesunyian kelasnya dipecahi suara Aya yang tiba-tiba memunculkan diri di muka pintu kelas. Penyapu yang dipegang Aria hampir dilambung ke udara tetapi digenggam ketat dalam tangannya. “Ia-chan!”

“Ia-chan?” Aria bingung dipanggil dengan nama lain. Tangannya yang ketat memegang batang penyapu ditenangkan.

“Hmm… Aku nak panggil kau Ia-chan je mulai hari ni. Hehehe…” Sengih Aya mesra. “Jadi, kau dah tau nak panggil aku apa? Tak naklah Aya-chan atau Sasagawa-san. Bosan.” Awal-awal sudah diberi pantang larang.

Lama Aria berfikir. Dagunya dipicit dengan jari telunjuk dan ibu jari. Matanya dipandang ke atas untuk seketika. Kemudian dipejam. “Hmm… Kalau Ya-chan? Tak apa ke?” soal Aria, risau panggilan itu kedengaran agak biadab.

“Ah! Tak ada siapa pernah panggil aku macam tu! Okey, kau je boleh panggil aku Ya-chan!” jawabnya, berpuas hati. “Aku sebenarnya datang sini bukan nak kacau Ia-chan.”

Kening kanan Aria terangkat. “Dah tu kenapa? Ada apa-apa yang Ia boleh tolong?” soal Aria. Penyapu dirapatkan ke dada.

“Hehehe… Sebenarnya Ya-chan bosan duduk rumah sorang-sorang. Nak makan malam sorang pun ala, sedihnya… Kalau Ia-chan tak sibuk, ingat nak ajak dinner sama-sama.” Dua jari telunjuknya dilagakan. Kalau dekat Malaysia, sama taraf dengan buat muka seposen.

Aria tersenyum lembut. “Boleh je.”

“Yatta!” Aya bersorak. “Kita pergi lepas habis kerja tau? Tau?! Jumpa nanti!” Aya melarikan diri. Langsung tidak lupa untuk menutup pintu bilik.

DUA cawan teh diletakkan di atas meja. Makanan mereka sudah licin dibedal beberapa minit yang lalu. Rasa mi soba berkuah sejuk masih melekat di mulut Aria.

“Ia-chan, sebenarnya, kenapa kau datang Jepun? Specifically, Yokohama,” soal Aya sambil menarik cawan teh hijaunya menghampiri dadanya.
Aria juga menarik cawannya menghampiri. “Hmm… Aku pun tak tau. Aku main tikam je nak pergi mana dekat Jepun ni. Tapi Yokohama is a good place so far,” jawab Aria lalu menghirup tehnya.

“Sekarang kau duduk mana? Jauh ke dengan tadika?” soal Aya. Dia juga turut menghirup tehnya selepas habis menyoal soalan.

“Hotel... Tak adalah jauh sangat tapi…” Aria menjawab sambil menggosok belakang lehernya. Dia tertawa kecil.

Biji mata Aya hampir tersembul keluar dan teh hijau yang memenuhi mulutnya hampir disembur dari mulutnya. “Ia-chan, sumpahlah?” Aria mengangguk malu. “Kenapa duduk hotel? Kenapa tak cari rumah sewa?” Suara Aya terkuat tanpa disedari.

Beberapa mata memandang. Aya menutup mulut dan menunduk kecil kepada pelanggan lain. “Bukan tak nak cari, tengah nak cari sebenarnya, tapi tak jumpa lagi.” Aria menerangkan sebabnya.

Untuk seketika, Aya dan Aria terdiam. Cuma suara pelanggan lain bercampur dengan muzik dari premis lain mengaduk keriuhan suasana. Aya memandang Aria seperti ada sesuatu yang ingin dikatakannya.

“Apa kata Ia-chan pindah duduk sekali dengan Ya-chan?”

“Eh, tak apa ke? Tapi…” Kata-kata Aria dipotong dengan Aya melambai tangannya. Senyuman pada wajahnya kembali.

“Kenapa tak boleh pulak? Aya duduk sorang je. Sunyi tak ada kawan. Lagipun, kalau duduk sama, bolehlah kita pergi sama-sama kan?” soal Aya, teruja dengan ideanya. Setidaknya, adalah kawan untuk dia berbual di rumah. “Kalau nak, malam ni Ya-chan boleh tolong Ia-chan pindah masuk!”
Macam biasa, Aria boleh nak mengiakan tapi dia terlalu gugup untuk katakan ‘ya’ walaupun sudah ditawarkan bantuan. Mukanya bertukar kemerahan, segan. “Betul ke tak apa?” soal Aria sekali lagi.

“Ia-chan ni comellah.” Aya tertawa sambil menutup mulutnya. “Mestilah tak apa. Ia-chan tunjuk jalan, okey?”

Serentak mereka menghirup teh hijau mereka sehingga kering. Selepas bayar makan malam, mereka bergerak ke hotel yang diduduki oleh Aria. Sepanjang perjalanan, Aya kerap memandang Aria sambil tersenyum manis.

“Kenapa? Ada apa-apa dekat muka Ia ke?” soal Aria, risau. Tangannya memegang muka sendiri, sedikit cemas.

Aya menggeleng kepalanya sambil tertawa halus. “Tak, tak ada apa dekat muka Ia-chan. Cuma Ya-chan suka tengok Ia-chan. Cantik sangat…”

Pipi Aria bertukar merah. Terkelip-kelip matanya. “T-tak adalah… Merepek je… Ya-chan lagi cantik.” Matanya dialih memandang ke arah lain.

“Ia-chan ni, malu-malu pulak.” Aya tertawa. “Ada boyfriend ke?” soal Aya. Bertambah merah wajah Aria.

“Lagi merepek,” jawab Aria.

Aya mengeluh. “Ia-chan datang Jepun sebab putus cinta ke?” Laju kepala Aria diteleng memandang Aya. “Eh, betul ke?”

“Tak adalah, Ia-chan tak pernah ada boyfriend pun. Crush pernahlah,” jawab Aria sambil menyelit rambutnya ke belakang telinga.

“Hmm… Macam tak percaya…” balas Aya. Matanya memandang rambut Aria yang mencecah tengkuk. “Cuba Ia-chan bela rambut panjang.”
Kening kanan Aria terangkat. “Kenapa?”

JERITAN nyaring pelajar tadika Sakurama memecahkan kebingitan ruang taman permainan. Aria memandang dari pintu kelasnya yang berada dekat dengan bahagian taman permainan. Dengan rambut yang sengaja menutup wajah, Aya mengejar kanak-kanak di bahagian taman permainan, sengaja menakut-nakutkan pelajar.

“Jadi nilah sebabnya?” Termengah, Aya menghampiri Aria sambil membetulkan rambutnya semula.

Aya tertawa gembira. Tawa dan jeritan pelajar yang ditakutkannya bergema di minda. “Okey, tak, tapi seronok tau main dengan diorang macam tu.” Aya berhenti, menarik nafas secukupnya untuk menggantikan oksigen yang hilang dari paru-parunya. “Cubalah simpan rambut. Mana tau boleh dapat kareshi.”

“Kareshi?”

“Boyfriend,” jawab Aya, masih lagi tersenyum lebar. Sekali lagi muka Aria bertukar merah tetapi ekspresi wajahnya memandang Aya dengan muka yang membatu. “Main-main je.” Aya tertawa seperti kanak-kanak sebelum mengangkat kaki dan baransur pergi. “Jumpa nanti, Ia-chan!”

“Kareshi… Heh…” Aria bisik seorang diri sebelum masuk semula ke kelasnya.

MALAM…

Dengan hanya bertuala di keliling pinggang, Rin bersandar ke balkoni bilik hotelnya. Matanya merenung memandang lampu-lampu di hutan konkrit Yokohama. Hatinya terasa agak sendu memikirkan entah apa punca kekosongan hatinya.

Angin pada ketinggian 180 kaki menyapa tubuhnya yang tidak ditutup dengan baju. Perlahan dia menghembus nafas. Salji masih lagi gugur dari langit. Perlahan tangannya mencapai pintu sliding dan menutup pintu. Kedinginan malam dihadang dengan pintu kaca.

Pemanas sudah dipasang sejak dia kembali ke biliknya. Ada sesuatu yang menghampakan dirinya. Dia tidak terserempak dengan si gadis yang diganggu oleh penghantar makanan beberapa hari yang lalu, pada malam Krismas.

Selepas kejadian itu, dia hanya terserempak dengan Aria dalam tiga kali. Sempat mereka bertukar senyuman sebelum membawa arah masing-masing.

Tetapi sejak semalam, dia tidak terjumpa dengan si gadis itu. Ingin saja dia bertanya tentang Aria di kaunter hadapan tetapi semestinya mereka tidak akan memberi jawapan kepadanya. Maklumat peribadi pelanggan hotel tidak akan disebar sewenangnya.

“Yokohama ni kecik je. Jepun pun kecik je.” Rin menolak rambutnya yang basah kebelakang dengan jari-jemarinya. Pintu biliknya diketuk tiga kali.

Tok! Tok! Tok!

“Sekejap.” Laju tangannya menggapai jubah mandi dan disarung ke tubuh sebelum diikat rapi di bahagian pinggang.

Pintunya segera dibuka 50 darjah. Matanya terus memandang wajah yang mengetuk pintu bilik hotelnya. “Waka…”

“Aku nak kau pergi Malaysia, bawak balik Mochi.” Wajah Waka muram, keningnya dirapatkan seperti sedang menahan marah.

“Mochi?” Keningnya terangkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience