Rate

2

Drama Series 735

"Siapa yang mop lantai ni?" marah Ian. Dia hampir sahaja hendak tergelincir.

"Hah?" Khaira terkejut.

"Siapa tu?" Khaira terus ke ruang tamu rumah.

"Kau siapa?" soal Ian. Terkejut juga dia apabila seorang perempuan asing ada dirumahnya. Muda pula tu. Perempuan simpanan Nil? Beraninya dia bawa perempuan balik rumah.

"Saya Khaira."

"Hah? Khaira? Nek Yah mana? Kak Tati?"

"Ye saya Khaira. Saya ganti Nek Yah untuk berapa hari ni. Kak Tati keluar pergi pasar." Khaira agak ini mesti salah seorang Syed tiga berkembar anak Datuk Syed dan Datin Fadhilah.

Khaira tahu yang datuk dan datin mempunyai tiga orang anak lelaki kembar dan seorang anak perempuan bongsu. Tetapi dia sekalipun tidak pernah berjumpa dengan mereka kerana mereka masing-masing sambung belajar diluar negara.

"Oh.. Jadi kaulah yang mop lantai ni?" soal Ian. Ian, Syed Damian Aksyar kelihatan sangat segak. Dia memakai kemeja dan bertali leher. Ian berkulit cerah dan agak tinggi lampai. Rambutnya pendek dan tersisir rapi. Ian seorang lelaki yang sangat kemas dan sentiasa menjaga penampilannya. Dia mengikut jejak langkah ibunya yang bekerja sebagai seorang peguam.

"Ye saya." Khaira mengangguk.

Ian ketawa. Khaira nampak muda mesti tidak pandai mop lantai. Macamlah datin boleh terima pekerja macam Khaira, fikir Ian.

"Pergi ambil mop sekarang." arah Ian.

"Baik." Khaira ke dapur untuk ambil mop dan baldi.

"Er.. Encik."

"Kau reti tak guna benda ni?" soal Ian.

Khaira menggeleng. Rumah opah lantai kayu. Jadi Khaira memang tidak pernah mengemop lantai. Seperti yang Ian sudah agak. Patutlah lantai rumah ni basah semacam.

"Tengok ni, kau masukkan mop ni dalam baldi. Then pulas benda ni. Settle."

"Oh.." baru Khaira faham. Tadi dia perah dengan tangan sebab tidak tahu nak guna mop ni dengan betul. Dia tidak biasa dengan alatan canggih seperti ini.

"Nah. Mop balik. Make sure lantai tak basah. Bahaya." Ian beri mop kepada Khaira.

"Baik. Terima kasih encik." ucap Khaira. Ian pun terus keluar. Mungkin ke tempat kerja agaknya.

Khaira pun mop semula lantai tersebut.

"Assalamulaikum." ucap seseorang.

"Waalaikumsalam." Pintu rumah dibuka. Khaira berdiri dimuka pintu.

"Kau siapa?" Nil terkejut apabila ada perempuan muda dirumahnya.

"Saya Khaira." Khaira memperkenalkan dirinya. Mungkin ini anak kedua Datin Fadhilah.

"Then?"

"Hah?" Khaira tidak faham dengan maksud pemuda dihadapannya.

"Maksud aku kau siapa? Apa kau buat kat sini? Kenapa kau ada kat rumah aku?"

"Ohh.. Saya ganti Nek Yah untuk beberapa hari ni."

"Oh? Orang gaji baru? Kenapa dengan Nek Yah?" soal Nil.

"Ye. Nek Yah tak sihat."

"Oh, okay.. Aku Nil. Tolong buatkan milo dan roti bakar untuk aku."

"Baik Encik Nil." Khaira mengangguk.

Nil terus naik ke biliknya. Nil, Syed Daniel Aktar sangat berbeza dengan abangnya Ian. Nil seorang yang bebas. Rambutnya panjang berkarat dan dia memakai gelang ditangannya. Dari segi pakaian dia nampak agak serabut sedikit.

"Milo, roti bakar." Khaira menghafal apa yang diminta Nil sambil mencepatkan kerja mengemop lantai. Setelah itu, dia terus ke dapur.

"Er.. Milo?" Khaira membuka kabinet dapur. Dia mencari milo untuk dibancuh.

"Mana milo ni?" Khaira cari milo dikaunter dapur dibahagian bawah pula.

Ren ke dapur untuk mengambil air. Dia capai gelas dan ambil susu didalam peti sejuk.

"Siapa yang buka tak tutup ni?" bisik Ren. Dia terus sepak pintu kabinet tersebut.

"Aduh." kepala Khaira terhantuk pintu kabinet tersebut.

"Hah?" Ren terkejut apabila terdengar suara. Dia menghampiri kabinet itu. Khaira sedang mencangkung mengosok kepalanya.

"Awak siapa?" soal Ren. Khaira berdiri.

"Saya Khaira, orang gaji baru."

"Orang gaji baru?"

"Ye. Ganti Nek Yah buat sementara waktu. Nek Yah tak sihat."

"Awak cari apa? Kak Tati mana?"

"Kak Tati pergi pasar. Saya cari milo. Encik Nil minta saya buatkan milo dan roti bakar. Encik tahu milo kat mana?"

"Milo ada kat sini." Ren buka kabinet atas paling hujung.

"Oh.. Terima kasih encik." Khaira mengangguk. Ren pun membasuh gelasnya.

"Er.. Encik.."

"Yes?"

"Boleh saya tanya pembakar roti kat mana?"

"Dekat bawah kaunter. Yang tengah."

"Okay." Khaira pun buka kabinet tersebut. Dia keluarkan pembakar roti itu.

Ren pun keluar dari dapur.

"Encik." panggil Khaira lagi.

"Yup?" soal Ren.

"Er.. Boleh ajarkan saya guna pembakar roti ni? Saya tak pandai guna." kata Khaira dengan jujur. Dia takut kalau dia rosakkan pembakar roti tersebut.

"Tu pun.." Ren pandang muka Khaira. Muka Khaira jelas menampakkan yang dia seperti benar-benar tidak tahu.

Ren mengeluh perlahan. Kesian pula.

"Mula-mula letak roti kat lubang ni. Lepas tu pasangkan plug. Tekan ni turun ke bawah. Tunggu nanti roti naik ke atas maknanya roti dah masak. Bolehlah letak jem. Jem kat fridge. Ingat lampu merah tukar hijau. Faham?"

"Oh.. Faham-faham. Terima kasih encik?"

"Saya Ren."

"Terima kasih Encik Ren."

Ren mengangguk dan pergi dari situ. Ren, Syed Darren Akbar seorang pemuda yang berkaca mata. Dari segi rupa dia memang kacak sama seperti abangnya yang lain. Tetapi Ren nampak lebih kacak sedikit. Rambutnya ala-ala messy hair seperti jejaka korea.

Khaira tersenyum. Dia pun membancuh milo.

"Er.. Roti bakar dah siap. Tapi.. Kena letak jem apa ni?" soal Khaira sendirian.

"Khaira." tegur Nil sambil tersenyum. Dia berasa tertarik pada Khaira. Khaira nampak agak cantik walaupun gayanya agak bosan dimata Nil. Khaira memakai baju kurung dan tudung bawal yang dibunjutkan dihujungnya.

"Encik Nil. Milo dan roti bakar dah siap cuma Encik Nil nak jem apa?"

"Bagi saya nutella."

"Baik." Khaira ambil nutella didalam peti sejuk.

Nil makan sarapannya dan keluar rumah semula. Begitulah rutin Nil. Setiap hari dia keluar melepak. Dia tidak bekerja dan hanya menghabiskan harta datuk dan datin. Kadang-kadang dua tiga hari tidak pulang ke rumah.

Khaira pun mengemas dan ikut seperti yang disuruh Kak Tati. Khaira cuma kerja sampai jam 6 sahaja setiap hari sama seperti waktu opahnya bekerja. Apabila selesai bekerja dia pun pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience