"Assalamualaikum opah." Khaira baru pulang ke rumah selesai habis waktu kerja.
"Waalaikumsalam. Macam mana okay tak?" soal opah yang sedang berehat diruang tamu rumah.
"Okay je opah." Khaira duduk bersandar dikusyen. Tudung dikepala dibuka dan diletakkan ditepi.
"Penat ke?" Opah lihat cucunya.
"Taklah opah biasa je." Khaira tersenyum.
"Opah tengok kamu macam penat je."
"Taklah opah, mungkin hari pertama kerja kot. Tak biasa lagi."
"Oh.. Datin ada kata apa-apa tak?"
"Ada. Datin bagi cuti kat opah. Dia nak opah rehat."
"Oh.."
"Kaki opah macam mana? Sakit lagi tak?" Khaira lihat kaki opahnya.
"Okay sikit."
"Oh baguslah. Alhamdulillah. Takpelah opah Ira nak mandi dulu. Nanti Ira picit kaki opah tau."
"Okay cu."
Khaira pun masuk ke biliknya untuk mengambil tuala dan baju. Setelah itu dia ke bilik air yang terletak didapur.
"Eh?" Khaira terkejut apabila melihat lantai bilik air bertukar wajah. Terdapat 'non-slip bathroom mat' dilantai. Mungkin opah yang letak agaknya. Khaira pun terus membersihkan dirinya.
Usai mandi dia keringkan rambut dan rambut panjangnya disisir. Khaira turut memakai bedak sejuk dimukanya.
"Opah." panggil Khaira.
"Ye?"
"Yang kat bilik air tu opah ke letak?"
"Oh. Tu anak datin yang letak siang tadi. Dia kata kalau letak benda tu nanti opah tak jatuh lagi."
"Anak datin? Siapa opah?"
"Ren."
"Encik Ren?"
Opah mengangguk.
"Macam mana dia tahu rumah opah? Siapa bagi dia opah jatuh bilik air.
"Tadi dia datang melawat opah. Sebelum ni dia ada hantar opah balik lepas kerja. Lepastu dia tanya opah kenapa opah tak datang kerja. Opah kata opah jatuh bilik air. Dia terus beli benda tu dan pasangkan kat bilik air."
"Baiknya?"
"Ren tu baik budaknya. Selalu tolong opah. Selalu ambil berat."
"Anak datin tu semua baik-baik ke opah? Sebab tadi Ira jumpa tiga orang anak datin. Yang tinggi tu macam okay je. Yang Nil tu macam pelik sikit. Ren pulak macam baik. Adalah dia tolong Ira tadi."
Ira bersila dihadapan opahnya. Dia capai minyak angin dan mengurut perlahan-lahan kaki opah.
"Mereka memang baik pun. Cuma adalah perangainya. Kamu jumpa Nil? Dia ada kacau kamu tak?"
Khaira berhenti mengurut kaki opahnya. Dia pandang wajah opah buat seketika.
"Jumpa. Dia suruh Ira buat milo dengan roti bakar. Kacau tu takdelah cuma dia tu suka pandang-pandang opah. Rimas juga. Kenapa opah?"
"Nil tu nakal sikit. Tapi dia baik juga sebenarnya. Cuma kadang tu dia.. apa bahasa orang sekarang tu.. Play.. Play boy? Ha.. Bukan opah nak mengata cuma Ira hati-hatilah dengan Nil tu."
"Oh.. Playboy ke? Patutlah okay opah."
"Opah.." panggil Khaira dengan lembut.
"Ye." opah memandang Khaira.
"Nanti boleh tak kita melawat paksu? Dah lama kita tak tengok paksu. Tapi lepas kaki opah baiklah." Khaira mengurut kaki opah semula.
"Boleh. Opah pun rindu pada paksu. Dah lama tak tengok dia." kata Opah. Hatinya sayu bila teringatkan anak lelaki bongsunya.
"Okay opah. Opah hari ni opah nak makan apa? Ira nak masak."
"Apa-apa je Ira. Opah makan je."
"Hm.. Kalau macam tu makan telur dadar, sardin dengan nasi okay tak opah?"
"Okay. Tapi telur dah habis Ira."
"Ye tak ye. Pagi tadi Ira guna buat nasi goreng. Hm.. Takpelah opah Ira pergi kedai kejap beli telur."
"Yelah. Hati-hati." Opah tahu yang Khaira suka makan telur. Khaira paling suka makan nasi bersama kicap dan telur. Oleh itu opah biarkan sahaja Khaira pergi ke kedai.
"Okay opah."
Khaira masuk bilik untuk tukar baju dan pakai tudung.
"Pergi dulu opah."
"Ye. Ira ada duit ke?"
"Ada opah. Duit Ira ada lagi."
"Oh. Okay."
Lalu Khaira pun ke kedai.
"Khaira mahu beli apa?" soal Tauke Lim. Khaira tersenyum.
"Telur." Khaira mengambil lima biji telur dan bayar.
"Mana opah tara nampak."
"Opah tak sihat tauke."
"Oh."
"Takpelah tauke. Balik dulu."
"Okay. Baik."
Khaira balik ke rumahnya dan terus masak. Usai masak Khaira dan opahnya makan bersama.
Share this novel