Rate

5

Drama Series 735

Seperti yang dikatakan oleh Kak Tati, Khaira ikut Kak Tati ke pasar. Tati ingin membeli barangan yang segar dipasar. Mereka ke pasar ditemani Razif yang merupakan pemandu dirumah datin.

"Razif, kau pergilah mana-mana dulu. Nanti bila akak dah siap beli barang akak call."

"Okay kak." Razif pun berlalu.

Tati dan Khaira masuk ke dalam pasar.

"Banyak ke barang yang akak nak beli hari ni?" soal Khaira.

"Banyaklah jugak." Tati mengangguk.

"Oh.. Ada apa-apa ke?"

"Ada. Esok family datin akan makan sama-sama." kata Tati sambil memilih sayur.

"Oh.. Family gathering ke?" Khaira hanya memerhati Tati membeli barang.

"Ya untuk adik datin yang baru balik Malaysia."

"Baru balik Malaysia?"

"Ha'ah. Adik datin belajar kat UK. Esok dia baliklah."

"Oh.. Muda lagi ke adik datin tu?"

"Em.. Taklah muda sangat dalam 30 lebih kot. Cumanya dia belum kahwin lagi. Cik Suraya nama dia."

"Suraya?" Khaira seperti terkejut sedikit. Sudah lama dia tidak dengar nama tersebut.

"Kenapa? Khaira kenal ke?" Tati memandang Khaira.

"Eh, taklah. Macam pernah dengar je."

"Oh.. Biasalah nama siapa pun boleh sama."

"Tulah.. Ramai ke family datin yang datang nanti?"

"Ramai tu taklah sangat. Cuma adalah dalam beberapa orang sebab kebanyakkan family datin takde kat Malaysia." kata Tati sambil berjalan ke arah barang basah. Dia beri plastik sayur pada Khaira.

"Oh.. Orang kayakan suka merantau." Khaira ambil sayur yang Tati beri.

"Biasalah." Tati tersenyum. Dia membeli ayam dan beberapa barang yang lain.

"Rasanya dah cukup ni. Jom baliklah kita balik." kata Tati.

"Okay kak."

Tati menghubungi Razif dan mereka pun pulang ke rumah datin semula. Sampai dirumah Tati dan Khaira memotong serta membersihkan sayur, ayam dan bahan basah yang lain. Bahan-bahan itu disimpan dan akan dimasak pada esok hari.

"Tengahari ni akak masak apa?" soal Khaira.

"Masak mee sup." balas Tati.

"Oh.."

Khaira pun ringan tangan membantu Tati menyiapkan hidangan tengahari. Kebiasaannya yang akan makan tengahari dirumah adalah Nil seorang sahaja. Jadi Tati hanya masak sedikit sahaja.

"Assalamualaikum.." ucap Nil.

"Waalaikumsalam." balas Khaira dan Tati.

"Kak Tati masak apa hari ni?" soal Nil sambil tersenyum.

"Akak masak mee sup. Nil nak makan tak? Akak siapkan."

"Bolehlah kak."

"Okay jap ye." Tati menyiapkan makanan untuk Nil.

"Hai Khaira." sapa Nil. Khaira membalas dengan senyuman.

"Sorry sebab kejutkan awak tadi. Tak sangka yang bulu ayam tu melayang kena Ren." kata Nil.

Khaira termenung. Dia teringat kembali peristiwa yang jadi pagi tadi. Khaira rasa amat bersalah. Sudah dia tersalah buka pintu bilik lepas tu baling pula bulu ayam hingga terkena Encik Ren yang sedang bersarapan.

"Khaira?" tegur Nil apabila Khaira senyap sahaja.

"Hello Khaira?" Nil petik jari dihadapan muka Khaira.

"Hah? Ye?" Khaira terkejut.

"Khaira.. Saya minta maaf pasal hal pagi tadi." kata Nil.

"Oh? Er.. Takpelah Encik Nil salah saya jugak. Takpe." kata Khaira.

"Okay." balas Nil.

Tati datang menghidangkan makanan untuk Nil.

"Nah Encik Nil. Jemput makan." kata Tati.

"Terima kasih kak. Akak dengan Khaira tak nak makan sekali? pelawa Nil.

"Takpelah Encik Nil makanlah. Akak ada kerja sikit."

"Ye, Encik Nil makanlah. Saya minta diri sekejap." kata Khaira.

"Kalau macam tu okay." kata Nil sambil mengangguk.

Khaira pun ke bilik Tati untuk solat zohor memandangkan telah masuk waktu. Kebiasaannya Khaira solat dibilik Tati kerana Tati sendiri yang mempelawanya. Kadang kala Khaira juga rehat sebentar disitu. Tati pembantu rumah sepenuh masa dirumah datin sebab itulah dia mempunyai bilik sendiri.

Usai solat Khaira melakukan kerjanya seperti biasa. Dia membantu Tati membuat persediaan untuk jamuan pada esok hari. Dia juga mengemaskan rumah datin agar lebih kemas, bersih dan teratur.

Cumanya dia belum sempat untuk bersua muka dengan Ren. Khaira ingin meminta maaf kepada Ren. Jika tidak bagaimana dia hendak berhadapan dengan Ren nanti. Tentu Ren marah, salah faham dan tidak suka pada Khaira.

Hari ini nasib tidak menyebelahi Khaira kerana dia tidak berkesempatan berjumpa dengan Ren. Semasa dia pulang petang tadi, Ren masih belum pulang. Mungkin Ren sibuk dengan kerja agaknya.

"Agak-agaknya Encik Ren marah aku tak?" fikir Khaira. Dia sudah pulang ke rumah. Jam pula sudah menjengah ke pukul 11 malam.

"Haih.." Khaira mengeluh.

"Esok aku kena minta maaf kat Encik Ren." kata Khaira. Dia tarik selimut dan terus nyenyak tidur. Esok dia perlu sampai awal dirumah datin kerana esok ada jamuan. Dia perlu membantu Tati membuat apa yang patut. Hal ini kerana segala hidangan perlu disediakan oleh mereka berdua. Ini kerana datin sekeluarga mengemari masakan yang dibuat oleh Tati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience