"Assalamualaikum opah. Selamat pagi." tegur Khaira dengan ceria. Dia baru bangun dari tidurnya. Entah mengapa hari ini dia terbangun lewat pula. Mungkin sebab tengok cerita hantu semalam.
"Waalaikumsalam." opah sedang mengurut kakinya.
"Kenapa opah?" wajah Khaira bertukar serius. Dia duduk ditepi opahnya.
"Takde apa. Opah jatuh bilik air tadi. Lantai licin."
"Ya Allah.. Habis tu opah okay tak ni? Jom kita pergi klinik." Khaira jadi risau dengan keadaan neneknya.
"Eh tak payah. Opah okay cuma.. Opah tak pasti dapat pergi kerja ke tak hari ni."
Opah masih bekerja. Opah bekerja sebagai pembantu dirumah besar hujung kampung. Opah yang menanggung kehidupan mereka berdua. Tetapi kaki opah sakit pula kerana terseliuh. Kebiasaannya opah hanya berjalan kaki ke rumah itu.
"Opah cutilah hari ni tak payah pergi kerja." Khaira risau melihat keadaan opah.
"Tak boleh kalau opah tak kerja, siapa nak ganti opah nanti. Siapa yang nak buat kerja kat rumah datin tu."
"Er.." Khaira memikirkan sesuatu. Dia kesiankam opah kerana opah masih memikirkan hal kerja walaupun sedang sakit. Kesihatan opah sangat penting untuk Khaira. Dia tidak mahu opah mendapat susah.
"Biar Ira ganti opah." cadangan Khaira.
"Hah?"
"Nanti Ira pergi rumah tu. Ira bagitahu datin, Ira ganti opah sebab opah sakit kaki." balas Khaira.
"Boleh ke?"
"Mesti boleh punya. Lagipun sekarang cuti sekolah. Ira pun takde buat apa. Lagipun datin kan kenal Ira."
Khaira berumur 17 tahun. Dia baru sahaja selesai menduduki SPM beberapa hari lalu. Dia pun tengah mencari kerja sampingan. Kebetulan sebelum ini Khaira ada membantu opah dirumah datin. Jadi Khaira tahu serba sedikit tentang kerja opah dirumah itu. Bolehlah dia bekerja disitu buat sementara waktu.
"Kalau macam tu. Ira bagitahu datin ye. Terima kasih cu." hati opah berasa lega.
"Sama-sama opah."
Khaira pimpin opah ke bilik dan kemudiannya dia ke dapur untuk membuat sarapan sebelum berangkat ke rumah Datin Fadhilah.
"Opah.. Ira pergi dulu. Ni sarapan Ira dah buatkan." Khaira letak dulang makanan ditepi katil. Ada nasi goreng, biskut dan juga air.
"Terima kasih cu."
"Sama-sama. Opah baik-baik tau. Rehat je."
"Ye. Hati-hati Ira. Buat kerja elok-elok. Kirim salam pada datin. Cakap opah minta maaf."
"Okay opah. Bye."
Setelah bersalaman dengan opah, Khaira terus berjalan kaki ke rumah Datin Fadhilah.
"Assalamualaikum.." ucap Khaira sebaik sahaja kakinya berdiri tepat dihadapan rumah besar tersebut.
"Assalamualaikum." ucap Khaira sekali lagi.
"Rumah ni besar sangat. Mungkin orang tak dengar agaknya." kata Khaira.
Khaira pun menekan loceng. Dia nampak seseorang datang dari celah-celah pintu pagar.
"Oh Khaira. Ada apa?" soal Pak Amin, tukang kebun rumah tersebut.
"Assalamualaikum Pak Amin. Er.. Datin ada tak?"
"Waalaikumsalam. Ada, kenapa?"
"Boleh saya masuk tak? Ada hal sikit nak cakap."
"Siapa datang Pak Amin?" soal Datin Fadhilah yang berdiri dihadapan pintu rumahnya.
"Khaira, cucu Nek Yah. Dia kata ada hal sikit."
"Oh.. Bagilah dia masuk."
"Okay datin. Masuklah Khaira."
"Terima kasih." Khaira pun masuk ke dalam. Pak Amin tersenyum dan kembali membuat kerjanya.
"Ye ada apa Khaira? Nenek kamu mana?" soal datin.
"Nenek saya terseliuh datin. Dia tak dapat datang kerja hari ni. Dia kirim salam dan minta maaf sebab tak dapat datang hari ni."
"Hah? Teruk ke?" datin sedikit terkejut.
"Er.. Nenek kata okay. Cuma tadi dia tak dapat nak jalan sangat tapi dah letak ubat. Nenek tengah rehat kat rumah."
"Nasib baik. Patutlah nenek kamu tak datang hari ni. Biasanya nenek kamu selalu datang awal."
"Ye.."
"Takpelah saya bagi nenek kamu cuti dua tiga hari ni. Biar dia rehat."
"Okay.. Terima kasih datin. Tapi.. Datin boleh tak kalau saya nak ganti nenek saya?"
"Ganti?"
"Ye.." Khaira garu kepalanya.
"Lagipun saya tengah cari kerja. Alang-alang tu.." Khaira tersengih.
"Hm.. Okay juga kalau kamu ganti nenek kamu. Lagipun susah nak dapat pembantu kalau masa urgent macam ni. Kesian pula pada Tati buat kerja sorang-sorang. Hm. Kamu kerja, nanti saya bayar upah. Okay?"
"Okay datin. Terima kasih."
"Sama-sama. Saya nak pergi kerja ni ada kes yang perlu dibicarakan. Kalau ada apa-apa kamu tanya Tati ye."
"Baik datin."
"Tati.." panggil datin.
"Ye datin." balas Tati, dia segera datang apabila dipanggil.
"Hari ni Khaira ganti Nek Yah sebab Nek Yah tak sihat. Kamu beri tunjuk ajar pada dia untuk buat apa yang patut."
"Baik datin." Tati mengangguk.
Datin Fadhilah pun berlalu pergi. Datin Fadhilah seorang peguam dan mempunyai firma guamannya yang tersendiri. Dia isteri kepada seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Syed Latiff. Datuk Syed mempunyai beberapa buah kedai dobi layan diri disekitar Malaysia.
"Nek Yah sakit apa?" soal Tati. Tati pembantu rumah Datin Fadhilah. Kerjanya memasak juga menguruskan hal-hal didapur dan membuat beberapa tugas yang lain. Nek Yah iaitu opah Khaira pula bertanggungjawab dalam hal mengemas.
"Terseliuh."
"Teruk ke?"
"Bolehlah."
"Oh.. Insha Allah nanti dia okaylah tu."
"Ye, insha Allah."
"Takpelah jom buat kerja."
"Okay."
Tati pun menerangkan serba sedikit tentang apa yang perlu dibuat oleh Khaira.
"Faham kan?" soal Tati.
"Faham." Khaira mengangguk.
"Okay. Khaira buat apa yang akak suruh je tau. Khaira kemas apa yang patut. Akak nak pergi pasar jap."
"Okay kak." balas Khaira.
Tati pun ke pasar untuk membeli bahan masakan. Sudah menjadi rutin Tati untuk ke pasar pada setiap hari. Dia perlu membeli bahan mentah yang segar untuk keluarga datin.
Khaira pun mula mengemas pada bahagian ruang tamu. Dia biasa buat kerja kemas-mengemas ni. Dia sapu sampah, lap apa yang patut. Kemudian dia mop lantai pula. Setelah itu, dia kemas dibahagian dapur pula. Segalanya lancar dan teratur.
Share this novel