Rate

4

Drama Series 735

"Assalamualaikum Kak Tati." tegur Khaira. Dia baru sahaja sampai dirumah datin. Hari ini hari ketiga dia bekerja dirumah datin.

"Waalaikumsalam. Awal Khaira sampai?" soal Kak Tati.

"Hehe. Saje datang awal."

"Oh.."

"Hari ni Khaira ikut akak pergi pasar tau. Tapi nantilah dalam pukul 9 macam tu."

"Okay kak. Kalau macam tu Khaira kemas-kemas dulu."

"Okay."

Khaira ambil bulu ayam dan dia ke ruang tamu sebentar untuk mengemas.

"Khaira." sapa Datin Fadhilah.

"Ye datin." Khaira tersenyum.

"Macam mana nenek Khaira dah okay?" soal datin.

"Alhamdulillah. Dah beransur pulih."

"Alhamdulillah. Takpe saya pergi kerja dulu. Buat kerja elok-elok tau."

"Baik datin."

Datin Fadhilah pun berlalu pergi. Ian pula turun ke bawah. Dia duduk disofa sambil memakai sarung kaki.

"Alamak.. Tertinggal pulak." kata Ian dalam diam.

"Khaira." panggil Ian.

"Ye Encik Ian?" balas Khaira.

"Tolong ambilkan jam tangan saya kat bilik."

"Hah?" balas Khaira.

"Ambilkan jam tangan saya kat bilik."

"Err.. Bilik Encik Ian yang mana?" soal Khaira.

"Kat ataslah. Dah pergi ambil cepat. Lambat saya nanti."

"Err.. Okay." Khaira pun naik tangga ke atas.

"Mana satu bilik Encik Ian ni?" Khaira bingung. Ada banyak bilik ditingkat satu ini. Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke tingkat ini. Biasanya Khaira hanya mengemas bahagian bawah sahaja. Datin ada seorang lagi pembantu yang mengemas setiap bilik dirumahnya.

"Khaira cepat." jerit Ian.

"Okay, okay." balas Khaira.

"Err.. Ni kot." Khaira buka pintu pertama disebelah kiri. Encik Ian anak pertama mungkin itu biliknya. Khaira rasa teorinya boleh diterima.

"Argh.." cepat-cepat Khaira tutup pintu tersebut.

"Asgtarfirullahalazhim." kata Khaira. Dia tersalah buka pintu. Itu bilik Ren. Khaira nampak Ren yang sedang memakai baju dan hanya memakai tuala.

"Khaira." panggil Ian.

"Ye." balas Khaira.

"Ei.. Mana ni?" soal Khaira secara berbisik. Dia takut nak buka pintu yang berikutnya. Nanti terbuka pintu bilik Nil pula.

"Awak cari apa?" soal Ren. Terkejut beruk dia sebentar tadi. Tiba-tiba sahaja pintu biliknya terbuka dan Khaira menjerit.

"Er.. Encik Ren." balas Khaira malu-malu. Ren telah lengkap berpakaian.

"Saya nak ambil jam Encik Ian. Mana satu bilik Encik Ian?" kata Khaira.

"Oh.. Bilik Abang Ian yang tengah ni." Ren buka pintu bilik paling tengah.

"Oh. Terima kasih Encik Ren." Khaira masuk ke dalam bilik itu dan terus ambil jam Ian. Setelah itu, dia terus turun ke bawah.

"Jam Encik Ian." kata Khaira. Dia menghulurkan jam tangan Ian.

"Asal lama sangat?" soal Ian sambil memakai jam tangan. Dia berdiri ditepi tangga.

"Sorry encik."

"Hm.. Tu ambil beg saya." tunjuk Ian ke arah begnya.

"Okay." Khaira ambil beg Ian yang ada disofa.

"Nah encik."

"Okay." Ian pun terus keluar ke tempat kerjanya.

"Hm.. Garangnya Encik Ian ni. Tak cakap terima kasih pun" bisik Khaira. Dia hanya mengeluh sedikit. Khaira pun terus mengemas selepas itu.

Ren pun turun ke bawah. Dia bersarapan dimeja makan. Khaira mencuri pandang ke arah Ren.

"Er.. Kena minta maaf ke eh?" fikir hati Khaira. Dia terasa malu apabila teringat hal yang terjadi sebentar tadi.

"Tapi memang salah aku sebab tak ketuk dulu. Patutnya kena ketuk dulu. Tanya ada orang ke tak." fikir Khaira sambil membersihkan kabinet televisyen menggunakan bulu ayam.

"Jadi aku patut minta maaf lah ni?" fikir Khaira lagi.

"Khaira!" panggil Nil secara tiba-tiba. Dia sentuh bahu Khaira.

"Argh!" Khaira terkejut. Dia terbaling bulu ayam ditangannya.

Bulu ayam itu terpelanting terkena Ren yang sedang makan. Cermin mata yang dipakai tercabut dan masuk ke dalam cawan teh. Habis tumpah air teh terkena baju Ren.

"Harhah.." Khaira terkejut. Dia tutup mulutnya dengan kedua belah tangannya.

"Alamak." kata Nil.

"Er.. Sorry Khaira." Nil terus keluar rumah.

"Aduh.. Habislah." fikir Khaira. Dia terus menghampiri Ren.

"Encik Ren.."

Ren senyap dan terus naik ke atas semula untuk tukar baju.

"Alamak habislah aku." kata Khaira.

"Kenapa Khaira?" soal Kak Tati. Dia baru keluar dari dapur.

"Er.."

"Ya Allah kenapa tumpah ni?" soal Kak Tati. Dia lihat air teh yang tumpah dimeja makan.

"Er.." balas Khaira. Khaira masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Melihatkan Khaira yang sebegitu, Kak Tati terus kemas dan bersihkan meja tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience