Series
814
Alam semesta yang terbentang luas, pelbagai misteri dan tanda tanya melangkaui sempadan lemah pemikiran manusia. Para saintis sedaya upaya mengkaji serta memahami alam semesta yang seolah-olah tidak mempunyai penghujungnya itu.
Walaupun ilmu sains dan teknologi telah berkembang dengan pesat dan maju, namun masih terlalu banyak perkara berkaitan dengan alam semesta yang masih belum diketahui.
Penerokaan manusia ke ruang angkasa telah berlaku sejak tahun 1957 lagi, apabila Kesatuan Soviet telah berjaya melancarkan satelit perisik Sputnik Satu ke orbit Bumi.
Keadaan ini seterusnya mencetuskan perlumbaan teknologi angkasa di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat, di mana semakin banyak misi-misi ke ruang angkasa dilancarkan.
Kejayaan terbesar manusia pada ketika itu ialah apabila Amerika Syarikat berjaya menghantar hero mereka Neil Armstrong, Edwin Aldrin, dan Michael Collins melalui misi yang mendarat di pada 20 Julai 1969.
Apollo 11 dilancarkan menggunakan roket Saturn V selama empat hari daripada Bumi ke bulan. Neil Armstrong telah menjadi manusia yang pertama menjejakkan kaki di permukaan bulan bersama ungkapan keramatnya. "Ini adalah satu langkah kecil bagi manusia, ia juga adalah satu lompatan gergasi bagi seluruh umat manusia."
Sistem suria kita dikenali sebagai Bima Sakti, dipercayai terdapat galaksi-galaksi lain lagi selain daripada Bima Sakti di luar sistem suria. Buktinya, Teleskop Hubble yang dilancarkan ke orbit Bumi oleh NASA dan Ajensi Angkasa Eropah pada tahun 1990 telah berjaya mencerap galaksi-galaksi lain yang berada jauh di angkasa lepas.
Antara galaksi yang terdekat dengan Bima Sakti adalah seperti Canis Major Dwarf, Sagittarius Dwarf spheroidal, Andromeda dan banyak lagi.
Pusat kepada Bima Sakti ialah Matahari yang terbentuk sejak lima bilion tahun dahulu dan dikelilingi oleh planet-planet yang beredar di putaran orbit masing-masing.
Bima Sakti juga dianggarkan mempunyai lebih daripada seratus bilion butir bintang dan terdapat berbilion lagi bintang di seluruh angkasa.
Bahasa mudah, jika dihitung semua pasir yang terdapat di seluruh pantai, gurun dan permukaan Bumi maka jumlah bintang di angkasa lepas jauh lebih banyak.
Bintang dikatakan berasal daripada planet-planet yang tidak berjaya membentuk dan sesetengah daripadanya jauh berjuta-juta tahun cahaya dari Bumi.
Terdapat juga bintang yang hidup dan mati di ruang angkasa, akan berlaku satu letupan dahsyat dipanggil Supernova apabila bintang tersebut mati. Letupan Supernova dipercayai akan menghasilkan sebuah lohong hitam.
Perbezaan tekanan menyebabkan lohong hitam tersebut menyedut dan menelan semua benda termasuklah cahaya yang berada di sekitarnya.
Galaksi Bima Sakti berserta beberapa buah galaksi lain seperti Andromeda membentuk sebuah kelompok galaksi yang disebut Cluster. Ribuan Cluster pula akan membentuk satu kelompok yang disebut Super Cluster.
Super Cluster yang berisi ribuan Cluster ini bertebaran di alam semesta membentuk ruang angkasa yang sangat luas.
Bumi diibaratkan seperti sebutir pasir halus di Gurun Sahara dan manusia hanya seperti atom yang sangat seni. Bertapa fana dan kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan ciptaanNya yang sangat hebat dan mengagumkan pengkajinya.
Penemuan planet-planet yang terdapat di luar sistem suria merupakan bukti kukuh menandakan bahawa manusia mungkin tidak bersendirian di alam semesta ini.
Para saintis juga dikatakan telah menerima isyarat dan gelombang radio daripada ruang angkasa, dipercayai mengandungi kod untuk berkomunikasi dengan penduduk Bumi.
Namun itu semua merupakan satu andaian semata-mata serta masih manjadi misteri dan tanda tanya kepada semua manusia.
Terdapatkah makhluk asing di angkasa lepas yang terbentang luas dan seolah-oleh tidak mempunyai penghujungnya ini?
Soalan yang mungkin sukar untuk dijawab oleh kita semua disebabkan kita tidak pernah bertembung dengan mereka secara terus.
Akan tetapi ianya tidak mustahil akan adanya makhluk lain selain daripada kita di alam semesta ini.
Jauh di angkasa lepas,
"Boommmmm...!" berlaku satu letupan yang sungguh dahsyat di ruang angkasa Galaksi Andromeda, memusnahkan sebuah planet yang berjuta tahun cahaya jauhnya daripada Bumi.
Letupan itu sangat hebat sehingga memancarkan cahaya yang terang benderang menerangi segenap kawasan.
Suara jeritan penghuni yang ketakutan di saat kematian lenyap begitu sahaja bersama kemusnahan planet mereka.
Kelihatan dua buah objek berjaya terbang keluar menyelamatkan diri sebelum malapetaka hebat itu berlaku.
Pada masa yang sama, letupan tadi telah menyebabkan tekanan yang tinggi di ruang angkasa lalu menghasilkan sebuah lohong hitam bersaiz raksasa.
Dengan rakusnya lohong hitam tersebut menyedut dan memusnahkan segala yang berhampiran dengannya.
Dalam keadaan kucar-kacir itu, tidak semena-mena salah sebuah objek terbang tadi telah terlanggar serpihan planet yang bertebaran di ruang angkasa.
Objek terbang tersebut telah hilang kawalan, berlaku kerosakan pada sistemnya dan kekuatan tujahan semakin berkurangan.
Daya tarikan lohong hitam terlalu kuat untuk diatasi menyebabkan objek terbang itu semakin ditarik dan disedut ke dalamnya.
Sebuah objek terbang lagi hanya mampu melihat kemusnahan pasangannya dari jauh. Sudah tiada apa yang dapat dilakukan lagi, takdir telah menentukan segala-galanya.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Objek yang terselamat terbang tanpa arah tujuan, bersendirian melarikan diri daripada kemusnahan yang maha dahsyat.
Objek terbang itu kemudian memancarkan pancaran laser di hadapannya, sebuah pintu gerbang dimensi terbuka.
Pintu gerbang itu mengeluarkan cahaya terang berwarna kuning. Ruang angkasa seakan terganggu, pancaran kilat sabung-menyabung di sekitarnya.
Objek itu terbang melepasinya. Keadaan di sekeliling dan kedudukan bintang-bintang kelihatan berubah, bagaikan telah memasuki sebuah ruang angkasa yang berbeza.
Nampak di hadapannya sebuah planet yang sangat cantik berwarna biru. Objek terbang itu terus menuju ke arahnya, ia kelihatan sungguh kecil semasa melalui sebuah bulan kepada planet biru tersebut.
Ruang angkasa terbentang luas, mempesonakan sesiapa sahaja yang memandang. Semuanya terlalu indah dan tidak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Pada masa yang sama, jauh di angkasa lepas. Parasit angkasa mulai bergerak memasuki Galaksi Bima Sakti, mencari sumber makanan baharu setelah memusnahkan sebuah planet.
Malapetaka besar sedang menghampiri penduduk Bumi, namun tiada seorang manusia pun yang menyedarinya. Mereka semua terlalu sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. Kehancuran semakin menghampiri penduduk Bumi.
Share this novel