"Haaaaaaaa!! Kau berangan ken? Kau ingatkan siapa? Buah hati kau Si Lepat tu ke?" sergah Alya.
"Kau ni memang tak boleh tengok aku tenang ken? Ada je kerja kau nak mengacau aku."
Menjeling Faida sambil menahan panas di hati. Kawan baiknya itu memang begitu. Rasa nak ditelannya sahaja si Alya. Tapi mana mungkin, itu sahaja lah sahabat yang dia ada. Mendengar, melayan, menasihati dia sepanjang dia berada jauh dari keluarga. Kawannya itu juga yang selalu menjadi peneman dikala duka dan lara mahupun senyum ketawa.
"Ye la.. Aku minta maaf.. Kau kenapa? Kau ok tak ni? Ada masalah?"
"Tak adalah. Aku cuma teringat mak dan bapak aku dikampung. Rindu, ye lah ken dah lama aku tak balik."
"Kenapa? Mak bapak kau tak sihat ke?"
"Bukan lah.. Haritu masa aku balik cuti, bapak dan mak aku bising menanya bila aku nak kahwin? Haihhhh aku ni nampak dah tua sangat ke?" mengeluh Faida memikirkan soal kahwin ni.
"Tua tu tidak, tapi dah nampak dah muka kau tu berkedut sikit.. Apa tak nya, asyik berkerut je dahi... Hahahahaha... " sakat Alya sambil ketawa besar.
"Banyaklah kau punya kedut. Kedut-kedut pun, ramai orang minat tauuuuuu... Jangan jealous..."
Balas Faida sambil bangun meninggalkan Alya. Dia harus masuk ke pejabat semula, waktu rehat sudah tamat. Dikerling jam tangannya, sudah pukul 2.00 petang. Ini kalau lambat, mahunya terpekik Kak Haira nanti. Dia pantang orang masuk lambat.
"Hurmmm ye la... Kau ken memang ramai peminat.. Muka cantik boleh la cakap.. Jangan lupa sambung borak dekat rumah, bye..." jerit Alya bila melihat kawannya berlalu pergi.
"Ok bos... Bye..." Lambai Faida sambil berlari anak mengejar lif.
Faida memang cantik. Desis hati Alya. Kecantikkannya membuat semua staff lelaki di ofisnya itu tergila-gilakan dia. Cuma Faida je jual mahal, konon nak cari muka ala-ala artis Korea. Faida, Faida....
Haii semua, semoga happy baca karya saya. Jangan lupa follow dan comment, tq
Share this novel