Faida sedang mundar mandir di lobi kerana menunggu Tuan Harith turun dari biliknya. Faida mengerling jam ditangan, sudah pukul 8.15pm.
"Lama betul bersiap. Kalah aku yang perempuan ni. Bos ni make up ke?" mengomel Faida sendiri. Ketika Faida ingin memusing badannya ke belakang, tiba-tiba...
Bumm!!!
Faida tidak sengaja melanggar seorang. Dia hampir terjatuh namun lelaki itu lekas menarik pinggang Faida lalu terdorong tubuh Faida ke dada lelaki itu. Dan tanpa disuruh tangan Faida terus memaut leher lelaki itu.
Mata bertentangan. Mulut terkunci. Masa seolah terhenti.
Lelaki ini. Ya, lelaki ini. Lelaki yang dilanggarnya tempoh hari sewaktu ingin memasuki lif. Dan hari ini, sekali lagi lelaki ini menjadi mangsa rempuhannya tanpa sengaja.
"Puas dah tenung muka saya?" soal lelaki itu.
"Haaaa? Sorry, sorry. Saya tak sengaja." Faida tersedar, lekas dia melepaskan pautan tangannya dileher lelaki itu. Mukanya sudah merah padam. Lelaki itu melepaskan juga tangganya yang sedang merangkul pinggan Faida. Malu sungguh....
"Kerja awak memang langgar orang je ke?" soal lelaki itu sinis.
"Apa? Saya tak sengaja lah. Ingat saya suka-suka langgar orang ke? Baik sikit erh.. " Angin pulak Faida dibuatnya. Dijelingnya lelaki itu.
"Ok, baiklah. Saya maafkan. Saya pun minta maaf sebab berkata begitu. Saya Fariz, Fariz Danial." ujar Fariz sambil menghulurkan tangan.
"Saya Faida Syaheen." Balas Faida sambil menyahut salam.
"Ohhh Faida.. By the way, sedap nama. Awak nak masuk ke dalam dewan ni ke?"
"Aah iye, tapi saya sedang tunggu bos saya. Haaa itu pun bos saya." Tunjuk Faida ke arah Tuan Harith yang sedang menuju ke arah mereka.
"Heyy Fariz!! Lama tak jumpa kau? "
"Eh, Harith... Aah la.. Kau apa khabar? Sihat tak? Amboi semenjak dah jadi bos besar ni susah betul ye nak jumpa kau melepak.." soal Fariz sambil memeluk sahabat baiknya.
"Alhamdulillah, aku sihat saja. Cuma aku busy sikit lately sebab banyak meeting. Kau tu yang susah nak jumpa sekarang. Almaklumlah dah jadi C.E.O sekarang.." Harith membalas.
Faida termangu. 'Hurmm iye aku memang tembok dekat sini.' getus hati Faida.
"Come aku kenalkan kau dengan orang kuat aku. Si gadis manis Cik Faida Syaheen, our Executive sales and marketing."
Harith berkata lalu membawa Fariz berdekatan dengannya.
"Ooh ye ke, tak sangka aku. Dah, aku dah kenal dia tadi." jawab Fariz bersahaja.
" Ha betul tu Tuan Harith, saya dah kenal Encik Fariz ni. Sebab saya terlanggar Encik Fariz tadi." jawab Faida malu- malu.
"Lah yeke? Korang dah kenal lah ni? Ok, faham. Tapi jangan kenal lebih- lebih. Cukup kenal nama je ye... Saya jealous. " amaran Harith sambil kenyit mata ke arah Faida.
Fariz hanya senyum. Tapi dia sedikit pelik. 'Mereka ni bercinta ke?'
Faida pula diam tertunduk malu apabila melihat Tuan Harith mengeyit mata ke arahnya. Dia merenung baju kebaya berwarna biru laut yang disarungkan di tubuhnya sekarang. Dia tak berani memakai baju yang diberikan oleh Tuan Harith. Terlampau seksi. 'Apalah bos aku ni nak jealous-jealous pulak.. Aku bukan girlfriend dia pun...' omel Faida sambil menggeleng perlahan.
"Assalamualaikum dan selamat malam, diminta tetamu yang hadir malam ini masuk ke dalam dewan untuk majlis perasmian yang akan bermula sebentar lagi." bunyi suara dari speaker di belakang Faida memeranjatkannya.
" Oh jom Fariz kita masuk kedalam majlis dah nak mula. Faida, jom sekali." panggil Harith.
" Ok, ok jom." jawab Fariz.
" Ok baik Tuan." Faida menjawab segera.
Faida terus mengekori Harith dan Fariz dari belakang. Dia harap majlis malam ini selesai dengan cepat. Kerana belum masuk ke dalam dewan lagi mulutnya sudah beberapa kali menguap..
Tq kerana sudi membaca
Share this novel