"Mak, adik nak pergi Melaka nanti, ada apa-apa ke mak nak kirim?"
Soal Faida menunggu jawapan Puan Dahlia di hujung talian.
"Ada. Mak nak menantu." Jawab Puan Dahlia selamba.
"Hurmm mak ni ken.. Adik tak ada masa nak fikir pasal itu. Adik pergi sana untuk bekerja, bukannya cari jodoh." Perli Faida.
"Iyalah, mak gurau je. Janganlah marah.. Ha, berapa lama kamu nak ke sana?"
"Dalam 5 hari je mak. Adik pergi dengan bos. Ok lah mak, nanti ada apa-apa mak call adik ye? Bye assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Jawab Puan Dahlia lembut. Puan Dahlia tahu, anaknya yang seorang itu memang susah dibawa berbincang soal jodoh. Apalah nasib anaknya itu kalau suatu hari dia dan suaminya sudah tiada, dijemput Ilahi.. Doanya semoga ada jodoh yang terbaik buat anaknya itu..
"Wahhhhh cantiknya hotel ni.. Ada kolam renang, tilam pun empuk.." Luah Faida sambil menghempaskan badannya. Matanya sudah mahu terlelap, tapi ditahan juga kerana ingin mengemaskan bagasinya dahulu. Sudah lama dia tidak dapat merehatkan diri sebegini. Lebih kurang 3 jam perjalanan untuk sampai ke Melaka. Dengan jalan yang begitu sesak cukup membuat punggungnya kebas kerana begitu lama memandu. Kalau bukan kerana hal kerja yang mendesak, tidak kuasa dia mahu mengikut bosnya ke sini.
Faida mengambil tentatif program yang sudah disediakan oleh pembantu peribadinya. Dibaca satu persatu. 'Banyaknya meeting.' Getus hati Faida.
"Tak apalah, 3 hari meeting, 2 hari lagi aku bercuti. Jadi boleh lah aku refresh diri aku semula." omel Faida sambil menggantungkan baju-baju yang baru dikeluarkan dari bagasinya.
Ting! Ting! Ting! Ting!
Bunyi loceng bilik Faida ditekan berkali-kali.
Faida berlari ke pintu lalu membukanya. "Ye, cari siapa?"
"Ni Cik Faida ke?"
" Ye saya. Ada apa?"
"Ini ada sepersalinan baju untuk Cik Faida. Tuan Harith menyuruh Cik Faida memakainya pada malam ini."
"Ohhh, ok. Baik, terima kasih."
"Sama-sama" terus Faida menutup pintu.
Faida membuka plastik pakaian itu. Perlahan-lahan ditarik baju tersebut. Sekali diangkatnya tinggi, Faida terpempan.
"Mak aiii, baju ni??? Seksi betul!!!!"
Maaf sekiranya ayat sedikit berterabur. Semoga baik-baik sahaja hendaknya..,
Share this novel