Fariz Danial mengemas dengan pantas meja kerjanya yang bersepah. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Ini kalau mama dia menunggu depan pintu untuk menyambutnya pulang, alamatnya kena leter lah jawabnya.
Bukan dia sengaja balik lambat, hakikat kerjanya terlampau banyak. Kalau bukan dia yang menyiapkan siapa lagi? Abangnya? Atau adik perempuannya? Haihh dua orang tu bukan boleh harap. Sibuk kehulu kehilir dengan buah hati masing-masing.
Lampu bilik ditutup, terus ke pintu keluar pejabatnya. Pintu ditutup dan dikunci dengan sendiri. "Tak perlu susahkan pak guard." omel Fariz sendirian. Fariz menghidupkan enjin keretanya dan terus menekan minyak. Dia harus cepat sampai kerumah sebelum pukul 10 malam.
Puan Dahlia membawa secawan kopi untuk suaminya, Encik Hamid yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Bang, macam mana ni? Dah bagitahu adik ke tentang kawan abang yang nak datang masuk merisik adik tu? Saya risau kalau dia tak nak macam mana?"
"Haihhh apa awak nak risaukan? Tahulah saya macam mana nak bagitahu Faida nanti. Saya akan pastikan dia berkahwin juga nanti dengan anak kawan saya ni. Ini Hamid tauuu.." sambil senyum mengejek ke arah isterinya.
"Yelah tu. Jangan nak bangga sangat bang. Belum tentu rancangan abang berjaya. Saya doakan supaya adik tu tak merajuk berminggu tak balik jenguk kita sudahlah.." balas Puan Dahlia selamba.
Kereta Fariz meluncur masuk ke dalam kawasan parking rumahnya. Terus dia menyeluk poket dan mengeluarkan kunci rumah. Badannya sangat letih dan hanya terbayang tilam empuknya sahaja di saat ini.
"Fuhhh... Nasib baik mama papa dah tidur."
"Apa fuhh-fuhh ha Riz?!"
Terkejut kepalang Fariz bila suara mamanya menyergah.
"Mama, terkejut Riz tau. Mama buat apa kat sini?"
"Tunggu kamulah. Yang kamu lambat balik kenapa? Kamu nak mengelak dari mama dan papa ken?" Rajuk bunyi suara Puan Fariza.
"Tak lah mama, Riz busy sikit lately ni.. Riz minta maaf ye mama. Next time Riz balik awal. Ok ye mama, Riz nak naik atas mandi. Dah berlengas dah badan ni. Riz naik dulu ye?" terus Riz peluk mamanya dan berlalu pergi..
Puan Fariza hanya menggelengkan kepala sahaja melihat tingkah laku anak keduanya itu.
Saya newbie disini. Mohon jemput baca karya saya dan jangan lupa follow serta comment ye. Tanpa kalian siapa lah saya, Terima kasih
Share this novel