Faida bungkam. Apa harus dikatakan? Dia keliru dan celaru. Maknya sudah menemukan jodoh yang "terbaik" untuknya.
"Faida, mak dah jumpa calon yang sesuai untuk kamu nak.. Anak kepada kawan bapak masa sekolah dahulu. Baik budaknya, nanti Faida kenal-kenallah ye.."
"Ha siapa?"
"Adalah rahsia.. Nanti bapak bagikan gambar orangnya. Nanti adik tengok ye. Kacak tau adik, kalau adik tengok mesti terpikat.." usik Puan Dahlia.
"Hurmm, ye lah mak. Ok lah, adik nak kena pergi. Bila-bila free time adik call lagi ye, Assalamualaikum mak"
"Waalaikumsalam.." jawab Puan Dahlia terus mematikan telefon bimbitnya.
Gedebuk!!
Faida terlanggar seseorang sewaktu ingin memasuki lif. Habis fail-fail kerjanya berterabur di atas lantai. Dia yang selamat dari jatuh ke atas lelaki itu kerana sempat berpaut pada tiang palang terus berdiri tegak membetulkan baju kurungnya.
"Encik Fariz ok ke? Tanya Ikhwan, pembantu peribadinya. Dia membantu mendirikan semula Fariz Danial yang terjelepok di atas lantai.
"Ok, saya ok. Jangan risau"
Fariz Danial melentok-lentokkan pinggangnya kekiri dan ke kanan. Terasa sakit punggungnya. Dia terpandang wajah gadis yang melanggarnya itu. Gadis itu tertunduk.
"Sorry, sorry. Saya tak sengaja." cemas raut wajah Faida.
Tangannya laju mengutip fail-fail dan kertas kerjanya yang sudah berterabur.
"Tidak mengapa, lain kali hati-hati." Jawab Fariz Danial bersahaja. Dia terus berlalu pergi.
"Aik? Macam tu je dia pergi? Bukan nak tolong aku kutip kertas-kertas kerja ni. Apa punya lelaki, tak gentleman langsung." cebek Faida.
Siapa ye gadis itu? Kenapa ketika aku memandang dia, jantung aku ni seakan berlari? Raut wajah dia, lembut tutur kata, namun sedikit kelakar bila melihat wajah cemas gadis itu. Arghhh, biarlah.. Malas aku nak fikir.. Desis hati Fariz. Keretanya laju dipandu oleh Pak Duan. Dia harus pergi ke Melaka atas urusan kerja untuk menggantikan papanya yang kurang sihat. Nanti boleh lah dia makan angin sendirian di sana dan mana tahu dia berjumpa jodoh.. Mungkinlah...
Haii, semoga kalian terus membaca dan support tulisan saya... Jangan lupa follow dan comment ye.. Tq
Share this novel