Rate

BAB 23 - WRONG TIMING

Romance Completed 454604

Inas masuk ke dapur untuk membuat air.. Dua mug kosong di ambil dari rak.. Satu mug susu dan satu lagi mug kopi segera siap dibancuh ditangannya.. Inas membawa dua mug itu di setiap satu tangannya..

''mana pergi semua orang yea..? '' Inas terjenguk-jenguk mencari pembantu rumah ..tapi dia tak ketemu sesiapa pun disekitar rumah itu..

''biarlah..'' berjalan lah Inas ke dalam bilik bacaan.. Awal-awal lagi Inas sudah pastikan yang ash dan pearl tidak ada disitu..

Dari jauh Inas sudah melihat yang Raif dari tadi asyik memandang kearahnya.. Sengaja Inas berjalan sepanjang bilik bacaan yang luas itu..sambil menatang dua mug ditangannya..

Hujung matanya sesekali melihat kepada Raif.. Kepala Raif begerak seperti kamera cctv yang sedang merakam pergerakkannya.. Inas yang sedang menahan ketawanya segera berpaling..melihat sahaja Inas berpaling..Raif segera mengangkat tangannya keatas mendepa kepada Inas..

'dah agak dah.. Bukan susah nak teka pun.. Ada lah tu..' Inas melihat kepada Raif yang sedang mendepakan tangannya dengan senyuman manis di wajahnya seperti anak kecil yang meminta untuk didukung oleh ibunya..

Tapi Inas tak terus pergi kepada Raif.. Inas berjalan kearah lain.. Pura-pura sedang meneliti buku-buku yang tersusun kemas di rak.. Walaupun dia sedang mengadap kearah kamus-kamus tebal di hadapannya.. Sekali lagi Inas mengintai kearah Raif yang masih mendepakan tangannya..melihat kearah Inas dengan senyuman manis diwajahnya.

'dia..dia selalu perasan bila aku memerhatikannya.. Seolah-olah matanya hanya tertumpu kepada aku seorang..tak kira masa.. Di mana-mana saja..walaupun dengan sesiapapun dia berada.. Mata dia hanya tertumpu kepada aku..Aku rasa..rasa..dah jatuh cinta..dengan suami aku sendiri..' nak saja Inas menampar mukanya sendiri.. Mukanya kini sedang bersemu merah .. Tapi, kedua-dua tangannya sedang memegang mug.

Inas berpaling melihat kepada Raif.. Menghayun langkah kakinya menuju kepada Raif yang masih belum menurunkan tangannya yang didepakan dari tadi..

''nak apa? Peluk ke?'' tanya Inas walaupun dia sudah tahu Isyarat dari Raif.. Raif menganggukkan kepalanya.

Inas meletakkan mug yang ada ditangannya..lalu menunduk memeluk Raif..

'perkara ni buat aku terasa malu..tetapi pelukan dia buat aku terasa hangat dan selesa .. Mengebu-gebu rasa dalam jiwa ni.. Membuatkan aku rasa gembira sangat-sangat... '

''manja ni susu untuk manja..'' kata Inas.

'aarghh! Mulut, Aku yang bercakap tu..potong betul!' Inas memarahi dirinya sendiri..tak sangka bibirnya akan berbicara waktu itu..

Pelukan mereka terlerai.. Tapi lengan Inas direntap lembut oleh Raif semula..

''cium disini..'' kata Raif menyuakan pipinya dekat dengan wajah Inas..

Cupp.. Satu ciuman pantas lekat di pipi Raif..

''sebelah sini pula..'' Raif menyuakan sebelah lagi pipinya..

Baru Inas nak berpaling untuk memberikan ciuman di sebelah lagi pipi Raif.. Tangan Raif menarik belakang leher Inas..membuatkan bibir mereka bertaut.. Sebuah ciuman yang lama dan dalam..

Plakkk....

''ops-opsssss! My bad! Wrong timing...'' Hamzi pura-pura menutup mukanya dengan tangan.. Padahal dia sudah melihat kesemuanya..

Ciuman mereka terlerai.. Inas segera menolak bahu Raif yang sedang tersengih memandang kepadanya..

'jahat lah! Boleh pulak sengeh macam tu.. Baik aku lari dulu..' pikir Inas. Inas segera mengatur langkahnya keluar dari bilik itu.

Hamzi melihat sahaja adik iparnya berlalu pergi dari bilik itu..sebalik melihat pintu bilik itu ditutup.. Ketawanya pecah.. Dia menghayun langkah berjalan kearah Raif yang sedang menghirup susu yang dihidangkan oleh Inas tadi.

''abang ingat nak balik sini, nak buat suprise.. Tapi balik-balik abang yang dapat suprise..wow!'' kata Hamzi duduk disebelah Raif.

''kenapa abang tak ketuk pintu dulu..abang dah buat Inas malu..'' kata Raif..

''itulah! ..tahulah newlyweds sekali pun.. Jangan lah sampai nak buat anak dekat tempat terbuka macam ni..buat lah dalam bilik..'' perli Hamzi.

Raif yang sedang minum kembali meletakkan mugnya kebawah..

''abang..abang cakap buat baby tadi kan..! Ajarkan manja! ...'' kata Raif bersungguh.

''HAH!!! Ajarkan? Tadi bukan main bersungguh saja abang tengok.. Nak minta abang ajarkan lagi...? '' kata Hamzi sambil tergelak kecil.

Inas yang baru keluar dari bilik itu terdengar apa yang mereka sedang bincangkan.. Kerana ketika itu Rohana datang dan membuka pintu bilik bacaan untuk menghantarkan air buat Hamzi.

'ya allah.. Apa dua beradik ni sedang bualkan..tak ada benda lain ke!.. Masak aku kali ni..'

Melihat pintu bilik bacaan terbuka.. Dua beradik itu diam dari terus rancak berbual..

''mana inas ?'' tanya Raif.

''ada tu...'' Rohana menunjuk kearah luar diamana pintu bilik bacaan itu sedang terbuka.. Rohana melambai memanggil Inas untuk masuk kedalam bilik bacaan..

''manis..kita makan diluar sekejap lagi..manis naik siap yea.. Kami tunggu manis..'' Kata Raif .

'elok lah tu..seorang manja..seorang manis..sepadan sangat! ' sengeh hamzi.. Melihat kepada adik iparnya yang sedang menganggukkan kepalanya..

Inas kemudiannya keluar dari bilik itu terus naik keaatas..bersiap untuk keluar..
Sesekali dia menjeling melihat kearah jam yang tergantung di dinding..

''solat dulu lah..'' katanya..

Keluarlah mereka bertiga .. Tapi mereka bukannya keluar bertiga.. Tetapi berempat.. Kerana pak Akob yang menjadi pemandu mereka..

''kita nak kemana?'' tanya Inas..

''dating!'' jawap Raif sepatah.

'dating? Pergi bertiga..agak-agaklah..' hamzi yang duduk di sebelah pemandu ketawa..terhingincut-hincut bahunya sedang bergelak sakan.

''manja..kalau dating..pergi berdua saja..kalau ada orang ketiga..dah jadi pengacau..kalau ada orang keempat.. Lagilah..jadi penyibuk..betul tak Pak Akob..'' Hamzi menyiku lengan tua pak Akob yang sedang memandu.. Angguk saja kepala si tua itu sambil tersenyum kepada hamzi.

Inas melemparkan pandangannya keluar melihat permandangan diluar sementara mendengar perbualan Hamzi dan Raif mengenai Syarikat..

'aku tak pernah tanya itu dan ini.. Tapi kalau manja bercakap tentang urusan Syarikat..tak ada bezanya dengan Hamzi.. Hmmm.. Apa yang sebenarnya berlaku..? Manja sedang menipu semua orang ke? Atau manja sengaja buat nampak bodoh?' Inas tak menyedari yang dia sedang merenung wajah Raif sejak dari tadi.. Dia sendiri tak sedar sejak bila kepalanya berpaling dari melihat keluar tingkap berpaling menatap wajah Raif.

''kenapa tengok manja macam tu?'' tanya Raif..seraya tangannya menyentuh tangan Inas yang berada di atas ribanya.. Inas mengelengkan kepalanya.. Sambil menayangkan sebuah senyuman di bibirnya..

Akhirnya mereka sampai.. Terkebil-kebil inas memandang ke luar tingkap..

'makan di hotel? Kenapa tak bagi tahu! Aku pakai biasa-biasa je ni.. Silap-silap kena halau ni..'

''kenapa tak bagitahu nak ke hotel? Manis pakai biasa-biasa je..'' kata Inas sambil menarik bajunya menanyangkannya kepada Raif.

''kenapa? Bukannya mereka nak tanya jenama baju yang manis pakai pun.. Kita cuma pergi makan..'' balas Raif santai.

''betul tu nak.. Pak akob yang biasa-biasa ni pun.. Mereka tak kata apa... Inikan pula Inas.. Lagipun ada dua tuan besar ni..takkan mereka nak kata apa-apa..'' kata Yaakob.

'betul ni? Aku pertama kali makan dekat hotel kot..malulah! Etika makan dia nanti macam mana?' Inas mengaru-garu lehernya..gelisah.

''manja ada..manis jangan risau.. Berani mereka nak halau manis manja ni..'' Raif menarik tangan Inas..lalu memeluknya..mengosok lembut atas kepala Inas seperti anak kecil.

''okay..sambung dalam bilik saja yea.. Abang jeles ni.. Sebab perut abang dah berdendang sayang..tambah-tambah tengok drama dua merpati ni..lagi bertambah kuat dia berbunyi..'' perli Hamzi.

'sekali lagi!..dalam satu hari yang sama.. Aku termalu ..bukan sekali..tapi dua kali..'

Keluarlah mereka dari dalam kereta.. Kemudian masuk kedalam hotel tersebut.. Inas melihat ada dua barisan pekerja hotel yang menyambut kedatangan mereka..

''selamat datang Tuan Hamzi..'' kata mereka serentak..

'' It okay! .. Saya datang untuk makan.. Tak perlu telalu formal dengan saya.. Kamu semua menakutkan tetamu Khas saya.. Tuan Althaf..'' kata Hamzi sambil menepuk bahu Raif.

Inas melihat mereka mengangkat wajah melihat kepada Raif dan kemudian melihat kepadanya..

'argh! Kenapa nak halau aku ke? Aku dah agak.. Tak boleh basuk hotel pakai macam ni..' rungut Inas didalam hati.. Inas memegang erat tangan Raif..

''abang takut kan Inas..'' kata Raif..

'' Inas?'' Hamzi yang berada di sebelah Raif, berpaling melihat Inas yang nampak pucat.

''oh ya ke! Jom lah kita masuk saja..'' kata Hamzi berjalan melintasi pekerja yang masih berdiri di situ..

''kan manja kata jangan takut.. Kita datang untuk makan..'' mereka melangkah masuk kedalam sebuah dewan makan.. Dari dewan makan itu mereka berallih masuk ke satu pintu yang lain..sebuah bilik peribadi.. terdapat sebuah meja disitu..

''tak ada orang disini, manis.. Jadi manis tak perlu takutkan apa-apa..dan yang penting manis boleh suapkan manja..macam dirumah jugak..'' kata Raif menarik bibirnya tersenyum lebar..

''iyalah..'' Inas tak terus duduk di meja makan.. Dia berjalan ke cermin kaca yang dijadikan medium diantara luar dan dalam hotel tersebut.. Menyajikan satu permandangan yang indah.. Hotel yang mengadap laut.. Jelas di mata inas melihat ombak yang terhempas di pantai.

''manis...kita makan dulu.. Abang dah lapar tu..'' kata Raif menarik lengan Inas seraya sebelah tangan Raif menunjuk kepada Hamzi yang sudah besedia duduk di meja makan besama dengan Yaakob.

Inas melangkah ke meja melihat meja yang sudah terhidang makanan buatnya dan Raif..sebaik duduk.. Mereka membaca doa makan..sehingga doa itu sama-sama diaminkan.. Baru saja, inas nak menyentuh makanannya.. Pinggan miliknya dilarikan oleh Raif..membuatkan Inas tercegang seketika..

''Manja tolong potongkan..'' kata Raif.. Setelah, selesai memotong daging buat Inas..pinggan itu dikembalikan semula kepada Inas.

''macam tulah manja.. Barulah orang panggil gentleman.. Lelaki yang berbudi bahasa..'' puji Hamzi.. Malah dia siap menepuk tangan lagi kepada Raif..

'jadi..patutlah dia nampak berbeza hari ini.. Sebab sedang belajar untuk menjadi seorang lelaki yang berbudi bahasa..hmmm gentleman..' Inas melihat kepada Raif dengan senyuman diwajahnya.. Dapat dilihat bahawa wajah Raif sedang bertukar kemerah-merahan..

'dia blushing!!! ...' membulat mata Inas ketika itu..

'kenapa dia kacak sangat!!comelnya!! rasa nak cubit-cubit saja pipi dia yang sedang merah tu...!' Inas menyucuk daging yang sudah dipotong oleh Raif tadi disukan masuk kedalam mulutnya.

Assalamualaikum hai semua... Selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience