BAB 9

Romance Completed 346094

SUASANA pekat malam di Kuala Lumpur semakin larut. Dari tepi lorong, Alyka membetulkan ‘hoodie’ yang menutupi kepala sambil memerhati gelagat seorang lelaki berjarak beberapa meter dari tempatnya sedang berdiri tertinjau-tinjau seperti mencari sesuatu.

Seraya Alyka tersenyum sinis. Seronok pula sesekali bermain kejar-kejar dan sembunyi-sembunyi seperti ini. Hide and seek. You kejar I lari. You cari I sembunyi. Gitu! Alyka tertawa nakal di dalam hati.

Haih, tak sangka ye dia berjaya juga membuatkan sang jejaka angkuh seperti Ian Khalif angau dan terigau-igaukan dirinya.

Alyka tahu Ian sedang mencari dirinya. Malah, kad bisnes yang diberikan Ian tempoh hari juga masih tersimpan. Sengaja dia tidak mahu menghubungi jejaka itu. Dia nak ‘bermain-main’ dengan Ian terlebih dahulu.

Biarkan si Ian hidup diselubungi misteri. Biarkan lelaki itu rasakan semula bagaimana sakitnya apabila perasaan dipermainkan oleh insan lain.

Okey, jom sambung dengan babak lakonan seterusnya. Kali ini episod drama yang ke berapa pula ye? Alyka mengira di dalam kepala sambil tersenyum penuh makna. Harap-harap drama ni tak akan sepanjang siri ‘sinetron’ atau ‘telenovela’.

Seraya ditanggalkan jaket ‘hoodie’ lalu diikat di pinggang. Rambut panjangnya dilepaskan dan dibiarkan jatuh mengurai beralun lembut.

Kebetulan waktu itu hujan renyai turun di tengah malam membasahi bumi Kuala Lumpur. Alyka mencapai sekaki payung yang berada di sisi lalu dibuka. Kemudian dia melangkah ke tengah lorong di hadapannya menuju ke arah seseorang yang masih berada di situ.

SAAT orang ramai di jalanan berlari-larian mencari tempat berteduh kerana hujan yang turun semakin lebat, Ian cuma berdiri di tengah lorong. Kepalanya mendongak ke atas memerhati awan dan langit kelam dengan kecewa. Sekelam hatinya yang kosong saat ini.

Namun, seketika kemudian Ian tersentak apabila bahunya tanpa sengaja dilanggar seseorang.

“Ops. Maafkan saya…”

Suara gadis itu menyapa pendengaran. Pantas Ian mengalihkan pandangan. Dia terpegun. Sedang berada di hadapannya saat ini adalah satu wajah yang dicari-cari. Dan mungkin jua amat dirindui. Ya, Ian harus akui yang dia mula merindukan gadis ini.

“Aly!”

Mereka berdiri bertentangan. Sedang berlindung dari hujan di bawah payung yang sama, di tengah lorong dalam kesuraman malam.

“Aly, finally I’ve found you!”

Ian tak dapat sembunyikan rasa teruja bercampur gembira. Seakan ingin dipeluk erat tubuh gadis di hadapannya.

“Err awak kenal saya? Macam mana awak tahu nama saya?” Alyka bertanya sambil mengerutkan dahi.

Senyuman Ian terus mengendur. Dia tidak memahami reaksi Alyka. Pelik. Kenapa gadis ini memberi tindak balas sebegitu? Bukankah mereka sudah bertemu beberapa kali sebelum ini?

“You tak ingat siapa I? I Ian Khalif. Last time kita berjumpa di Kelab Ekuestrian. Lebih kurang tiga minggu lepas. I ada bagi my business card pada you. Remember?” Bersungguh-sungguh Ian cuba mengembalikan semula ingatan Alyka.

Kelihatan Alyka mengerutkan kening seketika sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seolah-olah sedang berfikir sesuatu yang rumit.

“Maaf, saya tak ingat ada berjumpa awak di kelab ekuestrian tiga minggu lepas. Mungkin awak salah orang?”

Duh! Ian tepuk dahi. Jujur dia berang kerana Alyka tidak ingat berkaitan pertemuan mereka. Patutlah gadis ini langsung tidak menghubungi dirinya. Entah-entah kad bisnes yang dia berikan tempoh hari juga sudah hilang dari simpanan.

“No, I tak salah orang. It’s you, Aly. Dah beberapa kali kita bertemu sebelum ni. You tak ingat I?” Ian menyoal dalam nada kecewa.

Alyka memandang ke raut Ian yang jelas terlihat suram. Spontan Alyka tertawa di dalam hati.

Rasakan! Ingat semua perempuan simpan nama kau dalam hati mereka ke? Sorry ye. Mungkin wanita lain, tapi bukan dia.

“Saya betul-betul tak ingat siapa awak. Maaf ye. Saya pergi dulu.”

Ketika Alyka berpaling mahu berlalu dari situ, dengan sigap Ian memaut lengan gadis itu. Menahan langkah Alyka. Tidak mungkin dia lepaskan gadis yang telah hadir membayangi setiap saat kehidupannya pergi begitu saja.

“Wait, Aly.”

Alyka berpaling semula ke arah Ian. Tangan Ian yang berada di lengannya diperhati dengan mimik muka yang kurang selesa.

Memahami reaksi Alyka, Ian pantas melepaskan pautannya lalu memohon maaf. Menyedari bahawa Alyka tidak sama seperti wanita-wanita yang pernah dikenalinya.

“I’m sorry. I tak bermaksud apa-apa. I cuma nak jumpa dengan you, Aly. Sebab I…”

Tiba-tiba lidahnya kelu untuk meneruskan kata-kata. Walaupun hakikatnya dia nak nyatakan betapa rindu perasaannya terhadap gadis ini. Tapi, malu pula nak cakap macam tu. Apatah lagi bila Alyka cakap tidak mengenali dirinya.

“Sebab apa?” Alyka menyoal. Menuntut jawapan Ian.

“Urm sebab I nak ajak you pergi minum. Kat situ. Boleh tak?” soal Ian sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah bar yang dimasuki seketika tadi.

Alyka memerhati ke arah yang ditunjukkan Ian. Lantas menggeleng.

“Saya tak minum kat tempat macam tu.”

“Eh, tapi tadi I nampak you masuk situ?”

Alyka mengerutkan muka tanda keliru. “Awak nampak saya? Awak ‘stalk’ saya ke? Actually saya pergi ambil barang kejap daripada someone kat situ tadi. Then, terus keluar. Saya tak minum kat situ.”

“No, no. I tak stalk you. Never mind. I sebenarnya nak ajak you minum sambil borak-borak kejap. Boleh? You choose a place.”

Alyka memerhati agak lama ke raut wajah Ian. Sengaja tidak memberi jawapan segera.

“Jangan takut, Aly. I bukan lelaki jahat. I takde niat tak elok pada you. Kalau you tak percaya, nah ini IC dan lesen memandu I. You boleh ambil dan beri pada polis kalau I apa-apakan you.”

Pergh! Pertama kali Ian Khalif sanggup melakukan sebegini. Begitu jujur dan ikhlas terhadap seorang gadis. Hanya untuk Aly seorang. Kalau perempuan lain jangan haraplah dia nak buat perkara yang sama.

Alyka lantas mengukir senyuman. Sebagai isyarat bahawa dia mempercayai kejujuran Ian.

“Tak perlu. Saya tahu awak bukan lelaki yang jahat. Kalau macam tu apa kata kita duduk di kafe seberang jalan tu sambil minum kopi?”

“Kopi? Tengah malam macam ni?” Ian bertanya dalam nada sedikit terkejut. Tak pernah seumur hidup dia minum kopi pada waktu sebegini.

“Kenapa? Awak tak suka kopi?” Alyka bertanya.

“Eh, tak-tak. I okey je. I memang suka minum kopi. Apatah lagi tengah-tengah malam macam ni. Hehe,” ujar Ian berdusta sambil tersengih.

“Okey, jom.”

Ian akur mengekori langkah Alyka. Mereka sama-sama menyeberangi jalan menuju ke sebuah kafe yang dibuka 24 jam. Walaupun dia tak gemarkan kopi, tapi demi Aly dia sanggup lakukan apa saja. Haih, angau teruk dah kau ni Ian!!

*Next chapter esok ye. Hehe. Thanks korang yang follow novel ni. Muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience