Setelah menunggu selama beberapa minit, aku mengambil tempat kosong yang tinggal setelah pelajar lain duduk di kerusi pilihan mereka. Sudah menjadi kebiasaan aku untuk memberi laluan kepada orang lain lantas menjadi orang terakhir dalam sesuatu perkara tetapi tidak dalam pelajaran. Aku tidak akan membenarkan diri aku menjadi orang terakhir dan sentiasa memastikan aku berada dalam kalangan ‘Top Three’. Tetapi, dalam situasi lain contohnya seperti situasi sekarang, aku lebih suka menjadi orang terakhir. Bagi aku, tidak perlu berebut kerana sudah semestinya tempat yang disediakan cukup untuk semua orang. Sama seperti rezeki. Sang Pencipta sudah pasti menyediakan yang secukupnya untuk semua makhluk ciptaannya jadi mengapa perlu risau?
“Hai. Saya Zira.” Satu suara comel menegurku. Aku lantas menoleh. ‘Ish comelnya budak ni.’
“Oh hai. Saya Qie. Salam kenal.” Aku bersuara sambil tersenyum kepada budak comel berkaca mata tebal di sebelahku.
“Dua orang kembar tu adik awak ke ?” Zira bertanya sambil menunjuk ke arah Acu dan Teh.
“Aah adik kembar saya tu. Baru umur 10 tahun. Sebelah tu ibu ayah saya.” Aku menjawab ramah.
“Comel lah diorang. Family saya pulak ada kat sana.” Zira membalas sambil menunjuk ke arah satu tempat.
‘Baiklah, sekarang saya akan memulakan sesi pendaftaran kita pada hari ini.’
Belum sempat aku menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Zira, suara Kapten aka abang sepet tadi mengganggu perbualan kami.
“Nanti kita sambung borak okay. Awak kawan pertama saya kat sini.” Zira berkata sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya yang kelihatan seperti drakula. Drakula yang comel lah tapi.
“Okay”. Aku tersenyum lebar kerana sudah mendapat kawan baru disini. Kurang sikit rasa nervous.
Setiap meja panjang yang diduduki pelajar baru didatangi beberapa orang pelajar yang aku agak adalah pelajar senior disini. Terdapat 4 buah meja yang digabungkan menjadi 3 baris panjang. Satu meja boleh muat 6 orang pelajar. 4 kali 6 sama dengan 24. 24 kali 3 sama dengan 72. Kepala aku melalukan congakan pantas. ‘Budak depan ni mesti pelik tengok muka aku berkerut kerut.’ Hati aku bersuara tatkala melihat dahi budak di hadapan aku turut berkerut melihat aku melakukan congakan pantas didalam kepala. Kami hanya sekadar membalas senyuman lalu masing masing memberikan tumpuan pada ucapan kapten asrama di atas pentas kecil DM.
“Zira, ramai jugak pelajar baru masuk sini eh. Ada 72 orang.”
“Mana awak tahu ?”
“Saya kira tadi”
“Sempat lagi eh. Haha. Aah ramai. Bukan Form 1 je. Form 2, Form 3 dan segala Form ada. Hihi.” Zira tertawa kecil atas lawaknya sendiri.
“Mana awak tahu semua benda ni ?”
“Mak saya Warden Asrama sekolah ni. Jangan bagitau orang lain eh. Saya bagitau awak sorang je. Taknak lah kecoh kecoh.”
“Ooooooo. Okay okay.”
Should i continue ?
Share this novel