Episod 1: Aku dibuang keluarga ?

Humor Series 483

“Qie, ayah dengan ibu masukkan Qie dalam asrama bukan sebab tak sayang Qie. Bukan sebab kami nak buang Qie. Tapi kami nak Qie belajar betul betul kat sekolah. Kalau Qie duduk kampung nanti Qie banyak main.” Kata kata ibu sayup kedengaran dari ruang tamu yang jaraknya hanya beberapa kaki sahaja dari bilik aku yang tika ini sedang mengurung diri tanda protes tidak mahu dimasukkan ke dalam asrama sekolah yang terletak di bandar, jauh dari kampung.

“Qie masuk jelah asrama tu. Nanti hari hari dapat makan sedap. Kat rumah belum tentu dapat makan sedap hari hari.” Abang berkata seraya memujuk. Amende pujuk orang guna makanan ? Lapuk betul. Tapi betul ke ? Minda aku berdebat sesama sendiri.

Dengan langkah lemah, aku keluar dari bilik dan terus duduk berhadapan dengan ibu. “Ibu letak Qie kat asrama bukan sebab tak sayang Qie kan ? Bukan sebab Qie nakal kan ?” Walaupun pada hakikatnya aku sedar antara 7 orang adik beradik, akulah yang paling nakal sekali. Masuk hutan lastik burung, mandi sungai di hujung kampung, curi rambutan kebun Pak Kasim, kacau angsa Mak Limah dan banyak lagi aktiviti anak kampung yang aku ceburi. Rata rata kawan aku memang semuanya budak lelaki. Ya, aku seorang budak perempuan. Kalau ikut ayat zaman moden, aku dikira tomboy. Agaknya sebab tulah ibu ayah hantar aku masuk asrama. Nak membentuk aku jadi gadis sejati.

“Bukan lah Qie. Qie budak pandai. Keputusan UPSR Qie cemerlang sebab tu layak masuk asrama di bandar. Peluang yang baik jangan sia siakan Qie. Nanti dah tua Qie termenung kat tangga menyesal kenapalah aku tak ikut cakap ibu ayah dulu. Ha, Qie nak macam tu ?” Ayah tiba tiba bersuara menyentak minda aku yang melayang mengingatkan perjanjian masuk hutan aku dengan Wan esok tanpa Wan tahu esok aku akan masuk asrama, bukannya masuk hutan.

“Taknak. Qie nak belajar pandai pandai, jadi kaya. Boleh tolong ibu ayah nanti. Taknak lah termenung duduk kat tangga.”

“Ha kalau macam tu esok Qie masuk asrama ye.”

“Baik ibu.”

“Qie, nanti kau duduk asrama, bilik kau aku amik eh.” Hakim, adik lelaki Qie yang jarak usia hanya setahun, berbisik.

“Hm amiklah tapi poster Linkin Park tu jangan cabut. Kau cabut kau siap. Pastu kalau aku balik rumah, aku nak tidur bilik.”

“Beresssss. Yeayyyy dapat bilik.” Hakim bersorak gembira kerana tidak pernah merasa mempunyai bilik sendiri. Tidur pun di ruang tamu berbentangkan toto. Hidup adik beradik ramai, rumah pula rumah kampung, walaupun serba kurang, tetapi boleh dikatakan keluarga kami keluarga yang harmoni. Orang sekarang cakap “Less is more and sometimes less is good.”

“Barang Qie semua ibu dah kemaskan, Qie tidur awal esok lepas Subuh kita berangkat.”

“Baik ibu.” Lantas aku memandu kaki menuju ke bilik tidur untuk bermimpi tentang hari esok.

Hey peeps. Dari dulu minat membaca dan pernah bercita cita nak jadi penulis novel tapi baru sekarang berani nak publish something. Do support me okay

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience