Episod 2: Wan oh wan

Humor Series 483

“Qie, bangun Subuh. Lepas tu siap siap. Harini kena daftar masuk asrama.” Suara ibu kedengaran dari dapur. Dalam keadaan yang masih mamai, aku tercium bau lazat lantas otak ligat mencari jawapan gerangan bau lazat itu. Cekodok ikan bilis ! Mindaku menjerit saat mata masih terpejam. Kehebatan kuasa minda yang dianugerahkan Allah SWT. Ia tetap bekerja walau tubuh masih dalam keadaan tidak sedar.

Setelah bermain ‘teka bau’ di dalam mindaku, aku lantas bangun mencapai tuala untuk mandi sebelum menunaikan solat Subuh.

Saat ingin menerpa masuk ke bilik air, Acu, adikku yang kedua terakhir menjerit, “Jangan masuk, orang mandi ni, nak ikut hantar Qie.”

“Yelah, cepat sikit. Lagi 5 minit tak keluar Qie bukak je pintu ni. Hihihihi.” Aku mengusik kerana tahu Acu cuak sebab tabiatnya yang suka tidak mengunci pintu bilik air. Takut momok katanya.

Tepat 5 minit kemudian, muka Acu terpacul keluar dari bilik air.

“Wow, tepat 5 minit eh. Hahahha.”

“Diam ah Qie. Pi lah mandi sana.”

Fajar menyingsing, matahari menyapa. Setelah selesai bersarapan bersama, tiba masanya untuk menhantar aku ke asrama. Ayah menghidupkan enjin kereta kancil kesayangannnya sementara aku memasukkan barang barang yang harus dibawa ke dalam bonet kereta. ‘Nasib baik muat’ desis hatiku.

Oleh kerana tempat duduk belakang hanya muat untuk 3 orang, terpaksa lah Hakim tinggal di rumah bersama kakngah dan Along. Setelah puas dipujuk barulah dia berhenti menangis itupun setelah dijanjikan ayam goreng oleh ayah. Dasar materialistik.

Acu dan Teh yang sudah siap sedia duduk di tempat duduk belakang hanya tersengih kerang melihatku. Bangga apabila terpilih untuk mmenghantarku. ‘Ceh, macam artis pulak harini.’ Hatiku berkata sendiri.

Baru beberapa meter kancil bergerak, ayah menekan brek tiba tiba.
“Ya rabbi budak Wan ni. Nasib baik aku tak langgar. Budak bertuah. Dia cari kamu lah tu Qie.” Ayah bersuara keras dek kerana terperanjat.

“Qie, kata nak masuk hutan lastik burung. Kau nak pegi mana ni?” Wan berkata bingung.

“Wan, aku kena daftar masuk asrama harini. Taktau bila balik.”

Dengan riak sedih, tanpa berkata apa apa, Wan terus berlari menuju ke arah rumahnya yang terletak selang beberapa buah dari rumahku.

Semua di dalam kereta terpinga pinga lantas dalam masa hampir sama, ibu ayah menyebut ‘Wan ooooh Wan.’

“Wan oh wan, nanti lah aku pujuk kau bila aku balik kampung.”Hatiku berbisik sayu.

anak itik mandi kolam, anak kerbau mandi lumpur. sila sokong jangan tenggelam, sila bergaul silalah bercampur. Should I keep writing this story ? Do let me know yaaa ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience