Episod 3: The Nightmare begins

Romantic Comedy Series 483

Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di di tempat yang bakal aku lalui zaman remajaku, Sekolah Menengah Dato Abdullah, sebuah sekolah sukan dan juga sekolah asrama harian. Berbeza dengan sekolah berasrama penuh, sekolah ini mempunyai campuran pelajar luar dan pelajar asrama. Ibarat Hogwarts yang mempunyai Ahli Sihir Darah Tulen dan juga ‘Muggles’. ‘Eh, jauh sangat ni aku melalut.’

“Qie, jom turun. Menung apa tu.” Ibu menyergah sekaligus mematikan lamunanku mengenai salah satu buku fiksyen kegemaranku, Harry Potter.

Kami 3 beradik turun dari kereta dengan tangan masing masing penuh dengan barang keperluanku.
Acu menjinjing baldi yang penuh dengan barang mandian, sabun basuh dan penyangkut baju. Teh memeluk bantal dan bantal guling manakala aku mengangkat beg baju yang boleh tahan beratnya. ‘Ada gunanya jugak bawak budak berdua ni.’ Aku bermonolog sendiri sambil kaki melangkah laju membontoti ibu dan ayah yang sudah semakin jauh ke hadapan.

“Dik, daftar pelajar baru kat mana ye ?” Ayah bertanya kepada pelajar yang kebetulan lalu di hadapan kami.

“Pakcik turun bawah ni pastu terus je nanti jumpa DM. Kat situ daftarnya pakcik.” Pelajar lelaki itu menjawab sopan.

“DM ?” Aku mengulang 2 huruf tersebut dengan nada bingung.

“Oh maaf. Dah terbiasa. DM aka (as known as) Dewan Makan. Awak pelajar baru Form 1 ye ?”

“Aah.” Balasku pendek lalu terus berlalu pergi bersama ahli keluargaku ke arah DM yang dimaksudkan oleh pelajar lelaki yang bermata sepet itu tanpa aku sedar sepasang mata sepet sedang mencerlung tajam menghantar langkahku.

‘Oh bukan main lagi adab kau ye. Kau tunggu orientasi nanti. Siap kau. Hehe.’

“Qie, abang sepet tu pandang Qie macam nak telan lah. Qie kenapa tak cakap terima kasih kat dia tadi ?” Teh bersuara.

“Alamak. Lupa lah. Takpelah. Dia sekolah sini jugak tu rasanya. Nanti selisih dengan dia Qie cakap lah.”

“Apalah. Terima kasih pun boleh lupa. Orang berbudi kita berbahasa lah Qie. Tak tau ke?” Acu bersuara mengejek.

Malas layan, aku hanya diam sambil memerhatikan sekeliling. ‘Hm boleh tahan cantik asrama ni.’ DM di tengah tengah di antara dua bangungan 3 tingkat yang tertera huruf besar dengan cat hitam. Di sebelah kanan, PUTERA. Di sebelah kiri, PUTERI.

Dalam kesesakan dan hiruk pikuk pelajar baru berserta ahli keluarga, terdengar satu suara dari corong speaker.

“Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar baru dan juga ahli keluarga. Saya Kapten Asrama ini, Abdi Afif. Ahli keluarga sila duduk di meja kiri dan kanan manakala pelajar baru sila ambil tempat di meja tengah.”

“Qie, abang sepet tadi lah. Ayokkk dia kapten ooo.” Acu berbisik.

“Aisehhh, my nightmare began a little early I guess. Adoii.” Aku bersuara lemah sambil menepuk dahi yang tiada nyamuk.

Im trying to be better. A little sweet words will really help me to stay motivated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience